Wednesday, February 10, 2010

Hidup : Beri dan Terima. Bukan Paksaan

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

Seminggu berlalu dirasakan terlalu pantas. Ruang untuk bernafas seakan cukup-cukup dengan masa yang berbaki. Namun dalam setiap helaan nafas itu, sebaik mungkin diri ini mencuba untuk semakin dekat dengan Nya, semakin hanyut dalam cinta Nya, semakin asyik dalam kerinduan pada Nya, walau sebenarnya Dia tidak pernah walau sesaat melupakan makhluk Nya. Masya Allah. Wo ai ni, Allah =))
Jika 2,3 minggu lepas setiap saat saya dipenuhi dengan hanya mengadap laptop, menyempurnakan tugasan yang tidak akan pernah sempurna itu, kini sungguh, hikmah di sebalik setiap yang terjadi itu kian terungkap, sedikit demi sedikit. Indah rupanya bila segala kebergantungan diletakkan penuh kepada Dia, Allah yang Maha Mengetahui. Maha Suci Allah. Wo ai ni, Allah =)

Setiap detik yang dilalui, benar sekali merupakan ujian Allah untuk menjadikan kita hamba yang sentiasa mengingati Nya. Meskipun baru-baru ini dalam kelas Politik & Kerajaan, apabila si pensyarah begitu mudah mentafsirkan istilah "paksaan" itu sebagai satu rutin dalam kehidupan. Seperti dalam katanya, manusia menjalani kehidupan seharian kerana "terpaksa" demi meneruskan kelangsungan hidup. Dan kerana terpaksa juga, manusia itu makan, tidur, bekerja, belajar, senang cerita, semuanya kerana terpaksa. Manusia terpaksa menjaga kebersihan, untuk mengelakkan serangan penyakit. Jangan pening, falsafah itu sememangnya aneh. 
Namun seharusnya kita sebagai umat Islam, menjadikan Al Quran dan sunnah itu sebagai sumber rujukan utama. Dalam mencari makna hidup, erti kehidupan sebenar, usah sesekali berpaling daripada Al Quran dan sunnah. Rujuk surah Ad Dzariyat dalam ayat 56 telah Allah nyatakan 

Wama kholaqtul jin-na wal insana illa liya’buduni

‘Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku .”  
Nyata sekali dalam ayat ini, secara jelasnya telah dinyatakan Allah bahawa hakikat penciptaan manusia itu tidak lain hanya untuk mengabdikan diri kepadanya. Dalam proses pengabdian itu, manusia melalui pelbagai fasa keimanan, juga ujian dan rintangan. Manusia itu perlu secara fundamental mencari sendiri erti kehidupan, hakikat penciptaannya, berlandaskan wahyu Allah yang disampaikan melalui Rasulullah S.A.W iaitu kitab Al Quran. Jika benar kehidupan ini suatu paksaan, tidakkah dirasakan satu penciptaan yang sia-sia, sedangkan Allah mencipta setiap sesuatu dengan sebab musabab yang tersendiri. Seperti dalam surah Al Mukminun ayat 115 ;

“ Afakhasib-tum an-nama kholaq-nakum ‘abatsan wa an-nakum ilaina laa turja’un ?”

“Apakah kau (manusia) menyangka bahwa Aku ciptakan kamu dengan main-main dan (kau kira) kamu tidak akan dikembalikan kepada KU?”
Maha suci Allah, Maha Mengetahui segala-galanya. Setiap sesuatu yang berlaku pastinya punya hikmah yang tersendiri. Jangan sesekali lupa bahawa, makaru wa makarullah, wallahu khoirul maakirin (kita merancang, Allah merancang, namun Allah adalah sebaik-baik perancang). Walau bagaimana hebat sekalipun perancangan kita, namun jika telah Allah tetapkan takdirnya, harusnya kita menerima dengan lapang hati, dengan sepenuh keyakinan bahawa Allah itu Maha Mengetahui, Dia tahu yang terbaik.

Saya yakin ada hikmah 'ia' terjadi =))

Dalam usaha menghabiskan saki baki Dari Lembah Cita-Cita (Buya Hamka) dan menghayati setiap perincian Syed Qutb akan perihal dunia perjuangan dalam Ma'alim Fit Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan). Wallahu'alam.


suarahati : Ayuh Sertai Kempen ANTI Valentine's DAY! Ini bukan budaya kita!












BACA LAGI SAMPAI HABIS... -

Monday, February 01, 2010

Terima Kasih Allah :)

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

Demi Allah, jika ini yang terbaik buat ku dan mereka, aku redha. Aku redha ya Allah atas ketentuan Mu. Segala jiwa ini hanya bergantung pada Mu ya Allah.
Anis, lagu blog kamu sangat buat saya touching :')

Satu keberatan yang maha kuat dalam hati ini untuk menolak satu peluang, satu rezeki, satu impian sedari awal diketahui tentangnya. Bukan saya untuk melepaskan peluang yang bukan selalu datang di hadapan mata. Kala mendapat panggilan telefon daripada seseorang, menawarkan untuk menyertai ESQ di Kepala Batas, subhanallah, mata saya berkaca mengenangkan impian semakin hampir dalam gapaian. Maha Suci Allah, maha mendengar permintaan hamba-hambanya. 

Melihat planner di tangan, hati kembali sebak. Persoalan utama bermain di minda mula menjalar-jalar keluar, mampukah aku menguruskan masa yang berbaki ini? Lesen besar daripada Kak Su untuk mencari pengganti bagi melaksanakan tugas sepanjang Kem Halawatul Islam seakan memberi satu isyarat untuk menurut gerak hati. Namun persoalan itu semakin kuat bila melihat sekali lagi planner itu. Ya, tarikh Muktamar Sanawi semakin hampir sedangkan untuk video dan persembahan multimedia hanya sekadar introduction baru. Allah, benarkah gerak hati ini? Sesak dirasakan di dada.

Ini ujian, getus hati. Allah ingin menguji diriku dalam membuat keputusan untuk capai yang terbaik. Allah mengujiku dalam pengurusan masa. Allah mengujiku dalam mencari keutamaan dan fokus. Benar, kesemuanya kelemahan ku paling ketara. Maha suci Allah, Dia maha mengetahui.

Tekad. Hati mula membulatkan tekad yang satu itu. Mungkin belum rezeki ku untuk menggapai impian itu. Mungkin bukan masa yang sesuai untuk ku meninggalkan kerja yang tertunggak demi mencapai kepuasan sendiri. Allah mendidik ku supaya menjadi adil dengan diri sendiri melalui ujian ini. Gugur lagi air mata menyapu pipi. 

Dan kini aku gembira. Aku yakin keputusan ku untuk melepaskan tawaran ke ESQ untuk melunaskan tanggungjawab di sini tidak salah sama sekali. Aku yakin Allah punya rancangan tersendiri. Aku gembira melihat mereka gembira. Aku gembira Allah menguji ku dengan ujian ini. Semoga Allah membuka pintu-pintu hati mereka, kerana aku sangat sayang mereka. Aku yakin. Satu hari nanti :)

[tercatat gara-gara mendengar lagu di blog Anis]










BACA LAGI SAMPAI HABIS... -

Saturday, January 30, 2010

Antara Solat Subuh Berjemaah dan Demonstrasi

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

Matanya tajam merenung mereka di hadapan. Penuh membara. Tak berkedip dilihatnya satu per satu wajah yang dahagakan syahid itu. Nafasnya ditarik dalam.

"Dan seharusnya kita, yang digelar pemuda ini, yang dipanggil syabab ini, yang dikenali sebagai fata ini, tidak akan sekali-kali tunduk pada kuasa-kuasa barat, tidak seharusnya akur pada doktrin-doktrin zionis! Kerana kita pemuda harapan ummah, kita syabab pemimpin masa depan! Kalian fikirkan, apa akan jadi pada generasi akan datang, kepada anak-anak kita jika sekiranya kita terus-terusan tunduk pada jarum-jarum suntikan musuh utama kita, yang pastinya melemahkan kita, tanpa kita sendiri sedari??"

Hujahnya makin berapi. Terasa hangat tubuhnya lantaran dibakar semangat anak-anak muda di hadapannya yang sedari tadi tidak berganjak walau dikit pun. Dapat dia rasakan kemarahan mereka terhadap pihak barat dan zionis atas apa yang mereka lakukan terhadap masyarakat Islam di Palestin dan serata dunia ibarat gunung berapi yang hanya tunggu masa untuk memuntahkan isinya.

Dia menarik nafas dalam.

"Wahai saudaraku. Apakah kalian sanggup melihat saudara-saudara kita di Palestin, di Iraq, di Afghanistan, di Selatan Thailand, di mana-mana yang kian hari kian ditindas, kian hari kian menjadi mangsa, tidak kira lelaki atau wanita, tidak kira orang tua atau anak-anak yang masih tidak mengerti, kekejaman demi kekejaman mereka lakukan, hanya untuk melihat syiar Islam tumpas, demi melihat risalah Muhammad S.A.W dihapuskan??"

"Tidak!"

"Tidak sama sekali"

"Allahuakbar! Hapuskan yahudi laknatullah!"

"Takbir!"

Sahutan penuh semangat bergema memenuhi segenap ruang di dewan itu. Setiap yang hadir berdiri tanda menyatakan rasa tidak puas hati mereka terhadap apa yang telah dilakukan oleh musuh-musuh Islam terhadap Islam.

Dia semakin bersemangat.

"Ayuh kita bersatu, ayuh kita kukuhkan soff, demi menghapuskan yahudi penjajah!Allahuakbar! Jihad Fisabilillah!"

Serentak dengan itu berkumandang seluruh pelosok dewan, gema takbir bersahut-sahutan. Barangkali jika ada puak musuh Islam di situ, sudah habis dicincang lumat oleh mereka.

---

"Hayya 'alal Falah..."

"Assolatu khoirun minan naum.."

Matanya terpisat-pisat. Cuba ditolak kelopak matanya agar terbuka. Kepalanya masih pening. Dia melihat jam di tangan.

"Baru 5.30. Awal betul Subuh sekarang"

Terasa seakan-akan baru 5 minit dia melelapkan matanya. Masakan tidak, malam semalam sahaja dia terpaksa menghadiri tiga mesyuarat yang dia sendiri menjadi pengerusi. Amanah, katanya. Hanya apabila jam menunjukkan jarum 4 baru dia berpeluang untuk meletakkan kepala di bantal. Itupun cadangnya untuk bangun setengah jam kemudian untuk menyiapkan beberapa kertas kerja program yang tak siap-siap.

Dia menarik kembali selimut menutupi tubuhnya. Dingin pagi itu menambah keenakannya diulit mimpi. Sebentar kemudian terdengar sayup-sayup bunyi dengkuran dari bawah selimut.

----

Kisah Solat Subuh Berjemaah [diolah daripada SOLUSI isu 13)

Dalam buku Misteri Solat Subuh oleh Dr Raghib al Sirjani dinukilkan

"Pernah seorang penguasa Yahudi menyatakan bahawa mereka tidak takut dengan orang Islam kecuali satu hal berlaku, yakni apabila jumlah jemaah solat Subuh menyamai solat Jumaat"

Seakan mustahil pula.

"Tidak salah membakar bendera yang menjzalimi umat Islam, tetapi alangkah baiknya jika kita terlebih dahulu “membakar” selimut syaitan yang menghalang kita bangun untuk solat Subuh berjemaah? Tidak salah bertempik dan bertakbir bagi menunjukkan kemarahan kita terhadap musuh Islam,tetapi alangkah baiknya jika suara itu digunakan untuk bertakbiratulihram dalam solat Subuh secar berjemaah? Emm, mampukah orang yang ‘liat’ bangun Subuh berjemaah demi cintanya kepada Allah berangkat ke medan jihad untuk memerangi musuh Allah?"
Surah Soff Ayat 3 untuk renungan semua. Ya Allah, tsabitkan hati-hati kami dalam mentaati perintah Mu. Ya Allah, jangan kau tarik rasa khauf yang Kau campakkan ini.. Ya Allah, ampunkan dosa-dosa kami yang sering kali memungkiri janji-janji kepada Mu.














BACA LAGI SAMPAI HABIS... -

Wednesday, January 27, 2010

Because it is DULL

I saw the colourless rainbow
I saw the black cloud
I saw the mourning trees
I saw the bird is dead
I saw no grass
I saw no butterfly
I saw they're talking
With no any sound

They're various
But I saw they're all black
I heard them
Like bees
They laughed
But I don't

I asked "What is happy?"
They said joy
But I don't feel it.

Because the heart is DULL.



I who DULL,
anum
27th Jan 2010
BACA LAGI SAMPAI HABIS... -

Saturday, January 23, 2010

Ini Serius. Saya tak gelak pun

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

Berbunga-bunga hatinya menjengah laman-laman blog sahabat yang penuh terisi titis-titis ilmu. Terasa kerdil pula mendengar hati bicara penuh kerendahan. Alahai siapa sahaja dia itu. Masih bermain galah menjolok cempedak.

Baru sebentar jari-jarinya bermain di papan kekunci, berlatarkan presentation untuk esok hari, dan sekarang mudah sahaja beralih arah mengetuk-ngetuk dashboard. Dashboard blog bukan dashboard kereta.

Ok sejujurnya terlalu banyak satu-satu ilham itu datang, menjadikan semuanya tidak terurus di dalam ini. OTAK. One by One, muna. Penipuan Evolusi, Sains Sosial dan Sains Tulen, Keadilan Sosial (Institut Kajian Dasar), Dilema Melayu, Pemberontakan Abbasiyah, belum masuk lagi buku-buku HAMKA. Perlu lebih banyak belajar perihal pengurusan efektif.

Dalam draf yang sedia ada, separuh bercerita perihal perkaitan solat subuh dan keluar berjihad, separuh bercerita perihal kerangka pandangan alam islam dari kaca mata Syed Naquib Al Attas, separuh lagi bercerita perihal rejuvenasi pendidikan, ada lagi separuh, menyentuh pula soal sosok guru pelatih. Sekarang kalian tentukan, mana kalian mahu tahu dahulu, saya fokuskan yang itu. FOKUS.

Satu lagi. PENGUMUMAN ini amat PENTING. Pada kalian terutamanya adik-adik junior IPTB, kalau ada yang berminat untuk belajar video editing menggunakan Ulead Video Studio, sila jangan malu jangan segan beritahu saya, secara terus pun boleh, kalau malu, mesej cukup. Kita set masa, set tempat, andai kata diizinkan, sebanyak mana yang saya boleh tolong, saya akan cuba. INI SERIUS. Tengok saya tak gelak pun.
perlu apprentice, kata Cipi.














BACA LAGI SAMPAI HABIS... -
Blog Widget by LinkWithin
 

IKLANKAN DI SINI

Join My Community at MyBloglog!

adiWidget



Serambi Dakwah

Photobucket

Photobucket


Attention~


Ramai merungut susah untuk link ke blog ini.
Begini.
Di kolum "Add To List"
Klik "Add By URL"
Copy link ini
http://feeds2.feedburner.com/mujahidahizzah
Paste di kolum "Add by URL"
dan SAVE!
Sonang je!
Lepas ni, dah boleh link saya dengan mudah!!

"Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya -Voltaire"
Budak Picisan