Thursday, March 21, 2013

Zalim Terhadap Rohani?


بسم الله الرحمن الرحيم
 Salam Perjuangan

Assalamualaikum sahabat-sahabat. 

Terpanggil untuk mencoret walaupun terpaksa mencuri-curi masa yang ada sementara anak bertuahku sedang lena. 

Alhamdulillah Jumaat ni anakku Muhammad Uwais genap 2 bulan. Pejam celik, pejam celik, sekejap sahaja dirasakan masa berlalu. Masih terbayang-bayang saat ketika di labour room, sakit pedih melahirkan seorang anak, dijahit dan kini tak sangka anakku ini sudah 2 bulan usianya. 

Tempoh berpantang saya gunakan sebaik mungkin untuk memuhasabah diri. Tika tempoh itu, dalam keadaan diri yang tidak suci, sangat mudah terasa jauh dengan Dia. Hati dan perasaan menjadi begitu mudah terluka dan sensitif. Entah mengapa, air mata mudah sahaja mengalir laju. Sampaikan Suami mengusik, "Sejak-sejak jadi Ummi ni, sensitif sungguh!"

Menjaga anak kecil memang bukan perkara mudah. Jika salah cara, memang tak dinafikan ibu bapa muda  yang baru mempunyai cahaya mata boleh alami tekanan perasaan sementelah hendak menyesuaikan diri dengan suasana baru. 

Saya juga pada awalnya agak kekok dan tidak betah dengan suasana baru yang perlu dilalui. Bila anak menangis, tak keruan berfikir, "Kenapa Uwais menangis? Apa yang dia nak? Sakit ke dia? Nak susu ke?"

Fakta : Menangis adalah salah satu cara bayi untuk berkomunikasi. Dan bila bayi menangis tak semestinya bermaksud dia lapar :)

44 hari tempoh berpantang sememangnya bukan sekejap, bagi orang macam saya yang suka berjalan. :)
Pada awalnya saya bercadang untuk menulis ketika dalam pantang. Namun agak tidak sesuai dengan kerenah Uwais saban hari. Akhirnya saya mengambil keputusan untuk membaca. Itupun tak banyak buku yang dapat dihadam. 


Muhammad Uwais hari ke 4



Muhammad Uwais hari ke 36

Bila berhadapan dengan suasana baru ini, saya mula mencari 'strength point' saya. Pada awalnya saya terlalu bergantung kepada orang sekeliling saya terutama suami sebagai kekuatan saya, untuk memotivasikan diri. Namun bila si suami perlu pergi bertugas, saya mula kembali lemah. Tekanan perasaan yang dialami terasa semakin parah. Tambahan bila terasa keseorangan menjaga anak.

Sehingga suatu hari, saya terjumpa sebuah buku, hadiah seorang teman. Masih elok tidak terusik di rak. "Ya Allah Aku Tidak Layak Untuk Syurga Mu Namun Aku Juga takut Azab Neraka Mu". Begitu tajuknya. 



Terima kasih kepada awak yang memberi buku ini. Semoga Allah mengganjari mu dengan redha Nya

Diselak helai demi helai. Tanpa disedari air mata saya mula mengalir. Buku ini memberi jentikan kepada saya yang selama ini saya lupa, saya terasa jauh dengan Allah. Saya terlalu berharapkan manusia untuk mendengar rintihan saya, merasai kepedihan yang dialami, sedangkan Dia yang sepatutnya saya kembali. 

Untaian kata sang guru dan ayahanda terus mampir.

"Kita sentiasa memberi makanan yang enak-enak kepada badan kita, jasmani kita. Tapi adakah kita lakukan perkara yang sama kepada rohani kita? Adakah kita memberi hak yang sepatutnya kepada rohani kita? Adakah makanan rohani kita lazat dan cukup?"

Allah.

"Semua yang berlaku adalah datangnya dari Allah. Mata yang diperlihatkan. Hati yang diberikan rasa. Tangan yang digerakkan. Maka seharusnya apabila berlaku ujian, ingat ianya datang dari Allah jua. Kembalilah kepada Allah dalam apa jua keadaan."

Tersedar.

Ujian yang dihadapi adalah dari Allah. Anak ini anugerah Allah. Anugerah yang Allah hantar untuk menjadi tarbiyah buat diri. Kembalilah kepada Allah. Bersyukur untuk segala nikmatnya. 

Saya akui, saya antara yang melebihkan makanan jasmani dan berlaku zalim kepada rohani dengan tidak memberinya makanan yang sepatutnya. Tidak mustahil rohani ini tidak sihat. Tanda rohani yang tidak sihat adalah apabila hati sentiasa rasa tidak tenang, tekanan, stress, dan kerap mengeluh. Itu tandanya rohani kita tidak diberikan makanan yang sepatutnya.

Jiwa dan rohani yang sihat tidak akan mudah berasa tertekan dengan ujian yang berlaku, hatinya sentiasa tenang dan redha dengan ketentuan Allah. Kata Sidi Rohimuddin, "Orang yang stress adalah orang yang tidak redha dengan apa yang Allah tetapkan padanya."

Titik kekuatan setiap manusia itu bukanlah pada orang lain atau benda lain. Tetapi 'strength point' kita sebenarnya adalah hati kita. Seperti tagline rancangan Reset Minda bersama Prof Muhaya yang disiarkan di Astro Oasis : "Dalaman kita menentukan luaran kita"

Saya sepatutnya menjadi hamba yang sangat-sangat bersyukur dengan nikmat yang diberi. Setiap perkara yang mendatangi kita adalah nikmat. Musibah juga adalah nikmat, andai kita memandangnya sebagai satu nikmat. Semuanya bermula dari dalam diri kita. :)

Sahabat, ayuh bersikap adil kepada rohani kita, seperti mana kita adil terhadap jasmani kita. Bersikap adil dengan memberinya makanan yang sesuai dan lazat. Bukan makanan yang boleh merosakkan rohani kita. Mulakan dengan hati yang sentiasa mengingat Allah. Mengingat Allah dalam setiap sesuatu. Hati yang tidak kering dari mengingat Allah insya Allah akan lebih sihat! :)




Doakan kami mampu mendidik anak ini menjadi umpama Uwais Al Qarni. :)


 

Thursday, November 29, 2012

Sabar. Boleh jadi asbab syurga!


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan

"Kadang-kadang Allah hantar orang yang kita tak senang untuk jadi asbab syurga kita.."


Mendalam kata-katanya. Saya rasa tindakan yang cukup baik dia ambil. Berhenti menulis. Habis cerita. Good job, Puan Anis :)

Kalau saya? Orang tak dikenali baca entry kita, dan yang menyedihkan bila meninggalkan komen yang menyakitkan hati untuk dibaca? 

Ujian juga tu. Kita menulis salah. Tak menulis rasa bersalah. Lagi-lagi bila memang minat kita menulis. 

Ya Allah. 

"Kadang-kadang Allah hantar orang yang kita tak senang untuk jadi asbab syurga kita.."

Tapi bila difikir kembali kata-kata ini, Allah, terasa tenang kembali. 

Sama juga halnya dengan kehidupan kita. Pernahkah satu waktu itu, kita diberikan ujian yang sangat berat, dan amat menyakitkan kita, membuatkan kita rasa saat itu adalah saat yang paling-paling-paling teruk sekali kita hadapi? Sampai satu tahap timbul prasangka tak baik kepada Allah.

Mesti pernah kan?

Istighfar. Istighfar.

Jika di waktu itu kita mampu menenangkan diri kita, tarik nafas dalam-dalam, rasakan sifat wujud Allah itu ada di mana-mana, hatta dalam perancangan kehidupan seharian kita, pastinya tiada terasa kepahitan ujian!

Masih ingat tak kisah bilik saya dipecah masuk? Dan beberapa barang hilang termasuk laptop saya.

Waktu tu, terasa bagai nyawa diambil. Ye lah, laptop umpama nyawa kononnya. 

Semua video yang dibuat, yang didownload, segala perisian, data dan sebagainya yang saya usahakan selama hampir 4 tahun bersama laptop itu, boleh hilang begitu sahaja!

Tak penah terfikir di situ ada ujian yang Allah sedang beri.

Baru terasa diri ini seakan-akan jauh, alpa dan tiada kesyukuran dengan nikmat yang diberi. Masakan tidak, boleh dikatakan 24 jam bersama si laptop, edit video sehingga tidak ke surau, mula terasa bangga dengan hasil kerja, hilang niat asal untuk berkhidmat.

Allah!

Saat tu, terasa Allah dekat. Allah timpakan ujian yang pada awalnya serasa tak sanggup untuk dihadapi. Tapi nikmat musibah itu lebih manis dan tiada ganti. Tarbiyah Allah.

Terfikir mungkin amalan diri ini tidak banyak, maka hanya dengan sedikit rasa sabar dengan ujian yang diberi, boleh menjadi satu amalan yang dihitung di sisinya. 

Sabar. Bukan sahaja dengan ujian. Malah dengan apa sahaja. Sabar menanti. Sabar melayan. Sabar bersama. Hidup berumah tangga lagi memerlukan kesabaran. 

Sabar mendidik rasa penyingkiran keakuan (ananiyah). Sabar mendidik mengabaikan hak diri. Bila mampu mengabaikan hak diri, maka timbullah kehalusan adab.

Ya, mungkin berbekalkan kesabaran sahaja, mampu menjadi asbab ke syurga! --senyum--

Di saat ini, bersabar menanti kepulangan suami dari permusafiran. Bersabar dengan kaki yang semakin sakit. Bersabar dengan kehendak diri yang teringin nak bersama teman lain berkhidmat. Bersabar menanti kehadirannya! :)

Ya Allah.. Hitunglah kesabaranku.. :)

p/s : Terima kasih Puan Anis for those words. Sangat menginspirasikan. Orang kalau memang berinspirasi, tidak perlu menulis panjang di blog, cukup dengan satu sms menjadi penyentuhnya :)








 

Friday, June 29, 2012

Jadi Tentera Mahdi ya, nak!


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan

"Abang tak ada jaga diri baik-baik tau."

Angguk. 

"Baik, Abg.."

Usai menyalami dan melambai sehingga bayangnya sayup jauh dari pandangan, terus kaki ini melangkah masuk ke rumah. Teringat lepat pisang di atas dapur. Masakan ibu mertuaku memang boleh jadi igauan!

Terasa sunyi pula tiada suami di sisi. 

"Sabar, sabar.. Suamimu keluar berjuang. Syurga bagi Isteri yang sabar tahu!"

Bisikan hati semakin kuat. Harus ditundukkan nafsu sendiri, mujahadah, kan mahu jadi balu syuhada' :)

Adik-adik semuanya bikin kerja sendiri. Mak dan ayah ke kenduri. Wah, dan apa harus aku lakukan sendirian begini. 

Dibuka laptop. Broadband dimasukkan. Ah. Hijau pulak. 

"Sayang jangan tinggalkan blog macam tu je lepas kahwin ni tau. Teruskan menulis. Abang bangga dengan Sayang.."

Kata-katanya itu tersimpan kemas dalam hati. Masakan boleh meninggalkan minat yang sedari kecil ini. 

Perbualan telefon bersama adik tersayang kelmarin mampir.

"Widaad rasa macam letih jugak buat kerja ni, kakak."

"Tiada rehat melainkan hanya di syurga, Widaad. Ingat kata-kata Almarhum Ust Fadzil Noor, "Jangan biarkan sehari dalam hidupmu berlalu tanpa memikirkan tentang Islam..""

Ya, Muna 'Izzah, jangan biarkan dirimu leka dan lalai sehingga terlupa untuk berfikir tentang ummah. Cabaran setelah berkahwin ini begitulah. Terkadang terlalu fokus pada rumah tangga sehingga terlupa adanya hati yang belum tersentuh dengan hidayah Islam, masih ada mulut saudara yang menadah meminta disuap secebis makanan, masih ada jiwa yang masih jauh dari Allah. Di mana keberkatan rumah tangga jika hatinya tiada dipandang kepada insan lain? 

Dosa semalam benar-benar menginsafkan diri. Cukuplah sekali aku pernah jadi manusia yang lalai. Jangan Ya Allah engkau tarik balik hidayah yang telah engkau berikan kepada kami ini ya Allah! Sungguh, hati yang penuh nafsu liar ini akan cuba menjadi hamba bersyukur. 

Jadi, harus mula kembali menulis sekarang! Cuma mungkin tidak sekerap dahulu. Ya, Mujahid saya tetap awlawiyat utama, sesudah Allah dan Rasul :)

Pagi tadi sementelah mengemas dan menunggu kepulangan suami untuk bersama pulang ke kampung, saja mencari siaran IKIM. Tertancap telinga pada celoteh sang DJ. "Mendidik anak-anak dan cabaran pada masa kini.." Menarik. 

Bila bercerita tentang perancangan masa depan begini, teringat pada keletah sepupu kecil, Ahmad bin Syeikh Yusoff.

"Ahmad dah besaq nak sekolah kat mana?" Tanya ibunya, Chik Nawal.

"SRI ABIM.." Laju nama sekolah itu terhambur dari bibir kecilnya.

"Lepas tu?"

"Maktab Mahmud."

"Lepas tu?"

"Mesit.." (Sebutan oghang Kedah untuk Mesir)

"Lepas mengaji di Mesit, Ahmad nak jadi macam siapa?"

"Syeikh Nuruddin!"

Masya Allah. Tiada ragu-ragu untuk si kecil itu menyebut nama Ulama' besar itu.

Sejak kecil sudah dididik dan ditanamkan impian untuk mengejar akhirat, tiada mustahil jika si kecil ini suatu hari nanti bakal menjadi Ulama' sehebat idolanya itu. 'Azhim :)

Pasti kalian juga sedang berangan-angan seperti diriku. Alangkah indahnya jika punya anak sebegini. Sedari kecil, jiwanya terasuh dengan kecintaan kepada ilmu.

Timbul satu persoalan di benak. Mampukah aku mendidik anak ku kelak?

Kata orang, mendidik anak itu bukan bermula setelah mereka lahir, bahkan sebelum itu lagi, si ibu dan ayah sudah perlu mula mendidik.

Bermula dengan perkahwinan, tarbiyah itu elemen yang paling utama dalam rumah tangga. Rumah tangga yang menjadi medan tarbiyah pasti punya satu cahaya yang akan menerangkan sinarnya di tengah kegelapan ummah ini.

"Anak kita nanti lah yang akan jadi Tentera Mahdi. Sejak sekarang dah kena latih.." kata si teman.

Betul.

Jadi, dengan ini.. Sahaja aku wakafkan zuriatku untuk perjuangan membantu agama Allah.. Semoga besar nanti jadi Mujahid seperti ayahmu ya nak! :)

Deruman kereta di luar mematikan lamunan. Suamiku sudah pulang. Mahu khidmat yang terbaik!

Jumpa lagi!




"Jadi Tentera Mahdi ya, nak!" ^____^





 



Thursday, April 19, 2012

Redha Allah pada Redha Suami, adik manis..


بسم الله الرحمن الرحيم
 Salam Perjuangan


Assalamualaikum.
Pertama kali memula bicara selepas bergelar seorang Isteri.
:)
Hampir 2 bulan tidak tersentuh. Lama jugak :)

Gembira hati tidak terkata dengan kehidupan yang dilalui sekarang. Alhamdulillah ya Allah. syukur. 

Alhamdulillah, benar seperti kata-kata orang, kahwin ni seronok. Sungguh! Jujur, saya merasa jauh lebih tenang sekarang berbanding zaman bujang dulu.

Tenang kerana tiada rasa rindu yang tidak halal. Tenang kerana punya Suami yang Soleh. Tenang kerana tiada lagi kebimbangan atau kegusaran tatkala melihat wajah tenang Suami tercinta. Alhamdulillah.

Jika mahu dihitung seberapa banyak kesyukuran yang perlu ku ungkapkan pada Allah, tiada terungkap dek jasad dan hati yang hina dina ini. 

Kahwin muda memang seronok. :)

Kalau orang lain couple pergi dating, pegang tangan, entah di mana keseronokannya. Tiada yang haram itu seronok, teman. 

Kan best nikah, lepas nikah nak pegang tangan depan orang tak rasa takut dan bimbang.. Dah halal.. :)





Ini Suami saya. Mahzan namanya. Orangnya tenang setenang air di laut. :)

Suami saya manusia hebat. Kata-katanya selalu menenangkan. Gelak tawanya menceriakan. Comel :)

Suami saya selalu pesan kepada saya untuk banyak bersabar. Katanya kehidupan selepas berkahwin ni dah lain, saya tak boleh samakan diri saya dengan sahabat-sahabat lain yang belum berkahwin. 

Kata Suami saya lagi Isteri yang Solehah itu perlu ada hormat dan taat pada Suami. Isteri Solehah akan mendapat redha Suaminya. Ya! Redha Allah seorang Isteri terletak pada redha Suaminya! 

Hari itu di Masjid Shah Alam saya menangis lagi. Tidak. Bukan kerana Suami saya. Dia tidak pernah menyakiti saya. Tapi selalunya saya, wanita yang lemah ini, tiada punya adab dengan si suami. 

Maulid Al Malik bacaan anak-anak ribath benar-benar menyentak hati saya. Terkenangkan Aisyah r.a di saat menjadi Isteri Junjungan Agung. Ah, tabah benar Ummul Mukminin ini! 

Saya menangis mengenangkan diri ini yang masih jauh lagi untuk mencapai tahap Isteri Solehah. Adabnya dengan Suami tiada dijaga. Allah.. Ampunkan dosa ku ya Allah!

Pesan guruku yang benar-benar menjadikan hatiku dihimpit penyesalan :


duhai anakku" sentiasa jg adab dgn suami walaupun ketika bermesej,sebaiknya jgn berbicara spt kawan, sentiasa sebut perkataan,abang atau apa jua panggilan yg mrk sukai sebagai muliakannya,jgn tulis tika jawab mesejnya" baik,ok, faham atau lainnya,tp tulis baik abg,ok abg,faham abg, begitu jg tika htr mesej pdnya, apalagi jika dgn guru ,maka dlm tika bermesej hendaklah dlm kemuliaan pd mrk dgn guna kalimah yg baik,jgn budayakkan pergaulan dgn suami atau guru spt kawan2 lain.Islam adalah adab atau akhlak,tasawwuf mendidik pd adab,jika seorg itu tiada adab maka tiada baginya tasawwuf,jika tiada tasawwuf maka tiada sempurna agamanya krn tasawuf adalh salah tiga sendi agama yg dikatakan addin iaitu tauhid,fekah dan tasawwuf. Wallahulam

Betapa halusnya sang guru mendidik anak-anaknya. Siapa terfikir, hatta dalam alam maya juga perlu masih mengekalkan adab dengan suami.. Allah..


Tapi apa pun saya nak cakap, kahwin muda sangat seronok, sangat indah! ^___^





 

Thursday, January 26, 2012

Cubaan Membumi - 26 Jan


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan

"Selama ini, ku mencari-cari,
Teman yang sejati buat menemani,
Perjuangan suci.."

Budak. Kau tahu aku mesti menangis bila dengar lagu ni kan?

Kau nak tahu kenapa?

Sebab seriously lagu ni memang sangat bermakna untuk aku.

Ingat tak aku cerita masa aku sekolah, aku ada ramai kawan. Tapi tiada di hati. Jiwa kosong. Rupanya aku sedang mencari kau waktu tu.

Kau bawa aku, kau heret aku ke jalan ni. Masa tu hati aku sakit. Hati aku tengah terluka. Kau pandai. Kau bawa aku naik gunung, masuk hutan kampung orang asli. Ya Allah, damainya di sana. Tenang. Tak cukup lagi, kau bawa aku turun LANDAS malam Valentine. Seriously, waktu tu aku rasa biar betul kau nak suruh aku cekup orang buat maksiat ke hape? Nak kena belasah?

Kau dan aku banyak kontra. 
Aku suka berseorangan. Kau tak boleh sorang-sorang. 
Aku tak suka push orang. Kau? Haha, we all know that.
Aku panas baran. Kau pun sama. Haha.

Tapi satu persamaan kita. 

Kita KELAM. 

Haha.

Pergi mana-mana orang akan tanya soalan sama. "Kembar ke?"

Kalau kau tak ada kat sebelah aku, ustaz akan tanya, "Ustazah Attiq mana?"

Macam kau Qarin aku, aku Qarin kau. 

Aku paling benci bila kita tak sefahaman. Sebab effectnya sangat besar pada aku. 

Ada satu waktu aku macam hanyut. Kau juga la yang gagah tarik aku balik.

Oh my. 

Actually malam tu aku sedih sangat. Aku dalam dilema. Aku nak kau gembira. Aku nak dia gembira. Tapi. 

Aku jalan sampai SP. Aku berhenti kat masjid tu. Ingat tak masa nak pergi kenduri abang Salman, pukul 4 pagi kita macam orang tak betul, jalan dekat kawasan gelap tu, cari masjid. Dengar azan, tapi tak tahu masjid kat mana. Last-last jumpa jugak. Masa tu hanya kita berdua je. Allah jaga kita. :)

Aku berhenti kat masjid tu. Aku menangis sungguh-sungguh. Aku rasa bersalah kat kau. What should I do to make my best friend happy? At last, I did nothing. Sigh.

Aku sedar aku bukan sahabat yang baik. Tapi kau masih setia dengan aku. Terima kasih, teman.

Aku sangat gembira bila kau gembira. Tapi aku tak reti nak tunjuk keterujaan tu. Macam kau selalu buat. Itu kelemahan aku. 

Dan aku tak suka bila kau sedih. Atau bad mood. Atau tekanan. Sebab tu aku selalu lari dari kau bila kau tengah sedih. Padahal sepatutnya seorang sahabat tu bersama sahabatnya bila sedih. Tapi aku tak boleh. Sebab aku tak sanggup. Rasa macam nak lempang. Haha. Ok. Spoil mood.

Kau dan aku tak pandai berjiwang. Macam orang lain. Kita selalu gelakkan orang bila keluarkan kata-kata jiwang. "Tak membumi."

Banyak lah tak membumi kau. Aku tau sebab apa. Nanti kau terharu kan. Heh. 

Kau selalu berahsia dari aku. Tapi kau tak boleh sembunyi yang kau ada rahsia dari aku. Itu lah kau. Tak pandai langsung berlakon. Aku pulak tak pandai memujuk. Kau kata aku ego. Tidakkah itu melengkapi?

Ok, enough said. Cukup lah buat kau terharu. Tak mau cakap aku sayang kau, nanti kau lagi terharu. 

Selamat menyambut hari lahir ke 23. 

I dedicate this song for you. Just for you, my Attiq. :)

Selama ini kumencari-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci
Bersyukur kini padaMu Ilahi
Teman yang dicari selama ini
Telah kutemui

Dengannya disisi
Perjuangan ini
Senang di harungi
Bertambah murni kasih Ilahi
Kepada Mu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan kasih sayang kita
Kepadamu teman
Kupohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telahku ungkapkan segala-galanya
Teman
Bersamalah kita semaikan persahabatan ini
Dengan keimanan
Teruskanlah perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu Teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telahku ungkapkan segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita
Haa…….
Kumencari-cari teman yang sejati
Buat menemani perjuangan suci
Haaa……..








*post ni aku schedule 12:00 am 26 Jan 2012*


     


Monday, January 23, 2012

Rasanya..


بسم الله الرحمن الرحيم
 Salam Perjuangan


Buka mata.

Tutup mata.

48 hari.

Gulp!

Tutup mata balik.

Esok jadi 47.

Gulp! Gulp!

Dah ready ke ni?

Alamak.

Si teman bertanya.. "Macam mana kau tahu kau dah ready?"

"Rasainya.Feel it"

"Huh? Maksud?"

"Aku rasa aku dah ready."

"Macam tu je? Mudahnye"

"Iye. Kau je fikir susah."

"Macam mana nak rasa dah ready tu?"

"Jangan tanya aku. Tanya Allah. Dapat jawapan tanya diri sendiri. Dah dapat jawapan jangan lupa tanya mak pulak. Hehe"

"Pelik lah kau ni."

Senyum.

Doakan saya dan rasa saya! :)






 

Saturday, December 03, 2011

CONTEST BLOG SUPERAWSOME BY SHA


بسم الله الرحمن الرحيم
 Salam Perjuangan



Smile :)

Ya, I know, I never had any interest on joining any contest made by bloggers. But somehow as i'm kinda have you know, the oh-tak-tahu-nak-bukak-apa-dah-dengan-internet sickness, I did some blogwalking. Hey I'm also a blogger, what? ^__^

Ok, dear the contest maker, Sha, u should know this..

Dalam sejarah hari ini, saya menyertai satu contest blog, and it was from you. Thank you for changing my mind. ^__^

Anyway, this blog is not really that Superawesome, instead your prizes are that awesome! hihi

Ok, seriously I wrote things and I did it because of Allah, I just want His blessed. Jadi, saya masih tak mahu ubah niat saya, saya nak sertai contest ni, dengan niat, ada yang akan membaca apa yang mahu saya sampaikan, well at least YOU already read this, and why not spend 5 more minutes, scroll down, and keep on reading :) Allah bless you.

Well I guess I already follow the procedures here,


  1. WAJIB follow blog Freaking Twins
  2. Inbox me . Hantar korang punye entry yang korang dah buat  Sha dekat fbiee
  3. Warganegara Malaysia.
  4. Tidak kira jantina, tapi hanya LELAKI dan PEREMPUAN.
  5. Letak tajuk contest : CONTEST BLOG SUPERAWSOME BY SHA
  6. Buat simple entry about this contest and letak banner kat atas tu. Pastikan banner tu di linkkan ke blog Freaking Twins
  7. Tag sekurang-kurang 2 orang blogger dan pastikan dia tahu :)
  8. Contest akan terbatal sekiranya kurang 15 penyertaan.

Nak tag.. hmm siapa ya?


So, I'm done. Thanks for reading :)


 


Friday, December 02, 2011

If You have a Problem, Face It, Don't Facebook It!


بسم الله الرحمن الرحيم
 Salam Perjuangan

"Buhsan nye dok umah.. rindu kamooo~"

"Pagi2 dah buat aku bad mood! Cmon!"

"Oh begitu indah saat kau mengucapkan kata cinta itu kepada ku semalam. I already miss you. I love you, baby!"

"Cinta tak boleh dipaksa, okeh u ols.hihi..."

"Boringnya.. sape nak berkenalan ngan kitew?"

.........................................

Sapa yang selalu bila buka FB, di news feed selalu ternampak benda-benda sebegini, dan terus hilang mood untuk buka FB, angkat tangan!! 

 -____-


I hundred percent agree with this! (✿◠‿◠)

Facebook = Tempat Luah Perasaan

Facebook pada zaman ini umpama Myspace atau Friendster pada 4 tahun lepas. Siapa tak ada facebook, adalah orang paling tak cool di dunia, kata mereka. Di mana-mana sahaja, FB pasti tak terlepas daripada menjadi topik perbualan. Sama ada,

"Kau tahu si Jijah dah bertunang, aku tengok kat FB dia.. Tak jemput kita pun ye.."

atau

"Weh, semalam kenapa kat FB emo semacam, bro?"

atau

"Eh, nanti add kitew kat FB taw. Dah habis program nanti mesti rinduw.."

atau

"Kau kenal tak mana-mana kawan FB yang nak jual LEMBU? Cuti-cuti ni rasa nak bela LEMBU, eh tapi aku tak ada KONDO nak simpan LEMBU"

(-'_'-)

Perkara biasa kan? Jadi, dah tak hairan lah kalau pergi sekolah untuk praktikum, perkara pertama yang akan ditanya oleh anak murid adalah "Cikgu ada Facebook?" waktu perkenalkan diri, dan ditanya, ada apa-apa lagi soalan? Kalau cikgu dulu kena tanya "Cikgu dah kahwin?" atau "Cikgu dah ada pakwe?"
Anak-anak zaman sekarang..

Rata-rata pengguna Facebook adalah terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Dari sekecil-kecil kanak-kanak sekolah rendah sampai ke atok atok senior, dengan pelbagai tujuan. Kawan-kawan dalam list friends saya pula datangnya daripada pelbagai jenis orang. Pelbagai jenis orang akan mewujudkan pelbagai jenis ragam. Itu fakta yang paling tepat.

Kalau buka FB friends yang masih bersekolah rendah, rasa nak tergelak pun ada. Biasanya anak-anak murid lah. Penuh wall nya dengan segala macam application games Facebook. Jiwa kanak-kanak.

Kalau buka FB friends yang sudah di sekolah menengah, sudah mula pandai post video daripada youtube. Justin Bieber, Selena Gomez, Grayson Chance, Najwa Latif, dan entah siapa lagi artis, penuh di wall mereka. Bila rasa nak update status pulun cari lirik lagu yang dirasakan cool, kemudian copy and paste. Bila tukar profile pictures, wall pasti akan penuh dengan kata-kata begini,

"DP santekk!"

"Comelnye DP awak dear.."

[Honestly, i'm googling for what does DP stand for. Baru tau rupanya Display Picture. Call me lame.]

Profile  picture tak sah kalau bukan yang pegang DSLR, atau yang buat muncung, atau yang gambar tanpa kepala atau cantuman jari-jari yang jadi bintang atau gambar kasut. Teenagers~

Bila buka pula profile kawan-kawan sebaya, bertambah seronok. Masakan tidak, kalau bukan gambar kahwin, gambar tunang, kalau bukan gambar tunang, gambar cincin. Paling seronok bila tengok gambar kawan-kawan yang dah pegang baby! Fuh. Status pun berkisar tentang alam rumah tangga, berdebar-debar menanti saatnya, kegembiraan and so on.

Bagi yang tak ke alam rumah tangga lagi, ada yang menyerlahkan kematangan dengan berkongsi ilmu di status-status atau notes atau video. Menarik. Saya rasa mereka begini adalah matang! (✿◠‿◠)

NAMUN,

perkara paling mematikan mood bila buka FB adalah apabila ada yang menjadikan FB sebagai tempat luahan perasaan. Ini pandangan peribadi saya, tidak memaksa sesiapa untuk menerimanya. :)

Ada yang suka menjadikan Facebook sebagai tempat melepaskan kemarahan, kekecewaan, kesedihan, atau kegembiraan. Ya, itu hak masing-masing, saya tahu. Tapi apalah perasaannya bila pagi-pagi buka FB untuk check perkembangan terbaru Pilihanraya di Mesir, terpaksa membaca status-status kekecewaan dengan buayafriend, atau kemarahan yang meluap-luap terhadap HATERS, atau kesedihan ditinggalkan gelifriend. Tidak keterlaluan kalau saya katakan, ia sangat MEMUALKAN. [seumpama melihat Kak Jat menyinsing lengan menyelak kain]

Saya berpendapat perasaan kita adalah terlalu peribadi untuk dihebohkan dan dicanang sebegitu rupa di laman sosial, yang ribuan orang boleh mengaksesnya. Apalah salahnya mengambil kira perasaan kami yang mahukan ilmu baru setiap kali membaca news feed, kenapa perlu terlalu terbuka untuk meluahkan perasaan kita, sehingga mengganggu perasaan orang lain?

Andai terlalu marah atau kecewa sekalipun, mencanangkannya di Facebook tidak akan lebih menyelesaikannya, malahan mungkin boleh mendatangkan fitnah kepada diri kita. Kemarahan dan kekecewaan itu datangnya daripada nafsu dan ditambah dengan bisikan dan suntikan daripada iblis, yang mahukan manusia ini melupakan Allah di saat sedang marah atau kecewa. Nah, jika kita terlalu mengikut perasaan, menghebohkannya di khalayak umum, pasti akan ada yang akan menjadi apinya! Maka bertepuk tangan dan bersorak gembiralah syaitan itu.



Di sini saya nak kongsikan beberapa tips bagaimana menghadapi kemarahan. Semoga bermanfaat (✿◠‿◠)

1. BERZIKIR

“Ingatlah, dengan berzikir (mengingati Allah) jiwa kamu akan tenang". (Surah Ar-Ra’ad, ayat 28)

Ha, kan Allah sendiri bagitahu tu.. :)

Sebab tu bila rasa nak marah, atau geram je, jauhkan diri daripada Facebook, sebaiknya ISTIGHFAR, bagi syaitan yang duduk di hati tu lari, dan BERZIKIR lah. Insya Allah, hati akan menjadi lebih tenang, dan dengan mudah boleh get over kemarahan itu tadi.

2. BERWUDHUK & SOLAT SUNAT

Andai kata kemarahan atau kekecewaan itu masih berbaki, dan kita sedar amatlah susah untuk mengawalnya, sebaiknya pergilah BERWUDHUK, dan tunaikan SOLAT SUNAT TAUBAT. Kembalikan semuanya kepada Allah, dan kalau rasa terlalu berat untuk ditanggung, dalam sujud terakhir, pohon keampunan daripada Allah, minta ditenangkan hati dan diberi petunjuk. Allah sangat suka orang yang selalu bertaubat dan kembali kepada Allah dalam apa jua keadaan.

3. MEMAAFKAN

Orang kata memaafkan tu memang susah,lagi-lagi bila hati disakiti dan dikecewakan. Tapi kalau kita berdendam dan simpan di dalam hati, tidakkah itu lebih merugikan. Hati pun sakit sentiasa. Jadi, ambil masa untuk tenangkan fikiran, cuba lupakan dan maafkan. Tak rugi, malah Allah lebih sayang! :)

4. SENYUM & POSITIF

Mudah sangat kan..?

5. TULIS

Ok, andaikata dah memang tak boleh ditahan-tahan, perlu juga diluahkan, ok, buka MS WORD, dan luahkan di situ. Bila dah tenang, baca balik, pasti anda akan tergelak sendirian.


[Tips ini juga sangat berguna untuk yang panas baran seperti penulis]

Jadi, mudah saja kan? Bayangkan kalau kita masih menjadikan FB sebagai tempat luahan perasaan, kita akan :

1) Membuka lubang fitnah untuk diri sendiri
2) Membuka peluang syaitan dan konco-konconya bergembira
3) Mengganggu emosi orang lain
4) Menaikkan rating diri sendiri sebagai "The Most ANNOYING People"

Salam Ma'al Hijrah 1433 H (◡‿◡✿)




 

Wednesday, November 09, 2011

Aku nak jadi cantik macam tu...


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan


Seronoknya.Seronoknya ^___^



"Kau tengok sana.. Cantik kan?" Bibirnya dijuih panjang ke arah sekelompok anak muda berpakaian serba putih, daripada serban hingga ke jubah. Di bahu masing-masing tersangkut sehelai kain panjang berwarna hijau. Mereka panggil "rida'". Wajah nan bersih jelas terpancar daripada air muka anak-anak muda itu. 

"Boleh la.. Nampak bersih.." Teman di sebelah memandang acuh tak acuh. Pandangannya beralih kembali pada handphone di tangan.

"Kau tengok sana pulak. Peh. Cantik gila!" Matanya membuntang melihat beberapa anak gadis ayu berpakaian juga serba putih, dengan tudung litup nan labuh, jalan beriringan berpimpin tangan. Masing-masing menundukkan wajah. 

"Weh, aku teringin la cantik macam diorang.." Perlahan dititip bicara dari bibirnya.

"Kau ni pehal. Kita pakai ni pun cantik jugak tau. Kau dengan baju kurung cotton english. Baju raya kau kan? Aku pakai jubah aku ni pun cantik ape. Berat kau tau dengan manik batu-batu ni.. Tak payah lah tengok orang sangat.. Setakat baju and tudung putih plain, cantik lagi baju warna-warni kita ni.."

"Aku tau lah.. Aku pun rasa kita pakai dah cukup cantik.. Tapi kita ni kan nak pergi Majlis Maulid. Aku baca kat facebook hari tu, sunat tau hari Jumaat pakai putih, pakai wangi-wangi, lagi-lagi Majlis Maulid. Majlis ni kita nak ingat Nabi (SAW), kan ke Nabi (SAW) suka warna putih, kalau pakai putih, tutup aurat semua, mesti Nabi (SAW) suka.. Dapat pahala lagi.."

"Ala, aku mana ada baju putih.. Lagipun baju putih ni cepat kotor.. Kejap lagi kan ada makan-makan, tak nak lah aku, mesti comot nanti.."

"Kau tak teringin nak pakai macam tu?" Jarinya tertuding ke arah seorang anak gadis. Cantik. Berjubah putih, tudungnya labuh melitupi tubuhnya. Tiada manik atau batu seperti yang terdapat di jubah mereka. Juga tiada kerongsang berat tergantung-gantung di tudung labuhnya. Sekadar itu.

"Hish, simple sangat. Kalau nak ikut sunnah pun, jangan la simple sangat. Tak menarik langsung. Eh cuba kau tengok jap tudung aku ni, sanggul macam dah jatuh la.." Dia memusingkan badannya supaya temannya itu dapat melihat sanggul di kepalanya.

Dia menggeleng kepala.

"Ni lagi satu, kau tau tak Nabi (SAW) pernah sebut pasal ni? Macam bonggol unta. Tahu tak hukum dia haram?"

"Ewah-ewah. Yang kau ni sejak bila pandai bagi hukum ni. Eh kau tau, bukan aku seorang pakai macam ni. Tak kan tak nak ikut trend? Ha, cuba la kau cakap macam tu dekat perempuan-perempuan yang kat sana tu... Pandai la nak kata kat aku.." Dia mendengus.

"Tak ada lah, kau ni bukan tak belajar agama. Kalau dah tahu hukum dia, tak payah la buat.. Kalau fesyen tu dimulakan dengan seorang, tak mustahil nak matikan fesyen tu dengan seorang jugak. Kan?"

"Boring gile la cakap dengan kau ni. Dah macam ustazah-ustazah je. Agak-agak la.. Diri sendiri pun tak betul lagi.."

"Ye la.. Aku cakap je.. Aku teringin nak berubah.. Terpulang la kat kau.. Dah, jom masuk surau.. Kejap lagi diorang start qasidah, kita terhegeh-hegeh nak masuk. Kau bawak tak buku qasidah kau?"

"Bawak ni hah.. Nasib baik aku kenangkan kau ni kawan baik aku.. Kalau tak jangan harap aku nak jejak sini.. "

"Ala.. Aku ajak cari pahala..."

"Ye lah ustazah..."

.........................................................................

Putih itu menawan.. ^__^



Tidak lah salah untuk menjadi orang paling update dengan fesyen terkini,
Tetapi alangkah lebih moleknya lagi andai fesyen itu benar-benar indah pada pandangan Allah dan manusia.

Kenapa pandangan Allah dahulu?
Mudah, kerana Allah Tuhan kita. Tuhan yang cipta kan kita. Tak kan mahu ingkar arahan Pencipta kita? Siapa KITA?
Pandangan Allah yang akan diambil kira di akhirat nanti. 

Cantiknya bila mengikut SUNNAH Nabi.
Bukan sekadar ikut-ikutan. Bukan sekadar cinta di bibir.
Bukan sekadar air mata terpaksa. 
Tapi semuanya bila benar-benar CINTA dan RINDU.
Rindunya pada Nabi.. Rindunya pada Kekasih Allah..
Tapi layakkah diri pohon syafaat darinya?
Layakkah diri digelar Sang Perindu 
Seperti Rindunya para Waliullah itu
Allah..
Sunnah Nabi jarang sekali terlaksana.
Maafkan kami Ya Sidi.
Kami dusta dengan Cinta kami..



Kanak-kanak ini menangis bila mendengar tausiyah 
daripada Habib Umar.
Kenapa aku susah menangis?
Malunya....







 

Wednesday, October 26, 2011

13 Alasan Wanita tentang AURAT.


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan 



1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam


Sumber ^__^




 


 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting