Tuesday, November 02, 2010

Tolonglah sekali fikir untuk umat!


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan

Serius dulu saya tak kisah bila minyak naik harga sampai RM 2.70 seliter.
Mahal.
Tapi setakat naik motor tu berapa sangat je.
Fikir di benak.

Tapi sekarang.
Bila kerajaan yang adil umum harga minyak naik lagi,
temperature terus naik.
Nasib baik Najib kena cacar.
Temperature turun. Kesian juga.
Tapi bila tengok zaujah nya.
Temperature naik balik.
Hish. Rimas.Rimas.

Seminggu dua ni lepas pembentangan Bajet 2011,
kat mana-mana asyik sembang hal-hal kerajaan.
Rasa matang pulak. haha.
Tadi berhenti isi minyak di Lunas sebelum ke Hospital Kulim pon,
sempat lagi mengata Pemangku PM terbaru.
Hish. Rimas. Rimas.

Semakin hari semakin celaru.
Hari ni dia umum nak naikkan Menara Warisan yang bajet lebih 10 billion tu,
siap dalam Bajet Negara lagi.
Haih.
Esok dia lancar Transformasi Ekonomi. ETP.
Pesatkan industri hiburan. Hub Hiburan.
Haih.
Belum kecoh 'zaujah' nya punya Islamic Fashion Festival.
Haih.
Esok pulak dia bagi sampai RM 393 juta buat 14 projek mega kat Galas.
Sebelum ni entah dia pernah tau ke tak wujud tempat nama Galas dan Batu Sapi.
Haih.
Dalam meeting habis semua dia kata kita bawak nama Islam,
mulut tak lekang sembang agama-agama.
Macam betul gebang nya.
Bukak sirah Nabi, kisah sahabat. Wah nampak hebat sudah.

Kami dah penat la dengan semua ini.
Penat, tahu?

Cuba buat sesuatu yang boleh bawa rakyat menuju modal insan.
Buat sesuatu yang adil. Kau untung, kami untung.
Bukan untung harta yang kami mahukan sangat.
Cukup la layan kami dengan adil.
Saya tak nak anak generasi saya akan datang hidup dalam dunia macam ni.
Nampak mewah. Nampak kaya. Nampak hebat.
Tapi minda? 
ZERO.
Yang ada apa - hiburan, hiburan, hiburan.

Kalau dah itu yang mahu dibangunkan sangat. 
Kalau dah itu yang mahu dibanggakan sangat.
Ke mana hala tuju kami?
Sudahlah masalah generasi sekarang tak kan habis.
Apa ingat dengan buka sekolah harapan boleh selesai masalah?
Apa ingat dengan buat Festival Fesyen Islamik boleh diiktiraf sebagai negara Islam?
Tolonglah sekali fikir untuk umat.

Sekarang tiap-tiap hari saya hidup dalam kerisauan.
Apa la nasib anak-anak generasi akan datang.
Saya tak tahulah apa ada dalam fikiran kamu.
Lepas satu, satu.
Bak kata Ustaz Hasrizal - Melengkapkan syarat sebuah keruntuhan!

Saya tak nak Malaysia lingkup.
Tolonglah sekali fikir untuk umat.
Tolong...

"Ya ALLAH, selamatkanlah negara kami, Ya ALLAH"











Tuesday, October 26, 2010

Ingat MATI. Dah Ready kah kita?


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan

Betul kan nyawa kita sepenuhnya milik Allah?
Betul kan Allah bila-bila masa boleh tarik balik apa yang DIA beri kat kita?
Betul kan kita tak ada kuasa untuk lawan DIA?
Betul kan kita sebenarnya masih sombong sebab tak nak ikut apa yang ALLAH suruh lagi?
Mengapa, manusia? Mengapa?

14 Oktober.
Satu keluarga besar di bumi Tuanku Bainun merasai kehilangan seorang adik,
seorang kawan,
seorang teman,
seorang murid,
seorang guru.
Ahmad Syamil Basri.

Malam itu, sedang meneliti bait-bait kalam Allah usai solat Maghrib,
telefon berlagu OST The Rock by Hans Zimmer berbunyi.
Afif..
Mesti mahu tanya tentang barang yang aku mahu kirim pada emak.
Itu di fikiran.

"Hello, assalamualaikum. Yo. Nape?"
"Wsalam. Mala mana mala?"
Cemasnya bunyi.
"Mala keluar. Kot. Nape ko?"
"Nanti bagitahu semua orang, bagitahu Mala, Syamil meninggal."
Erk.
"Biar benar ko."
"Betul ni. Accident. Dia dengan Tihi. Kat BKE. Bagitahu semua orang."
Terpempan.
"Innalillah.."
"Ok, muna. Bagi tau semua tau. Aku nak pergi tengok."
"Baik."
*diam

Malam itu hostel bagai dilanda garuda.
Sunyi. Hanya terdengar bacaan Yasin dan esak tangis.
Kejap-kejap telefon berbunyi.
Berita tentang kemalangan tragis itu bagai angin laju sebarannya.
Saya diam di sebelah Wan membaca Yasin di blok.
Syamil dah tak ada?
Ok. Mungkin mimpi.
Bangun semua, bangun. 

Pejam mata dua, tiga kali.
Ah. Bukan mimpi. Hakikat rupanya.

Saya dengan arwah bukan rapat mana. Hanya kenal beliau sebagai junior KS.
Maklum sahaja di kelas itu hanya tinggal 4 teruna selepas Ziqrul pindah.
Dan juga kerja bersama dalam Biro Penerbitan JPP 09/10.
Bagus budaknya. Rajin tolong kak Ana. 
Kalau time photoshoot, dia antara yang rajin tolong susun kerusi. 
Tolong itu, tolong ini. 

Kini dia dah tak ada.
Walau kami jarang bercakap, tapi entah kenapa pemergian dia sangat terkesan pada hati saya.
Lagi-lagi bila Bab minta tolong buat video untuk arwah, untuk slot khas Hari Penutup GERKO.
Tak fikir panjang saya kata ya. Saya mahu buat. Selepas banyak tawaran edit video saya tolak sebelumnya.

Sungguh, saya buat video itu dengan air mata.
Sekali preview, menangis.
Masa pilih gambar, gambar beliau bersama keluarga buat saya benar-benar sebak.
Cuba letak diri di tempat keluarganya.
Apa rasanya kakak nya bila dapat tahu adiknya, satu-satu adik lelakinya dah pergi selama-lamanya?
Apa rasa ibunya bila anaknya pergi dulu sebelum dia?
Apa rasa ayahnya, bila anak lelaki tunggalnya sudah tiada lagi?

*menangis lagi.

Bila video itu siap dan ditayang di Dewan, saya tiada di sana ketika itu.
Terpaksa bergegas ke Bertam.
Bertalu-talu mesej masuk ke dalam handphone.
Alhamdulillah feedback yang positif.
Seisi dewan merasai apa yang saya rasa ketika dalam proses membuat video tersebut.
"Power of Friendship," kata Azie.

Kepergian Syamil benar-benar mengejutkan.
Banyak iktibar yang harus kita ambil.
Jangan ingat masa muda kita hanya semata zaman gembira.
Jangan terlalu yakin kita akan hidup untuk tempoh yang lama.
Hargai selagi mana kamu memiliki.

Al Fatihah buat Allahyarham Ahmad Syamil Basri.
Al Fatihah untuk kita semua.
Satu hari kita akan turut bersama Syamil di sana.
Cuma bila, di mana dan bagaimana pengakhiran kita,
itu RAHSIA Allah.
Yang penting, harus persiap bekalan untuk dibawa ke sana.
Harus menjadi HAMBA yang terbaik!

Ingat mati.

Tribute to Allahyarham Ahmad Syamil Basri










Sunday, October 10, 2010

Ketakutan Sebenar


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan


Bermula semalam kembali mengulit Telaga Budi kesayangan. Sungguh-sungguh sayang buku hikmat itu.
Magika dalam desah kata TG Nik Aziz dikompilasikan menjadi sebuah buku terbaik.
Bagi saya biarpun cuma.
Lama  benar tak mengulit bersama buku, serasa janggal. Tapi nikmat. Itu sepastinya. :)

Baik.
Saya begini susah untuk berasa takut.
Pernah ke genting (dahulu), cuba semua permainan.
Space Shot dicuba beberapa kali. 
Tak terasa puas, kerana bukan ketinggian yang ditakutkan.
Roller coaster dicuba juga.
Sekali lagi bukan kelajuan yang saya takutkan. 
Itu ini habis dicuba. Dan bukan semua itu menjadi ketakutan.
Cuma mencebik bila perempuan melolong tak ketahuan.
Ah. Lelaki pun sama.
Manusia memang gila begitu. 

Bermula itu dilancarkan misi mencari ketakutan diri.
Dicuba memanjat gunung tinggi terus dilihat ke bawah gaung.
Masih tidak terkesan. 
Dicuba meletakkan pacat di kaki. 
Ouh cuma geli-geli biasa. Lagi-lagi bila sang pacat jadi gemuk, berjalan longlai.
Kelakar. Cuba mencari mana mata mana kaki sang pacat. Juling-juling mata jadinya.
Cuba pula naik Pinzgauer.
Sakit kepala. Hentak sana sini. Aduh.
Tapi masih. Bukan itu ketakutan. Tak terkesan.

Apa yang aku takutkan sebenarnya?
Haih.

Semalam. Sedang tekun mengetik tetikus di sisi, telinga terasa mahu disapa Izzatul Islam.
Terus membuka laci. External hard disk bersarung merah diambil. 
Sambung USB seperti biasa. Ah, susah pula lekatnya kali ni.
Diusik-usik sedikit.
Pap!

*diam.betul-betul diam.

External hard disk bersarung merah sudah hilang bahagian hadapannya!
USB port berlubang.

*kaget.dup dap bunyi jantung. 

Rasa satu dunia sudah terbalik.
Cuba masukkan semula. 
Arh. Makin hancur.

Duh. Jadi gmana?
Diam sejenak. Fikir.
Esok harus ke Penang. Nasib masih dalam warranty.
Haih.

Oh. Rupanya ini ketakutan saya.
External rosak??
Kaget rasanya. 

Haha.
Ok. Betul-betul tak ada life.
Takut kan external hard disk bersarung merah rosak - ya, sangat takut.
Apa jadi kalau rosak? Boleh mati.
Laptop rosak pun hampir separuh gila. 

Semalam lagi. Kuliah Hadis 40 Penawar Hati ustad.
Rasa macam lama tak dengar kuliah ustad.
Oh memang la. Kan pergi camping.




Ustad kata,
Antara tanda akhir zaman adalah maksiat itu dianggap biasa.
Bila Allah mencabut rasa malu dari dalam diri manusia.
Bila Allah tarik rasa khauf dalam diri manusia.
Lihat wanita pakai baju taraf adik-adik dirasa biasa,
Lihat wanita dan lelaki berpasangan haram itu menjadi normal,
Lihat artis terkinja-kinja dirasa seronok,
Lihat cikgu cari publisti murahan di facebook dengan miming lagu serupa gampang dirasa itu hiburan biasa,
Lihat semua maksiat itu tanpa rasa salah barang sedikit.

Ustad kata lagi,
Tanya diri sendiri, tanya hati, benci atau suka kah kita kepada maksiat?

Kali ini betul-betul kaget.
Bila ustad ulang dan ulang hadis itu.
"Orang soleh juga akan dikenakan azab andai dia tak pernah risau akan masalah umat"

Termenung panjang. Lihat ustad di depan pun sudah nampak jauh.
Luar masih tenang.
Dalam nya namun gelora tak kesudahan.
Ditanya terus-terus dalam hati.
Benci atau suka kah aku kepada maksiat?
Apa aku buat bila nampak maksiat?
Angguk atau geleng kah aku?
Senyum atau menangis kah aku?
Tegur atau sekadar berlalu kah aku?
Istighfar atau hamdalah kah aku?

Ya, ini benar-benar ketakutan yang sebenar.
Saya takut andai Allah cabut rasa khauf itu dari diri.
Saya takut andai Allah tarik rasa malu itu dari jiwa.
Takut. Sungguh.
Bukan ketinggian atau kelajuan menjadi ketakutan sebenar.
tapi DIMURKAI Allah - itu yang sebenarnya perlu ditakuti!

Pulang itu menung lagi.
Ini bukan lagi masa bermain.
Bukan lagi masa bergurau senda. 
Tiba masanya jadi serius.
Serius melaksanakan lafaz ikrar paling agung kita pada Allah.
Lafaz syahadah - itu ikrar teragung.
Sejauh mana nilai itu menjadi realiti?

Sejauh mana saya melaksanakan ikrar saya sebagai hamba?
Tanya diri kita. Malu weh malu.

Jadi seharusnya perlu ada tindakan!
Cakap saja tulis saja tak berguna.
Saya benci maksiat. Saya benci maksiat.
Akan menangkah Islam sekadar berkata begini tapi terus-terus masih jejak pusat karaoke, 
masih terus seronok berbalas komen di facebook terus lupa mahu solat,
masih terus hidup dalam lakonan.

Bangun manusia, bangun!
Dunia ni bukan masih muda.
Kau juga.
Usia kau muda, tapi usia umur kau hanya Tuhan yang tahu.
terus kenapa masih mahu degil?

Kau boleh saja terpekik terlolong naik Space Shot.
Boleh saja kau tergedik menjerit bila pacat naik ke kaki.
Fikir kau itu cukup takut.
Bila Allah murka,
apa kau masih punya masa untuk terpekik terlolong?
Tiada siapa mahu dengar, kawan.

Bila-bila masa kita boleh mati.
Jangan seronok sangat.
Bukan itu tujuan hidup kita.


TIBA MASA KITA SERIUS MENJADI HAMBA!










 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting