Saturday, November 28, 2009


"boleh saya cakap dengan penjaga kamu?"

"ya, saya"

"boleh saya cakap dengan encik isa?"

"dia tak ada. pergi haji"

"oh, esok dia ada?"

"huh?"

berhenti jadi operator lagi bagus.

Sunday, November 22, 2009

Masa Untuk Beruzlah. Salam Perpisahan buat semua :)


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan


Berkira-kira dalam hati sejak minggu lepas untuk berhenti menulis buat sementara waktu, atau mungkin untuk selama-lamanya. Wallahualam. Terlalu banyak perkara yang berlaku dalam satu-satu masa mendesak saya untuk refleks kembali diri saya dan matlamat hidup saya. Banyak ketempangan yang saya lakukan, dan perlu diteliti semula, diperbaiki - hanya demi untuk mendapat REDHA Allah.

Jangan salah sangka, saya tidak merajuk atau berkecil hati dengan mana-mana pihak pun, atau atas mana-mana teguran, insya Allah saya terima dengan hati yang terbuka. Bahkan teguran dan nasihat kalian yang sememangnya saya perlukan, lebih dari segala pujian atau sanjungan. Terima kasih banyak-banyak. Hanya Allah mampu membalas jasa kalian =))

10 jari ini saya susun, memohon ampun kepada semua sahabat sahabiah yang selama ini banyak menjadi pendorong saya, penguat saya untuk terus berjuang melalui mata pena, kiranya tulisan ini mengguris hati mana-mana pihak, ada kalanya saya menulis atas nama emosi dan di situ khilaf terbesar seorang penulis, harusnya untuk meletakkan segala macam emosi di tepi - menulis dengan rasional dengan disokong ayat Quran dan hadis.

Insya Allah jika diberi peluang lagi untuk mencatat sesuatu oleh Nya, saya akan lakukan. Satu hari nanti. Fokus saya kini adalah menguruskan rumah dan keluarga sementara menanti kepulangan mak dan abah :)

Salam sayang buat semua,
Muna 'Izzah Md Isa

Masa untuk beruzlah! :))












Wednesday, November 18, 2009

Suara-Suara Terpendam


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan














comel :))


khas buat tatapan abang-abang dan kakak-kakak yang merindui mujahidah-mujahidah Abu Nur. =)

Dalam meniti kegembiraan demi kegembiraan dalam hidup, sering kali kita lupa pada mereka yang sebenarnya memerlukan kita, perlukan kekuatan dan semangat kita, biar kita asing di mata mereka sekalipun. Kerana hanya kasih sayang dan prihatin yang mereka dambakan.

.....

Pulang daripada menziarahi adik-adik di Abu Nur, dia banyak termenung. Sesuatu perlu dilakukan. Demi mereka. Sampai bila tiap kali menjenguk mereka, ada sahaja kisah di sebalik tabir yang berlaku, kian menyesakkan jiwanya. Simpatinya kian menggunung pada mereka.

Hingga saat dia menulis catatan ini, jalan penyelesaian untuk meringankan beban rasa mereka masih menemui jalan buntu. Bukan dia tak cuba, tapi entah, kerap kali dia dilanda rasa kecewa. Hanya Allah yang tahu betapa sebenarnya dia kecewa :(

Biar mereka bukan siapa-siapa pun pada dia, biar tiada sebarang pertalian darah sekalipun, dia masih merasakan seseorang perlu melakukan sesuatu. Mereka tidak punya siapa untuk berkongsi rasa selain kakak-kakak dan abang-abang yang mereka ada. Itu pun sebulan sekali pergi menjenguk. Aduhai. Maafkan kami, adik-adik.

Ahh. Dia semakin emosi. Lebih baik dia berhenti sebelum air matanya lebih laju mengalir...











 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting