Tuesday, December 14, 2010

Mahu Siapa Jadi Imam Jenazah Kau Kelak?


بسم الله الرحمن الرحيم
 Salam Perjuangan


Dengan izin tuan blog ini, saya berjaya mencilok secara halal cerita yang bakal disampaikan kelak. Masih dalam mode HIJRAH dan PERUBAHAN. 



"Siapa kau pilih untuk imamkan Jenazah kau??"

Satu persoalan yang menarik untuk kita tanya pada seseorang..banyak reaksi kita boleh tengok bila soalan macam ni diajukan..ada yang marah, ada yang rasa kelakar, ada yang terasa, dan ada jugak yang tak rasa apa..yang menariknya, soalan ini diajukan pada aku, dan pengalaman inilah yang aku ingin kongsikan..

Soalan ini diajukan pada aku, sewaktu kami sedang berbincang mengenai politik..dalam perbincangan, seperti kebiasaan, ada pro dan kontra, ada kerajaan dan ada pembangkang..saat masing-masing sibuk berbincang, sibuk bagi fakta yang tak tahu betul atau tidak, sibuk cerita pengetahuan entah haq ataupun batil, seorang rakan aku yang letakkan dirinya di tengah-tengah, bukan kerajaan dan bukan pembangkang, menghentikan perbincangan dengan bertanyakan satu persoalan..

"Jika kau diberikan pilihan..sewaktu kau dah dipanggil menghadap Ilahi, sewaktu kau dah meninggal dunia, dan dikala jenazah kau hendak disembahyangkan, datangnya dua orang pemimpin ternama, Dato' Seri Najib Tun Razak dan juga Tok Guru Nik Abdul Aziz..siapa yang kau pilih untuk imamkan jenazah kau?"

Soalan itu membuatkan kami semua terdiam seketika..dan selepas tu, tanpa segan silu, masing-masing menjawab dengan penuh yakin, tak kira penyokong kerajaan atau pembangkang, kedua-dua pihak memilih Tok Guru Nik Aziz..salah sorang rakanku dari penyokong kerajan menjawab,

" mestilah Nik Aziz..dia kan ulamak..tak kan nak suruh Najib pulak.."

dan kawan aku yang menanyakan soalan tadi pun membalas..dengan penuh bersahaja..

" kalau nak mati, atau dah mati pandai nak pilih pemimpin, dengan mudah dan penuh yakin nak pilih pemimpin, kenapa sewaktu hidup ni tak reti nak pilih??"

semua terdiam..dan yang bertanya soalan tu beredar.......

jadi...SIAPA PILIHAN ANDA?? =)


---

credit to Mat Confident

haha. tak perlu bercerita panjang lebar atau berperang mulut. Nah!

 


Friday, December 03, 2010

Khas untuk mereka yang inginkan PERUBAHAN sahaja!


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan

*Peringatan : Entry ini khas HANYA BAGI MEREKA YANG INGINKAN PERUBAHAN. Yang tak nak tak mengapa. Sila duduk diam-diam dan teruskan hidup dengan dunia anda seperti biasa. 

Dengan nama Mu Ya Allah, ku mulakan titip bicara ini. Moga keikhlasan itu hadir tiada lain semata kerana Mu.

Amin.

Saja nak mulakan entry dengan nada serius, supaya sampai ke penghujung masih kalian membaca dengan muka berkerut tanpa senyum nipis macam ni :) 

Abaikan. Permulaan yang tiada motif.

Baik. Tak sampai sebulan sahaja lagi kita bakal dijengah satu lagi tahun baru, kalau perkiraan mengikut kalendar SEKULAR. Kalau kalendar Islam, hari ni dah 26 Zulhijjah. Maksudnya tak berapa lama sahaja lagi untuk tahun 1432 H datang. Tak mengapa kalau tak tahu. Sebab kita memang orang Islam yang tak suka ambil tahu kan.

2011 - Masa Untuk Berubah. Biasa dengar? Kalau tak biasa tak mengapa juga. Sebab dah cakap entry ni khas untuk mereka yang nak berubah saja. 

Apa yang perlu diubah?

Lihat sekeliling kalian. Nampak apa?
Luaskan lagi pandangan kalian. Nampak apa?
Luaskan lagi. Jauhkan lagi. Nampak apa?

Baik, beritahu saya siapa yang tidak mengeluh bila melihat sekelilingnya?
Siapa yang tidak menggeleng-gelengkan kepala bila melihat dunia sebenar yang terbentang di hadapannya?
Siapa yang masih boleh bertepuk tangan melihat realiti yang terhampar?
Siapa? Siapa?

Jika ada antara kalian yang masih sebegitu, masih boleh bergoyang kaki melihat dunia serba korup di hadapannya, masih ada yang boleh bergelak ketawa melihat kebobrokan realiti dunia,
pasti ada sesuatu yang tidak kena dalam diri kita.

Sana sini setiap hari kita dengar, kita baca dan kita lihat sendiri,
bayi dibuang di hadapan masjid,
bapa curah asid pada anak,
sana gaduh Melayu sama Melayu,
lawan songkok siapa paling tinggi dia paling hebat,
sibuk sangat ukur tinggi songkok,
tak sedar anak bangsa sendiri jahanam, ranap,
sibuk sangat bercuti sana sini luar negara,
tak sedar rakyat kat negara sendiri dah cacamarba,
hari ini Islam, esok tukar nama jadi Hindu,
dah macam tak ada apa,
plan macam-macam untuk rancangan ekonomi,
tapi hampeh,
apa kisah pasal rakyat,
yang penting poket penuh,
barang naik minyak naik,
bila bising,
jawabnya rakyat kena ubah cara hidup!

Pernah terfikir tak kenapa semua ni berlaku?
Kenapa banyak sangat benda mengarut berlaku?
Kenapa negara kita kucar kacir begini?
Ya, kucar kacir la ni. Sungguh luarnya nampak aman, tenang, harmoni.
1 Malaysia la katakan.
Tapi kalau kita luaskan lagi pandangan kita, jauhkan lagi langkah kaki kita, tinggikan lagi nada fikiran kita,
ah, semuanya terlampau kucar kacir.

Kenapa ya?
Ahah!
Mudah saja jawapannya.
Dan itu yang perlu kita ubah sebenarnya.
Sibuk sangat mahu ubah, tapi tak tahu mahu ubah apa kan.
Nah. Ini dia.

ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP.

Susah sangat mahu fikir penyelesaian untuk ;
kelambakan kes buang bayi,
rasuah sana sini,
pendidikan seks untuk budak-budak,
masalah sosial yang makin jahanam.
Susah sangat.

Padahal ISLAM dah ajar lama semua tu.
ISLAM dah tunjuk penyelesaian semua masalah.
Sibuk sangat dengan KETUANAN MELAYU,
Kenapa tak junjung ISLAM macam junjung MELAYU tu?

Kalau ikut apa yang ISLAM ajar,
Ikut apa yang ISLAM suruh,
Ikut apa yang ISLAM dah beri,
Ikut apa yang ALLAh suruh,
Tinggal apa yang ALLAH larang,
Malaysia tak kan jadi macam sekarang.
Malaysia tak kan berkecamuk,
tak kan cacamarba.
Baru betul NEGARA ISLAM.
Tak la malu nak mengaku NEGARA ISLAM.
Tak la hanya sekadar nama je NEGARA ISLAM.


Esok lusa bila-bila masa dari sekarang dia akan umum hari penentuan segala-galanya.
Hari untuk membuktikan kekuasaan rakyat.
Korup, pengundi hantu, tipu, rasuah,
Tolak tepi dulu.
Bukan tolak terus.
Bukan maksud tutup mata.
Bukan.
Tapi utamakan FUNGSI rakyat.




Kamu RAKYAT MALAYSIA tak?
Nak tunjuk power tak?
Nak tunjuk bahawa RAKYAT ada kuasa tak?
Nak buat perubahan tak?

Satu undi mampu mengubah segala-galanya.
Serius.
Ini bukan perkara main-main.
Satu undi tu juga akan jadi saham kita di AKHIRAT nanti.
Saham tu akan ke sebelah kanan atau berat ke kiri.
Kita yang tentukan.

Jadi kalau nak buat PERUBAHAN,
DAFTAR UNDI SEKARANG.
Tak susah mana pun.
Pergi pejabat pos.
Beratur la kejap. Isi borang. Siap.
TAPI.
Proses kemasukan data dalam SPR lama juga.
3,4 bulan belum tentu siap.
JADI memang la kena daftar SEKARANG.
Masa semakin suntuk.
Betul ni. Sangat suntuk.

Nak tunjuk kuasa rakyat tak?
Haa.
Nak tunggu apa lagi?



Betul entry ni khas untuk mereka yang nak perubahan je.

PERGI DAFTAR UNDI.




 



Tuesday, November 16, 2010

Untuk kalian pelajar sekolah AGAMA.


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan



Saya tersedak beberapa kali mendengar cerita mak tentang kisah pelajarnya yang baru-baru ini kantoi 'fly' dari asrama untuk bersama teman lelakinya. Sampai part tu masih ok lagi, tapi bila mak mula bercerita bagaimana si pelajar dan teman lelakinya pergi check in ke hotel, menyirap terus darah ke kepala. Astaghfirullah - hanya itu mampu terlafaz di hati. Tak sanggup nak tahu sejauh mana mereka pergi selepas adegan check in hotel tu. 
Mak sudah hampir 4 tahun mengajar di sekolah tersebut. Tak perlu dinyatakan sekolah mana, sekadar yang pasti merupakan sekolah agama. Bukan satu, bukan dua kes-kes pelik berlaku, tapi entah, macam satu kebiasaan mendengar kes terbaru bila pulang ke rumah. Masa mak mengajar di sekolah biasa itu, tak lah terlalu pelik bila macam-macam kes yang berlaku. Tapi bila di sekolah agama ni, sungguh, bagi saya merupakan satu musibah yang bukan kecil, bila sedikit demi sedikit petanda akhir zaman muncul.

Gerun rasanya bila memikirkan inilah realiti sebenar yang bakal saya lalui satu hari kelak andai dipanjangkan umur. Masakan tidak, hari demi hari ada sahaja berita menakutkan yang keluar terpampang di muka depan akhbar. Tak tahulah kalau Harian Metro memang suka guna bahasa menakutkan seperti "Guru ratah pelajar dihukum." Tidakkah sangat menggerunkan? Jadi, jangan baca Harian Metro mahupun Utusan, TV3 atau RTM. Ustaz Azizan tak bagi.

Ok. Lari tajuk pula.

Saya juga bekas pelajar sekolah agama. Tak lah bangga sangat. Sebab realiti sekarang pelajar sekolah agama dan sekolah biasa macam tiada perbezaan. Tak pasti kenapa pelajar sekolah agama nak marah-marah atau bising-bising bila ada suara yang menyamakan mereka dengan pelajar sekolah biasa. Nak perjuangkan nama sekolah untuk apa kalau diri sendiri tak langsung membawa imej sekolah? Bangga jadi pelajar sekolah kluster kecemerlangan ke? Tak perlu kot kalau diri sendiri sekadar tumpang nama sekolah, bikin malu lagi ada lah.

Ok. Nampak seperti sangat emosi. Tarik nafas.

Baik. Saya bukan pelajar cemerlang di sekolah dahulu, apatah lagi kaki surau, apatah lagi lah BADAR, apatah lagi lah KEPIMPINAN, apatah lagi lah apa saja lah jawatan hebat-hebat di sekolah dahulu. Sekadar makhluk picisan yang tercampak ke sekolah hebat itu, menumpang kasih mencari ilmu. Oh. Padahal ilmu lain yang saya dapat. Ok. Abaikan. 

Dan bila keluar dari sekolah, saya masih si budak picisan yang kalau jumpa di Melaka Sentral, orang tak sapa pun dengan kata-kata begini "Hey, kau budak SHA****, kan?" Tak. Tak pernah. Orang tak nampak pun saya kalau berjalan di jejantas panjang tu. Tapi saya tak pula rasa saya perlu menjaja nama sekolah saya sebab saya tahu saya tiada fungsi apatah lagi peranan di sekolah itu. Hanya menumpang nama sahaja. 

Apa yang lebih memelikkan dan sebenarnya sangat kasihan, bila satu demi satu teman yang saya kenal, bila sahaja keluar dari sekolah, masuk ke alam pengajian yang lebih tinggi, wah, semuanya berubah! Tudung? Apa perlu pakai? Di sekolah sahaja cukup. Dress? Mesti up-to-date. Wah! Buka pula facebook, bangga benar menayangkan buah hati masing-masing. Posing wajib romantik! Ini Malaysia, beb. Jangan ketinggalan zaman, Waktu sekolah boleh la nak jadi baik-baik, tudung labuh, tangan ketap, berstokin. Itu cerita lama.

Eh, so what happened in school back there? Weren't you girls warned me to wear tudung labuh, socks and so on? Bukan ke? Where are all those words, girls? What happened to you girls? *sigh.

Saya sering tertanya-tanya. Apa sebenarnya yang kita peroleh waktu di sekolah dahulu? Ilmu kah? Disiplin? Keseronokan? Kawan? Hiburan? Apa? Tak salah rasanya kalau saya kata kita sekadar mengukir A dalam sijil SPM selama, hasil 5 tahun 'pentarbiyahan' dari sekolah.

Saya bukan meletakkan 100% kesalahan pada sekolah, masih ada figur-figur hebat yang berjaya dilahirkan sekolah agama ini, bukan tiada langsung. Tapi bila memikirkan lebih banyak jasad yang keluar hasil cetakan sekolah agama yang sekadar jasad tanpa roh berbanding figur hebat, sungguh, saya terpaksa membutakan mata pada figur hebat itu. Hari demi hari, jiwa yang rebah itu kian bertambah. Sakit rasanya hati ini.

Punca utama mengapa berlaku sedemikian adalah apabila ILMU yang dipelajari, tidak menjadi AMALAN. Ya, bukankah di sekolah dahulu kita belajar Quran Sunnah, Pendidikan Syariah Islamiah? Ke mana hilangnya ilmu tersebut, kawan? Mengapa kita begitu jauh dengan ilmu yang kita belajar itu? Masih ingat kah dalam QS, kita perlu menghafal satu hadis, dan antara hadis paling menjadi rebutan adalah 

"Innamal a'malu binniyyatai, wa innama likullimri in Maanawa"

Apa sebenarnya yang kita hafal? Ke mana isi hadis tersebut kita muntahkan?

sesungguhnya sesuatu perkara itu brgntung kpd niat,bg seseorg ape yg diniatknnya.
 Entah apa sebenarnya kan niat kita belajar di sekolah dahulu?

Kepincangan sistem. Lihat sendiri sistem itu. Ah, kalau akar umbinya sudah korup, bagaimana mahu menyelamatkan yang ranting dan dahannya? Sebab itu, manusia yang luar biasa itu, sebenarnya hanya manusia biasa yang mampu survival dalam kepincangan sistem yang ada sekarang.

Sesak. Sesak bila bicara soal ini. Bukan sengaja saya mahu sentiasa bicara perihal ini. Tapi bila melihat realiti sekarang, risau saya menjadi-jadi. Saya punya adik 3 orang. Ketiga-tiga mereka ini selagi belum mampu hidup sendiri di dunia yang sebenar ini, selagi itu saya anggap mereka di bawah tanggungjawab saya.Realiti dunia belum mengizinkan saya untuk melepaskan mereka sendiri. Mereka masih memerlukan pengisian yang cukup dalam dada untuk di bawa ke luar sana.

Jadi, untuk teman di luar sana, aku sayang kalian. Aku tahu kalian kata itu hak kalian untuk buat apa sahaja kalian mahu, tapi aku juga sedang jalankan tanggungjawab aku sebagai kawan. Aku tak nak tengok kalian jatuh. Aku tak nak tengok kalian terus lemas dalam arus dunia yang menggila. Tahu tak kalian sedang dipermainkan oleh syaitan dan hawa nafsu kalian sendiri? Aku bukan si pandai yang mahu berlagak seolah-olah dia paling baik, tak. Aku tak pernah berniat begitu. Tolonglah fikirkan seketika tentang dirimu. Kalian cukup berharga, cukup indah, cukup istimewa. Jangan biarkan nafsu dan dunia meratah keistimewaan kalian. Kita nak syurga Allah, itu matlamat hidup kita. Redha Allah. Untuk apa kalian hidup sebegini, tapi tanpa rahmat dan redha dari Nya? Untuk apa? Untuk dunia yang sementara, bukan? Ah, persetankan semua itu, teman. Kalau pernah sedetik di hatimu terlintas untuk berubah, untuk apa perlu ditunggu lagi? Lakukan saja perubahan itu! Allah maha Mendengar. Allah Maha Pengampun. Tolong lah sedikit pun jadilah untuk rasa malu dengan Allah. Tolong lah.... Aku sayang kalian. Pintu taubat itu masih terbuka. Aku pun perlu banyak lagi bimbingan. Dan aku mahu bersama-sama kalian ke syurga. Andai aku jatuh, aku mahu kalian gapai tangan aku, kita pimpin sama-sama ke syurga. Insya Allah.

Kenapa entah saya tekankan soal sekolah di sini? Jawapannya adalah kerana sekolah merupakan universiti asas pentarbiyahan diri, tapak asas bagaimana diri mahu dibentuk. Untuk mendirikan satu jasad yang punya aqidah yang kukuh, pegangan Islam yang mantap, memerlukan batu asas yang mungkin biasa, tapi digilap dengan tarbiyah yang luar biasa. Terus, kenapa hanya sekolah agama pula? Kenapa mahu dibezakan dengan sekolah biasa lain? Itu yang biasa ditanya. Kenapa sekolah agama? Kerana namanya saja sudah membawa perkataan AGAMA. AGAMA bukan satu perkara main-main. Fizikal, rohani, jasmani, semua harus seiring dalam membawa nama ISLAM itu. Dunia sekarang dan realitinya punya gelodak yang mengganas hari ke hari. Hanya aqidah Islam yang kukuh mampu menjadi benteng pertahanan seseorang individu untuk terus bergerak menentang arus dunia. Penyelesaiannya hanya ISLAM, kerana sesungguhnya ISLAM agama yang syumul. Jangan disempitkan pemikiran dengan mengasingkan ISLAM dengan perkara-perkara lain.

 Saya hanya mampu tersenyum sumbing bila ada teman yang dalam nada sinis mengejek penampilan seseorang apabila tamat persekolahan, yang terang-terang bagi saya mempermainkan agama. Ada yang dalam nada bangga berkata, "Tudung-tudung labuh ni aku dah buat kain buruk dah kat rumah!" Wah, begitu sekali. Ya, mungkin benar kata kalian, tudung labuh atau tidak bukan kayu pengukur tahap keimanan seseorang. Allah tengok hati, bukan pakaian. Bukan begitu?

Teman, bukankah menutup aurat, memakai tudung menutupi dada adalah satu daripada syariat Islam? satu daripada arahan Allah? Dan bukankah Allah telah ciptakan sesuatu tanpa sia-sia? Bagaimana nilai Islam dalam diri kita ini perlu dizahirkan, kalau bukan dengan penampilan diri mengikut yang digariskan dalam Islam? Tinggi atau rendah tahap keimanan seseorang itu hanya Allah yang tahu. Bukan kita yang perlu mengukurnya. Tugas kita, hanya patuh pada arahan Allah, buat apa yang disuruh, tinggal apa yang dilarang. Kenapa masih mahu mempersoalkan arahan Allah?

Teman, ayuh refleks kembali diri. Muhasabah semula. Sejauh mana kita ingkar pada arahan Al Khaliq. Sejauh mana kseombongan dan keangkuhan kita pada DIA? Sesungguhnya kita merupakan insan yang cukup bertuah kerana ALLAH pilih untuk mendapat tarbiyah di sekolah AGAMA. Mungkin ada antara kita yang terpaksa, tapi hikmah di sebaliknya pasti ada. Mengapa kita yang terpilih dalam ramai-ramai yang memohon untuk masuk ke sekolah agama? Jangan sia-siakan peluang itu. Allah buka jalan untuk hidayah Nya, sayangnya mata kita sentiasa dibutakan dengan perhiasan dunia yang 'tak ada apa-apa' pun sebenarnya.

Kita tidak tahu kita mati bila dan bagaimana. Ingat, mati itu tidak kenal usia, wahai teman. Dan sebaik-baik bekalan untuk dibawa ke sana adalah taqwa.

Wallahualam.









 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting