Thursday, April 30, 2009

Cinta Itu Jijik!



بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan


Telah menjadi seakan akan satu tabiat untuk saya menulis kala matahari kian merajuk membawa diri.huhu. Bersyukur lah kerana kita masih punya masa untuk mengecap rezeki dari Nya. Cukup sekadar kalimah Alhamdulillah :)

---------------------------------------------------------------------------------------------------



Melihat tajuknya, mungkin sekilas pandang anda mengatakan "oh, kolotnya budak ni!"... atau mungkin ada di antara anda yang membangkang tajuk entry saya kali ini. Sabar. Kita sembang dulu, baru boleh komen. :)

Cinta Itu Jijik?

Saya sendiri bosan untuk berbicara tentang cinta ni. Topik yang terlalu biasa, terlalu biasa untuk dibahaskan. Kalian juga mungkin dah jemu dengan isu ini. Cinta..Cinta..Cinta.. Tak habis habis!
Saya sendiri kurang yakin keberkesanan isu ini, dan masih tercari cari di mana hala tuju nya?? Sebab jika dilihat telatah dunia sekarang yang terlalu menyanjung tinggi cinta sesama manusia, cinta sesama makhluk ini, seolah olah kita bukan umat akhir zaman! Maaf jika terlalu kasar namun saya tidak terjumpa perkataan yang paling sesuai melainkan "tiada kesedaran!"

Saya akui saya sendiri pernah bercinta.
Dahulu saya bangga untuk mengeluarkan kenyataan ini,
saya gembira dengan pernyataan "saya sedang bercinta"
tapi kini
Ya Tuhan. Jika rasa malu itu tertulis di wajah ini, saya lah orang paling banyak perkataan "malu" di wajahnya.
Saya malu saya pernah bercinta. Saya malu dengan Allah kerana pernah meletakkan cinta manusia lebih tinggi nilainya berbanding daripada cinta Nya. Ampunkan hamba Mu ini, Ya Allah. :'(

Kenapa saya katakan cinta itu jijik?

Cinta itu tak jijik sebenarnya, tetapi manusia yang membuatkan cinta itu menjadi sejijik jijik benda pernah wujud. Cinta itu bersih dan suci kiranya betul letak tempatnya. Saya bukan sang pemikir yang melarang keras cinta. Saya cuma muak dengan kerenah sang pencinta ini. Saya muak melihat gelagat sang pencinta. Dunia ibarat kepunyaan mereka. Terang-terang melakukan maksiat.

Ingin saya jelaskan di sini, maksiat itu bukan sekadar tertakluk kepada pegang-pegang tangan, dating, atau pun lebih daripada itu.. Bergayut di telefon juga merupakan satu daripada aspek maksiat. Mengikut pengalaman dan pemerhatian saya, sang pencinta yang banyak menghabiskan masa dengan bersembang berjam jam lamanya di telefon ini bukan sembang masalah dunia pun. Sekadar berbual kosong diselit dengan gurauan manja, gelak tawa yang memualkan, dan berbual dengan nada yang sungguh memalukan untuk didengari orang sekelilingnya!



Klik gambar untuk lebih jelas


Pernah sekali saya dikritik keras di sebuah laman forum selepas saya menegur gelagat seorang ahli nya yang terlalu teruja dengan dunia cinta nya sendiri sehingga tiada rasa malu bercerita tentang maksiat yang dilakukan. Saya dituduh anti lelaki.

"Orang tengah bercinta, semuanya indah. Tiada yang buruk. Cuba tegur, sumpah kena sembur balik".




Nabi Muhammad S.A.W juga bercinta dengan isteri-isteri baginda. Teringat satu kisah baginda bersama Saidatina Aishah r.a yang menyebut...


لَقَدْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ رَأْسَهُ فِي حِجْرِي وَأَنَا حَائِضٌ وَيَقْرَأُ الْقُرْآنَ

Maksudnya;
”Sesungguhnya Rasulullah SAW sering meletakkan kepalanya di ribaku, sedangkan ketika itu aku sedang berhaid, dan Baginda pula membaca Al-Quran” (Sunan Ibni Majah : 626)

Jadi pada pendapat saya, tak salah untuk bercinta, kerana sudah jelas dan terbukti bahawa Nabi kita sendiri sangat mencintai isteri baginda. NAMUN harus diingat, cintailah manusia itu kerana Allah. Bercinta lah kerana DIA. Bercinta ketika tiba waktunya. Tapi harus lah meletakkan cinta kepada Allah lebih daripada cinta kita kepada manusia.

Sabda Nabi S.A.W

"Tiga perkara, siapa yang tiga perkara ini yang ada pada dirinya, nescaya dia merasakan manis iman iaitu :

1) Hendaklah Allah dan Rsaulnya lebih dia cintai daripada selain nya
2) Dia mencintai seseorang, tidak mencintainya melainkan kerana Allah
3) Dia benci kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya dari kekufuran itu, sebagaimana dia dibenci untuk dilemparkan ke neraka

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.


Maafkan saya kiranya entry kali ini agak kasar bunyinya.
Saya muak dikelilingi dunia sang pencinta.


Bertanya seseorang kepada Ibrahim Adham... Hamba 1 : Hai Ibrahim, bolehkah kiranya aku melakukan maksiat. Ibrahim Adham : Boleh. Dengan syarat jangan kau makan rezeki Allah...

Renung renungkan :)




















2 dah komen wuu~:

attiq said...

hohoho..

sabarlah wahai pencinta Ilahi.

ingat!!

dakwah bukan untuk org yg manja!!

tanda2 akhir zaman..
astagfirullah

Muna 'Izzah Md Isa on 11:26 PM said...

ouh aku dah muak dengan manusia yang hidup dalam dunia mereka ni...

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting