Wednesday, April 08, 2009

FPK dan Taujihad Dakwah


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

7:19 pm.
Tangan kaku di hadapan laptop.
Mata merenung tajam skrin.

"Peranan sekolah dalam merealisasikan FPK"

Oh Tuhan.
Apakah di sekolah kelak perkara ini yang akan dibincangkan bersama sang pemikir berumur 7 tahun?

Jasad di 2/17 Kolej Kediaman Budiman
Minda hanya di situ.
Kuala Mu. Tunggu kami. Kira benar rezeki kami telah tercatat menziarahimu, oh, saya manusia paling gembira pernah wujud *big grinned*
Insya Allah.With Allah's will. *biggest grin*

Oh ya. sebentar tadi bertemu satu blog ini.
Scrolling, scrolling dan oh stop!
-------------------------------------------------------------------------------------------------

"Taujihad Dakwah"
dipetik daripada qudwah humaira'

tadi baru dengar taujihad daripada Ustaz tuan ibrahim tuan man

tentang


dakwah dalam kampus


ustaz kata dakwah kita ni

bukannya seperti berniaga

kalau orang yang berniaga ni

pagi berniaga

petang baru kira apa pulangan yang dia dapat

tolak modal, kos

baru dapat untung

tapi kita


selagi mana kita berdakwah di jalan ALLAH

selagi itu kita mendapat keuntungan


itu satu

yang kedua

tentang seruan dakwah itu sendiri


tugas kita hanya menyampaikan

sama ada mad'u kita tu terima atau tidak

itu urusan ALLAH yang menggenggam

hati-hati manusia


kita hanya menjadi mereka yang menyampaikan

jikalau tiada orang yang menerima dakwah kita

usah bersedih hati

sebab


bila kita dakwah shj

kita sudah mendapat pahala

dan kita perlu sentiasa sematkan dalam hati

yang dakwah kita tu kerana ALLAH


terima atau tidak

itu urusan ALLAH

ustaz bagi contoh

zaman nabi


kalau nak dikatakan dakwah nabi itu berjaya atau gagal dari sudut pandangan

manusia

tentulah ia gagal

sebab apa ?

sebab dakwah nabi tidak berjaya menarik Abu Lahab dan Abu Thalib ke dalam

Islam


tapi

jika kita kira dari pandangan yang sebenarnya

memang tugas nabi itu menyampaikan


dan Allah yang berhak membuka pintu hati orang-orang yang didakwahkan


Dan ustaz juga ada quote kata-kata Saidina Usman Affan

yang mana saidina Usman berkata


"Apa-apa yang Al-Qur'an tidak dapat terangkan, maka siasah itu lah yang berperanan untuk menerangkannya"


dan tugas khalifah itu sendiri adalah


Iqamatuddeen

wa siyasatuddunya


jadi

kitalah yang termasuk dalam mereka yang bertitle "khalifah" ini

dan menjadi kewajipan kita untuk terus berjuang

kalau kita asyik memikirkan perkara negatif

maka kita tidak akan maju

fikirkan perkara positif


“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. “ (at-taubah:111)




-------------------------------------------------------------------------------------


Jasad dan minda kembali bersemangat!

"Hasbunallah wa ni'mal wakeel"


Wallahualam.



0 dah komen wuu~:

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting