Wednesday, October 26, 2011

13 Alasan Wanita tentang AURAT.


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan 



1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. “Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia”. Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, ” pakai tudung tak mestinya baik..bla…bla…bla…”

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam


Sumber ^__^




 


Monday, October 17, 2011

CINTA kerana IMAN atau NAFSU?


بسم الله الرحمن الرحيم
 Salam Perjuangan




Panas petang itu terasa hilang bila air tebu sejuk itu singgah di tekak. 

"Minum? Jangan tengok je.." Dia menyuakan plastik berisi air tebu sejuk itu kepada teman di hadapannya yang sedari tadi begitu asyik melihat gerak gerinya.
Temannya yang merupakan adik junior nya itu tersengih memandangnya. 

"Saya suka la tengok akak sekarang. Macam bahagia semacam je.."

Tersedak dia mendengar kata-kata si junior itu. 

"Allah.. Dah kamu jumpa akak bawa makanan, siapa tak bahagia dapat junior sebaik ni..." 

"Ye la tu akak ni.. Kak, nak tanya sikit boleh?"

Ah, sudah. 

Dia menghabiskan kunyahan di mulut. 

"Silakan. Ada udang di sebalik cucur ni rupanya. Pandai ye.."

Dia tersengih lagi.

"Memandangkan akak dalam suasana bahagia sekarang kan, saya nak tanya la.. Macam mana yang dikatakan bercinta antara manusia, kerana Allah.. Saya tak dapat nak bayangkan.." Perlahan diatur bicaranya.

Aduh. Mencabar betul soalannya!

"Apa yang kamu tak dapat bayangkan tu?"

"Ye la.. Macam mana nak mencintai seseorang bukan kerana orang tu, tapi kerana lain? Lagi-lagi bercinta kerana Allah.. Macam mana tu kak?"

Dia menarik nafas panjang. Astaghfirullahalazim. Semoga niat perkongsian ku ini ikhlas kerana Mu!

"Baik. Awak ada handphone?

"Ada.."

"Sayang tak handphone tu?"

"Yup. Sayang!"

"Sayang sebab apa?"

"Sebab mak saya bagi."
"Bukan sebab handphone tu cantik?"

"Tu sebab kedua kot.Tapi paling utama sebab mak bagi."

"Jadi, awak sayang handphone tu sebab utamanya pemberian mak awak, lepas tu baru sayang sebab handphone tu cantik. Kan?"

"Hmm.. Lebih kurang la.."

"Jadi di mana mustahilnya awak menyayangi seseorang bukan kerana orang itu, sama ada fizikalnya atau sifatnya, tapi kerana lain? Mustahil ke?"

"Saya kurang jelas."

"Begini. Awak sayang handphone awak sebab itu pemberian mak awak. Ok. Anggap handphone awak adalah objek 1. Mak awak objek 2. Awak sayang objek 1 kerana objek 2. Bukan kerana objek 1 itu sendiri. Dapat tak?"

"Oh. Faham, faham. Ya, maksudnya akak nak kata, tak mustahil untuk kita menyayangi seseorang bukan kerana orang itu, tapi kerana hal lain. Macam tu?"

"Yes, exactly! You get the point."

"Hm, ok, saya faham yang itu. Tapi macam mana yang dikatakan mencintai seseorang kerana Allah? Adakah tak boleh menjalinkan hubungan dengan orang yang kita cinta itu? Sebab kita tak boleh menghampiri zina kan, kak? Atau couple islamik? Tapi yang saya baca tak ada istilah couple islamik pun.. Kita yang reka.."

"Semput akak dengan awak ni. Laju sangat."

Dia tersengih lagi.

"Ok, kita tengok balik handphone awak tu. Awak sayang handphone awak kan? Sebab ia adalah pemberian mak awak. Awak sanggup bagi handphone tu rosak? Andai handphone tu rosak, apa perasaan mak awak agak-agaknya?"

"Ish, tak kan la saya nak rosakkan handphone mak saya bagi ni. Mesti la dia kecewa kalau dia tau barang yang dia bagi saya dah rosakkan. Silap hari bulan, entah-entah tak dapat dah handphone lagi..

"Bijak..Bijak.. Cinta sesama makhluk adalah fitrah, dah semula jadi ada dalam diri setiap makhluk. Kata Sidi Rohimuddin, cinta adalah kunci kepada segala-galanya. Andai galaksi ini masih berputar mengikut kehendak alam, maka cintalah sebab utamanya.."

"Wah, wah akak ni. Tak silap orang la saya bertanya ni ye.."

"Eh, ni nak dengar ke tidak?"

"Teruskan. teruskan."

"Jadi, nak dikatakan di sini, CINTA itu adalah satu juzuk daripada sifat Allah, yang dicampakkan sedikit ke dalam hati-hati makhluknya, supaya fitrah kehambaan kita didasari dengan cinta kepada Dia. Kalau tak silap akak la kan, ada satu pepatah arab tu kata, 'seseorang itu akan menjadi hamba kepada apa yang dicintainya'.."

"Atas dasar cinta la, kita sepatutnya menjadi hamba Allah yang taat, hamba yang sentiasa punya rasa cinta dan rindu kepada yang mencipta nya. Jadi, apa yang akak nak sampaikan ni, cinta itu tak salah, malahan sangat penting dalam kehidupan kita. Cuma, cara menzahirkan cinta itu yang selalunya salah, malahan daripada fitrah biasanya akan jadi fitnah."

"Maksud akak?"

"Bila awak sayangkan sesuatu benda tu, awak tak sampai hati nak rosakkan kan? Macam tu juga bila awak mencintai seseorang kerana Allah, tak kan awak sanggup nak rosakkan rasa cinta itu? Malahan mungkin jika rasa cinta itu telah dicemari, Allah akan murka.. Awak yang kata begitu.. Kan?"

"Ya.. Tapi macam mana?"

"Bila awak mencintai seseorang kerana Allah, pertama, jangan rosakkan perasaan cinta itu dengan memenuhi tuntutan nafsu. Jangan keliru antara sayang nafsu dan sayang fitrah. Sayang nafsu selalunya lebih kuat berbanding sayang kerana Allah. Jika awak sayangkan seseorang kerana nafsu, awak lebih cenderung untuk menghampirinya, mahu sentiasa berhubung, melepaskan rindu, mahu sentiasa bersama dengannya. Itu bukan sayang kerana Allah. Itu sayang kerana nafsu."

"Oh, jadi, yang couple yang banyak-banyak kat maktab ni banyak sayang sebab nafsu la kan? Asyik dating je"

Segaris senyuman nipis terukir di bibirnya.

"Wallahua'lam. Hanya mereka dan Allah yang tahu."

"Hmmm.. Ok la, sambung la kak."

"Ok, yang kedua, bila awak menyayangi seseorang kerana Allah, guna jalan yang syar'ie untuk menghalalkan yang haram."

"Maksud akak?"

"Bait Muslim!"

Serentak kedua-duanya tergelak kecil.

"Betul tu kak. Baitul Muslim. Sepatutnya akak ni kena ambik PhD CINTA, so that i can call you Dr.CINTA"

"Iyelah. Merapu je.."

"Ok..Ok.. Sambung kak"

"Gunakan jalan yang betul untuk bina rumah tangga Islam. Kalau nak suruh akak syarah pasal Baitul Muslim, kena bagi masa satu hari lagi kat akak."

"Memang A la akak ni.."

"Dah, sudah.. Akak main-main je. Jadi, awak dah faham macam mana yang dikatakan bercinta kerana Allah tu?"

"Agak faham la. Semakin jelas. Jadi, tak salah kalau kita ada simpan perasaan kat muslimin?"

"Salah atau tidak bergantung kepada macam mana awak menguruskan perasaan itu. Perasaan bukan boleh dipaksa atau dihalang. Tapi check balik, macam mana awak uruskan perasaan awak tu? Adakah awak melayan perasaan awak tu, sampai ibadat pun tunggang langgang? Dalam sembahyang pun asyik terbayang kan si muslimin tu.. Tu dah kira parah la tu.. Macam mana nak uruskan perasaan tu,  awak kena banyak doa pada Allah, minta diberi petunjuk, minta diampunkan dosa, solat istikharah, lebih dekatkan diri dengan Allah. Macam tu la dikatakan bercinta kerana Allah, iaitu apabila awak mencintai seseorang itu, membuatkan awak lebih dekat dengan Allah, lebih bertambah ketaqwaan awak kepada Allah.."

"Oooh.. Saya rasa saya dah faham. Tak lah susah pun kan.. Kenapa selalu digambarkan benda ni jadi sangat complicated, sampai terdetik kat hati saya, adalah mustahil untuk mencintai seseorang kerana Allah. Tapi lepas akak terangkan ni, saya rasa saya agak faham, dan lebih tenang sikit hati saya."

"Alhamdulillah, akak sekadar berkongsi. Jangan disempitkan benda yang luas. Jangan diharamkan benda yang halal. Tapi jangan pula dihalalkan benda yang haram. Benda ni bukan mudah, tapi tak juga susah mana, Semuanya bergantung kepada diri kita, macam mana kita nak olah nikmat Allah bagi, supaya ianya membawa kita ke syurga, bukan lebih membawa kita jalan ke neraka!"

"Betul la apa akak cakap.. Doakan saya dapat rasa nikmat cinta kerana Allah tu, kak!"

"Insya Allah, kita saling mendoakan. Awak kena ingat, bila dah jatuh cinta ni, separuh iman awak di hujung nyawa, awak kena pilih nak bimbing cinta tu dengan iman atau dengan nafsu! Lagi-lagi wanita ni yang kita sedia maklum, emosional lebih dominan dalam dirinya berbanding rasional kan. Sebab tu, bak kata Sidi Rohimuddin lagi, emosional itu perlu disinergikan dengan IMAN. Faham tak?"

"Ye, baik kak.. Saya rasa banyak yang saya kena perbaiki diri saya. Apa kata-kata tu, jangan sibuk mencari si soleh, tapi sibukkan diri menjadi si solehah.. Saya sangat terkesan dengan kata-kata ni.. Insya Allah, doakan saya ye kak."

"Bagus! Tepat sekali kata-kata tu. Ya, awak pun doakan akak ye..Ok lah. Jom la kita, dah nak maghrib pun.. "

"Jom..Jom.. "

----

"Alamatkan cinta yang sebenar kepada PENCIPTA, insya Allah cinta lain akan menyusul"


*Kisah ini tiada kaitan pada yang masih hidup. Semoga bermanfaat untuk semua! 



 

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting