Saturday, December 19, 2009

Catatan Kembara Sepasang Kaki : Episod 1


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

Seminggu berlalu dengan begitu pantas. Terasa segala-galanya dimanfaatkan sesempurna mungkin dengan kadar kudrat dan tahap iman yang naik turunnya tidak menentu. Sekurang-kurangnya aku punya jawapan untuk dijawab kala disoal kelak bagaimana aku memanfaatkan cuti kali ini? Kalian bagaimana?

12 Disember 2009

Tepat jam 6 petang, bas KKKL dari Melaka bertolak menuju ke destinasi seperti yang tercatat dalam tiket. Kuala Lumpur. Ah syukur Tuhan letakkan aku berseorangan di dalam bas dengan tiada sesiapa di sebelah, satu nikmat bagiku! Saat bas mula menjelajah lebuh raya pabila keluar daripada tanah daerah bernama Melaka, menung ku yang sedari tadi, kian panjang. Entah ke mana fikiran menerawang, begitu padat dan jauh sekali layangannya. Cubaan mengalihkan tumpuan kepada buku "Dari Lembah Cita-Cita" karya HAMKA seakan gagal apabila buku kecil itu semakin jauh letaknya dari tangan. Tak pe lah sekali sekala layan perasaan. Bukan selalu dapat bersendirian begini, bukan?

Ketibaanku di Pudu disambut jerkahan seorang pemandu teksi yang entah apa isi herdikannya. Marah sungguh dia pada dunia, mungkin. "Dunia tak pernah adil pada orang macam aku" mungkin itu isi tersirat di sebalik luahan kata-katanya. Saat kaki ku melangkah penuh tenaga ke dalam terminal (ceh panggil terminal ke apa pudu ni) hatiku tersenyum. Mendengar herdikan lelaki itu sebentar tadi mengajar aku bahawa manusia ini sememangnya begitu, cetusan rasa marah itu biasanya mudah benar terzahir dengan entah apa yang terkeluar dari mulut. Lancar sahaja lidah kita menutur ya. Tapi kenapa susah benar untuk kita sekurang-kurangnya mengucapkan kata syukur apabila setiap kali bangun daripada tidur, masih kita mampu bernafas, mampu melihat, mampu mendengar, mampu bercakap, mampu segala apa yang masih termampu. Pelik bukan?  Senyuman di hati masih meleret.

Penuh sekali manusia di sini. Aku suka begini. Berlama-lama di sini pun tak mengapa. Aku belajar perihal hidup apabila melihat 1001 jenis ragam manusia. Mungkin yang melihat akan mengatakan budak gila ini buat apa tersenyum senyum sorang-sorang. Ya. Memang. Aku suka :)

Ah, lupa. Perlu mencari tiket ke Sungai Petani. Esok malam. Ya, esok malam akan bertolak ke SP pula.

Mujur ada.

Seketika menunggu dijemput Kak Lillah dan ibunya, kaki ini terasa gatal sekali untuk merayau-rayau di celah ribuan manusia di situ biarpun telah dipesan oleh Mak Cik (mak Kak Lillah) untuk tunggu sahaja di situ. Ya, mak cik, saya masih menunggu di situ, kan masih berada dalam 100 meter dari lingkungan kawasan itu :)

Membeli 2 keping donut dari Dunkin's dan secawan kopi, terus berjalan-jalan, memerhati sekeliling. "Best kalau dapat buat LANDAS kat sini," getus hati kecil.

Dan. Oh. Betulkah itu? Betulkah apa yang aku nampak? Memang la betul. Mana ada orang tanya "salahkah apa aku nampak?" nampak tak? nampak tak? see.

Ok jangan suspen sambil scroll down laju-laju. Tak ada apa pun. Hanya kedai buku.


Laju sahaja kaki ini melangkah ke kedai buku itu. Dengan harapan konon-konon dapat terserempak dengan Megat ACAB macam brader Wan jumpa . Sambil berjalan, otak ku tak berhenti berfikir. Kalau brader Wan jumpa boleh la nak ambik apa gambar apa bagai dengan Megat. Aku? Takkan  nak ambik gambar dengan Megat. Ok.Ok. Aku boleh bagitau dia, aku suka bila dia berubah macam ni, aku sampai sekarang still dengar Streets Of Uptown dia, gua harap lu istiqomah. Biar la orang nak cakap lu tak true skin. Apa ade hal? Lu ada Tuhan. Ok lulus.Aku terus berjalan.

Tak ada pun Megat. Cis. Aku duduk kehampaan.

Telefon berbunyi. Oh mereka sudah sampai. Dari jauh aku nampak kelibat Kak Lillah dan Mak Cik.


akan bersambung...



aku tak pernah overpacked pun. Tak cukup baju sampai kena pinjam t shirt orang ada lah.
ukhuwwah namanya. 










Thursday, December 10, 2009

Apabila Cuti Bukan Sekadar Cuti


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

"Program? Tak pe lah. Cuti ni je waktu aku bersama family. Lepas cuti nanti pergi program balik." Ahmad ketawa riang. Gembira benar hatinya mungkin.

"Nak pergi mana lagi ni? Tak puas-puas ke program. Sekarang ni cuti, buat lah cara cuti" Marah si ayah bila anak perempuannya meminta kebenaran untuk menyertai program semasa cuti.

....

Bila sahaja cuti menjelma, saya akan kembali dalam dilema. Runsing memikirkan program sepanjang cuti dan juga masa bersama keluarga. Biasanya saya akan tersepit antara dua pilihan ini dan biasanya juga keluarga akan menjadi pilihan. Ya, kadang-kadang hati saya memberontak. Bukan ini yang saya mahu, bukan di sini tempat saya, bukan ini tugas saya dan macam-macam lagi. Sedaya upaya saya cuba untuk menerima segalanya sebagai ketentuan. Allah tetapkan saya di sini, jadi tiada alasan sebenarnya untuk saya berhenti berjuang.

"Kalau jihad kami di kuala mu, jihad kau di rumah. Dengan adik beradik kau" Keras nada Attiq meyakinkan saya.

Dalam Fiqh Al Awlawiyat antara dua suruhan yang saling bertembung. Seperti dalam hadis yang diriwayatkan,

Seorang sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berjalan-jalan di satu lembah dan ternampak sebuah mata air yang indah sehingga mengkagumkan dia. Dia berkata: “Andainya aku mengasingkan diri dari manusia (uzlah) dan tinggal di lembah ini, akan tetapi aku tidak akan melakukannya melainkan setelah meminta izin daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.” Hajatnya ini dikhabarkannya kepada Rasulullah lalu baginda menjawab:


لاَ تَفْعَلْ فَإِنَّ مُقَامَ أَحَدِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَتِهِ فِي بَيْتِهِ سَبْعِينَ عَامًا. أَلاَ تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ الْجَنَّةَ ؟ اغْزُو فِي سَبِيلِ اللَّهِ مَنْ قَاتَلَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَوَاقَ نَاقَةٍ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ.
        Jangan melakukannya kerana sesungguhnya kedudukan seseorang kamu di (medan Jihad) di jalan Allah adalah lebih utama daripada bersolat dalam rumah selama 70 tahun. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunkan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga ? Berperanglah di jalan Allah, barangsiapa yang berperang di jalan Allah selama tempoh memerah susu unta (yakni tempoh yang sekejap) maka wajib ke atasnya Syurga. [Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 1650]

Dalam hadis di atas terdapat dua suruhan agama yang saling bertembung:
* Suruhan # 1: Mendirikan solat dalam tempoh masa yang lama di tempat yang indah agar dapat memperolehi kekhusyukan yang sempurna. Ia mengandungi maslahat kepada orang yang bersolat.

* Suruhan # 2: Berjuang di medan perang demi menegakkan kalimah Allah dan membela nasib umat Islam. Ia mengandungi maslahat membela nasib agama dan umat Islam manakala orang yang berperang dijamin keampunan Allah dan balasan syurga.

      Di antara dua suruhan di atas, yang lebih utama ialah suruhan kedua kerana ia mengandungi kadar maslahat yang lebih besar berbanding suruhan pertama. Ini terbukti dengan perkataan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam “…adalah lebih utama daripada bersolat…”.

      Berdasarkan hadis di atas dapat dirumuskan beberapa kaedah Fiqh al-Awlawiyyat. Jika seseorang itu berhadapan dengan dua atau lebih suruhan dalam satu masa dan dia tidak mampu melaksanakan semua tersebut, maka:
  •   Lebih utama untuk melaksanakan suruhan yang maslahatnya memberi kesan jangka masa panjang berbanding suruhan yang maslahatnya memberi kesan jangka masa pendek.
  • Lebih utama untuk melaksanakan suruhan yang maslahatnya memberi kesan kepada orang yang besar jumlahnya berbanding suruhan yang maslahatnya memberi kesan kepada orang yang kecil jumlahnya.
  • Lebih utama untuk melaksanakan suruhan yang maslahatnya bersifat pasti berbanding suruhan yang maslahatnya bersifat kemungkinan. 
Alhamdulillah hati saya sedikit terubat bila mengenangkan seorang pejuang itu bukan berjuang di satu-satu tempat sahaja, bahkan pejuang itu apabila dicampakkan sahaja dia di mana-mana tempat hatta di padang pasir sekalipun, dengan izin Allah berbekalkan niat yang ikhlas, syiar Islam itu akan dipegang dan ditegakkan di hati dan dalam setiap langkahnya.

Saya agak terkesan dengan kata-kata abah apabila saya meminta keizinan untuk menyertai kembara dakwah orang asli di kuala mu.

"Kalau kamu boleh didik adik untuk ke masjid setiap kali masuk waktu solat, sama nilainya dengan nilai dakwah kamu pada orang asli"

Benar sekali. Kini saya boleh tersenyum gembira. Tak susah untuk berlapang dada jika kamu sentiasa bersangka baik dengan Allah. He Knows BETTER :)

Sekadar makluman sahabat-sahabat sekalian,

@Daurah di Baitul Qura', Sg Udang Melaka (Ustaz Zul) : Mula 7hb Dis (2 minggu). Tak dapat sertai atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.
@Seminar Pengukuhan Pandangan Alam Islam dan Syarahan Perdana Syed Naquib Al Attas di Institut Integriti Malaysia, KL - 13 Disember. Insya Allah akan berada di sana.
@Walimah Akh Salman Siddiqiy bin Azmi n Kak Ummi Aziyah - 12hb dan 14hb. Insya Allah juga hanya akan ke walimah di sebelah pihak lelaki. Sorry Kak Z. huhu.
@Pulang ke Melaka. Esoknya (16hb) bercuti bersama keluarga di Marina Cove Resort, Teluk Batik.

Insya Allah semuanya kerana Allah. Di mana bumi dipijak, di situ Islam dijunjung. Semoga kalian juga memanfaatkan cuti kalian. (^_^)
 














"Muna, bila nak blogging balik?"

"..."

"Kau jangan la stop"

"??"

"Ah lantak kau lah"

"Ok."

"Hoi kejam la kau. Kau ingat aku suka ke bukak blog kau stakat nak tengok tak de update. Baik kau delete je blog tu. Cih"

"???????"

Emo.

Sabar. Ingat senang ke nak habiskan buku Malik Bennabi? Kau ingat macam Dragon Ball ke?
 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting