بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan
"Muna, balik Melaka ke? Tak nampak batang hidung pun.. " sapa seorang sahabat tika berselisih di hadapan tandas.
"Eh.. ada je..Nape?"
"Yeke.. Tak ada ape, lama je tak nampak kau.." Dia tersengih lantas berlalu meninggalkan saya termangu-mangu di hadapan tandas.
Ok. Tak perlulah kot saya announce kat satu blok ke mana saya pergi hujung-hujung minggu. Susah-susah aje.. hoho~
...
Entah kenapa sejak akhir-akhir ni saya terasa satu kelainan dalam diri. Apakah kesibukan menggoyahkan hati ini?
Terasa semacam satu kehilangan. Ya. Saya terasa saya hilang sesuatu dalam arus kesibukan yang ditempuhi hari-hari.
Saya pelik bila ada yang berkata kami duduk-duduk goyang kaki tak ada kerja. Sedangkan hakikatnya untuk menjenguk blog sendiri pun saya terpaksa curi masa sekejap. Jadi hentikan kata-kata belakang yang memualkan itu. Amaran terakhir. Noktah.
Saya cuba untuk jadi sempurna. Saya tahu saya tak kan mampu menjadi sesempurna Rasulullah s.a.w. Hasilnya saya selalu kecewa dengan diri saya sendiri. Saya kecewa bila saya tak berjaya capai target yang saya aim. Saya kecewa bila saya melakukan kesilapan. Saya tahu cara saya salah dan saya sedang cuba untuk mengubahnya namun semakin saya cuba ubah, semakin jauh saya pergi daripada landasan itu. Oh, kalian mungkin tidak mengerti entry ini.
Hidup saya sekarang seperti dua dunia yang berbeza. Perbezaan yang dijarakkan dengan dua matlamat yang besar jurang perbezaannya. Saya cuba untuk mengasimilasikan saya dahulu dengan saya sekarang. Nyatanya saya masih tidak kuat untuk itu. Allahuakbar...
Kadang saya rasa saya terpaksa berpura-pura demi menutup jurang dua dunia itu. Kadang saya rasa saya menipu diri sendiri apabila mengangguk sedangkan hati saya meronta untuk menggelengkan kepala demi satu-satu perkara. Tujuannya satu, saya sekadar mahu menjaga hati-hati yang cukup banyak.
Banyak sebenarnya perkara atau hal yang saya bantah dalam hati. Bimbang jika dizahirkan akan mengguris lagi hati-hati manusia. Cukuplah kesilapan yang saya pernah buat. Jangan hukum saya untuk kesilapan itu..
Kini saya masih lagi dalam termangu-mangu. Saya hilang arah. Tolong saya...

6 dah komen wuu~:
muna!
aku dah baca entry ni.
dan saya sedang berfikir.
......
masih berfikir.
mehnah=ujian.
ujian=tarbiyah.
tarbiyah=didikan.
didikan pada sapa?
pada HATI kita.hati yg Allah pegang.hati yg sering berbolak balik.
ya muqallibal qulub thabit qalbi 'ala dini wa 'ala to 'atik.
*saya masih berfikir.emm.
apa yang saudari fikirkan?
ting~ (bunyi dpt idea)
td jmp ustaz nazmi ^_^.
dpt ckit kekuatan.yg kita ni hidup mmg dtakdirkn.tuk jadi seorang daie.
man kola lailahaillaAllah fahua daie.
sapa yg mengucap lailahaillaAllah dia adalah daie.
org yg mengajak kebaikan ng mencegah kemungkaran.
........
apa yg aku fikir?
emm.
aku asyik berfikir sejak ko ckp kat aku pasal benda ni kat kulim td.emm.
fikir mcm mana nak buat MUNA 'IZZAH bangun kembali!
serius!aku mmg fikir pasal ko.ini serius.(ikut nada wonderpate) hihi.
fikir mcm mana nak islah diri kita sambil ajak org lain.emm.
tiba2 teringat!
apa yg penting???
BERJEMAAH.ini lah kuncinya.insyaAllah.
.....
emm.
aku dah baca entry zhafri yg baru.
"seorang pemuda tidak akan menyatakan itu adalah ayahku ,tetapi seorang pemuda yang berani akan berkata inilah aku!"
jadi?
apa plan awak?
..............................
saya masih blur.
T_T
Ada pendapat mengatakan, futur(lemah) adalah penyakit kecewa yang boleh membunuh sahsiah Muslim. Penyakit ini berupaya merencat saraf rangsangan aktivis dalaman yang akhirnya mengganggu kesungguhan dalam kerja yang diamanahkan. Ia berpunca daripada hati.
aku jumpa benda kat ats ni kat blog sapa ntah.terasa nak paste kt ruang komen ni.
.........
sobron 'ala sobron.
sabar atas sabar.
Ayuh bangkit Mujahidah 'Izzah!
Post a Comment