Monday, May 02, 2011

Bila Allah memilih Kakak :)


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan 

Assalamualaikum :)

Macam pelik. Serta kekok. Lebih daripada sebulan. Pencapaian yang membanggakan, Muna 'Izzah. Tahniah.

Sebulan yang pasti, bukan satu bulan yang kosong yang tersia dengan perkara lagha. Insya Allah masih mengharap panggilan dari Al Khaliq untuk terus berjuang di medan ini. Ini jalan yang saya pilih :)

Bercerita mengenai JALAN yang dipilih, saya mahu bawakan kalian satu sosok yang amat saya kagumi dalam diam, yang amat saya kasihi dalam diam, yang amat saya nantikan dalam diam. Dia benar-benar menjadi sumber inspirasi saya. Semoga Allah merahmati nya.

Nur Suhaili Samihah Chuah binti Abdullah.

Namanya sweet. Orangnya lebih lagi la. Comel sangat.

Dia saya panggil kakak. Kecil molek. Tapi punya jiwa sangat besar. 

Saat dia memberitahu saya berita paling gembira itu, saya terkesima.

"Muna, I dah revert."

Masya Allah. Saya pegang bahunya lantas memeluk dirinya. Hanya Allah yang tahu betapa saya sangat gembira tika dan saat itu. Subhanallah. Berkali-kali bibir menutur hamdalah. Inikah hidayah Mu yang Kau sebut-sebut itu? Yang Kau janjikan untuk beri kepada sesiapa yang Kau mahu? Yang hanya menjadi rahsia Kau? Masya Allah.

Malam itu kami berpimpin tangan ke surau. Kakak sangat comel dalam telekung putihnya. Dia bilang dia takut. Saya kata tak perlu takut, tak ada apa pun. Saya pegang erat lagi tangan dia. 

Sewaktu team BME mengalunkan qasidah, saya pandang dia. Dia saya rasakan adalah insan cukup istimewa. Jiwanya yang besar, hatinya yang kuat, membuatkan diri ini terasa kerdil. Saya cemburu dengan dia :)

Dia mengajak pulang, bersolat Isyak di bilik. Malam itu hujan sangat lebat.Hujan rahmat :) 
Kami terpaksa pulang melalui jalan berbumbung yang jauh. 
Satu daripada kata-kata dia yang amat terkesan pada saya,
"I dah tak nak kisah apa family or my friends cakap. I dah pilih jalan ni, Allah akan tolong I"

Masya Allah. Hati saya menangis dalam tersenyum. 

Semasa solat Isyak, sengaja saya bacakan setiap bacaan kuat-kuat, supaya kami dapat bergerak seiring.Apabila membaca tahiyat, hati saya bergetar bila mengucapkan kalimah syahadah. Terasa sesuatu yang lain. Allahuakbar. Saya rindukan rasa itu.

Kami bersembang sekejap sebelum kakak pergi ke dewan untuk raptai Konsert 1 Malaysia.

"I rasa sangat tenang sekarang. Rasa macam orang baru. Reborn." Dia senyum.

----



Kakak ada pilihan untuk tidak memilih Islam sebagai cara hidupnya. Tapi dia membuat pilihan dengan mengucap syahadah. 
Kakak ada pilihan untuk kekal dalam agama yang dianutinya. Tapi dia membuat pilihan untuk menjadi Muslim.
Kakak ada pilihan untuk tidak mempercayai Allah sebagai satu-satunya Tuhan yang layak disembah. Tapi dia membuat pilihan untuk tunduk bersujud menyembah Allah.
Semua nya kerana Kakak adalah pilihan Allah :)

Buat Kakak Nur Suhaili Samihah,
Saya sangat kagum dengan diri kakak.
Doa saya dalam setiap sujud saya semoga kita sama-sama dapat masuk Syurga Allah.
Saya cemburu dengan kekuatan kakak. Saya mahukannya.
Allah menyayangi kakak. Allah memilih kakak untuk menerima hidayahnya.
Allah memilih kakak untuk membantu menyebarkan Islam kepada kawan-kawan dan keluarga kakak.
Ucapkan Alhamdulillah dengan nikmat Iman dan Islam yang Allah beri.
Bila rasa lemah, jangan lupa Lailahaillallah. Maksudnya Tiada Tuhan Selain Allah. 
Cintai Allah, Allah sentiasa bersama kakak. Dalam setiap nafas dan aliran darah. 
Allah janjikan syurga untuk hambanya. Jangan risau. Janji Allah itu benar belaka :)
Saya sayang Kakak kerana Allah. 





 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting