Wednesday, June 10, 2009

Kak Skieyn bagi TAG bahagian 3


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan


1.Copy badge "2009 Cute's Blogger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda

2.Link/ ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda

3.Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag)

4.Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda::

Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan "anda telah di-tag sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda" Terima kasih!


-------------------------

1. done

2. Kak skieyn.

Saya kurang pasti nama panjang beserta nama bapa beliau yang saya tahu nama beliau kak sakinah atau lebih gemar dipanggil kak skieyn.

Kak skieyn senior saya di IPTB eh dah tukar IPGM KTB. Berasal dari pahang. Makanan kegemaran beliau.... AH.. nak tau lebih lebih tanya beliau sendiri.

kak skieyn telah memborong pin comel saya dengan banyak lantas membuatkan saya kaya lalu membeli sebuah apartmen di Taman Tema Air Bukit Merah untuk dihadiahkan kepada beliau. Kali ini gua serius gua tipu.

Kak skieyn juga sangat berani. Beliau telah tampil sebagai adiwira (superhero) jemputan dalam siri Pepaya. Saya kagum dengan beliau kerana beliau bergerak tanpa mengikut bayang bayang orang lain.

3. Ah. Apesal kena boh 10 fakta. Gua ni kuat auta.

  1. Saya tak suka makan sup yang selalunya disertakan bersama nasi ayam
  2. Saya suka jalan sorang sorang supaya saya tak payah bersembang dengan sapa sapa
  3. Saya dah calarkan myvi bapak saya sebanyak 2 kali. Kiri dan kanan.
  4. Saya tak kan susahkan diri saya untuk mencari air untuk mandi kiranya tiada air
  5. Saya lulus lesen motor masa umur saya 16 tahun.
  6. Saya sangat rindu laskar bintang dan puteri abu nur.
  7. Saya impikan kasut tumit tinggi ketika kecil dan benci ia ketika dewasa
  8. Saya tak ada nafsu nak membeli belah sekarang
  9. Saya benci orang banyak tulis 'huhu...eheheh...huhu..huhu..' macam terencat
  10. Saya marah kalau orang salah tatabahasa. Serius ni.

4. Kak Irah dan Kak Raihan lagi. Harap mereka penat menjwab tag saya













0 dah komen wuu~:

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting