Sunday, August 02, 2009

Menyuntik Kembali Semangat Itu..


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan




Berjalan menatap blog milik srikandi-srikandi penggerak tanzim dakwah, bercerita tentang ranjau dan liku yang dihadapi, pahit manis bergelar isteri seorang pejuang yang menginfakkan suaminya pada jalan juang ini, hinaan dan godaan dari sang lelaki yang memandang rendah pada kebolehan yang bernama perempuan itu, sungguh mendatangkan bibit-bibit cemburu dalam hati saya.

Cemburu pada kekuatan yang dimiliki. Kekuatan yang bukan pada jasad tapi pada semangat penuh kental demi mengabdikan diri bila bergelar mujahidah. Sesungguhnya bukan mudah bagi seorang bergelar wanita untuk masih utuh berdiri terus berjuang pada jalan yang dipilihnya, kerana wanita itu lembut hatinya, sensitif jiwanya, dan azalinya dikenali dunia sebagai makhluk yang melakukan sesuatu lebih berteraskan emosi semata.

Wanita itu 9 emosi 1 rasional. Ada benarnya kata-kata itu. Saya sendiri tak pernah menolak untuk mengiyakan bahawa wanita lebih beremosional berbanding lelaki dan disebabkan itu wanita layaknya menjadi sayap kiri perjuangan si lelaki.

Masyarakat mengenal As Syahid Abd Aziz Rantisi sebagai ketua jeneral HAMAS yang berjuang mempertahankan bumi Quds sehingga ke titis darah yang terakhir, tapi kenalkah kita kepada sayap kiri beliau yang menjadi tulang belakang perjuangan beliau sehingga ke saat terakhir beliau syahid?

Tuan Guru Nik Aziz bukan nama asing bagi segenap masyarakat dalam atau luar negara. Kepimpinan dan ketokohan beliau tidak perlu lagi dicanang kerana nyatanya semua pihak mengakui keperibadian beliau yang lembut berhemah namun tegas berprinsip itu merupakan senjata paling kuat dalam menundukkan musuh-musuh beliau yang saban hari menabur fitnah kepada tok guru kesayangan rakyat itu. Dan pastinya di sebalik perjuangan beliau itu seorang wanita yang bergelar isteri dan ibu kepada anak-anaknya, tak jemu menanti sang suami saban hari pulang dari medan perjuangan.



Dr Rasya (isteri As Syahid Abd Aziz Rantisi) dan Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak (isteri TGNA) adalah antara ikon isteri pejuang yang berkorban tenaga, keringat dan menghadapi onak duri cabaran yang jika diteliti sama hebat sebenarnya dengan cabaran yang dihadapi suami mereka. Dan semangat mereka.... Sungguh mengagumkan! Saya masih belum berpeluang membaca kisah hidup kedua-kedua srikandi ini secara lebih mendalam, namun berdasarkan serba sedikit kisah mengenai mereka, cukup sudah untuk menyuntik kembali semangat demi mengejar mardhatillah dalam berjuang...

Dan satu lagi.. saya kagum dengan semangat juang pasangan ini. Mengenali mereka sebagai anak saudara tentunya lebih terserlah realiti kehidupan mereka di sebalik hari-hari perjuangan yang dilalui. Telatah mereka kadang-kadang mencuit hati. Romantis. Walau jarak memisahkan kami, namun manisnya ukhuwwah itu masih dirasai.. Mereka yang saya kenal, lembut dalam pertuturan, (dan lawak bila bersembang!).. Saya sangat mengagumi kalian wahai chik dan pakcik saya~





.....

Sedikitnya masa saya yang berbaki sehari-hari itu masih tidak mampu untuk menghadam "Travelog Seorang Da'ie" pemberian Anis dan Air Mata Mahsyar (TGNA) yang sudah agak lama diletakkan di sebelah bantal kononnya mampu ditatap barang sekejap sebelum tidur tapi alahai...bila seharian dikerah berlari dan petangnya aerobik, faham-faham sahaja. Dan hajat untuk menghadam buku-buku yang agak sudah berhabuk pada cuti secara mengejut ini mati begitu sahaja bila kalut mengemas sehingga tertinggal tersadai di bilik. Kecewa sungguh. Sememangnya tidak dinafikan cuti mengejut ini banyak menggangu rutin harian saya tapi siapa tahu, di sebalik kepulangan ke kampung ini mungkin Dia mahu saya kembali melihat jalan juang saya yang hampir kelam itu... Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.

Ana Al Abd, Ghurabaa' dan Qom - tiga lagu yang sudah lama berada dalam simpanan saya yang di'bluetooth' dari Jundu, saban hari saya dengar dengan telinga, bukan dengan hati. Namun semalam Allah membuka hati saya untuk mendengar lagu-lagu tersebut dan menghayati maksud di sebalik lagu tersebut.. Dan.. Saya menangis.. Air mata saya tidak tertahan lagi terutama bila mendengar bait-bait lagu Ana Al Abd dendangan Syeikh Masyari Rasyid Al-'Afaasi. Cukup mendalam maksudnya..


أنا العبد السقيـم مـن الخطـايــا وقد أقبلت ألتمـــس الطبيـبــا

أنا العبد الشريد ظلمت نفسي وقد وافيت بابكـم منيـبــــ

Aku adalah hamba yang sentiasa dibelenggu dosa,
dan aku kembali memohon penyembuh,
Aku adalah hamba yang tidak berumah, berdosa pada diriku sendiri,
dan aku datang ke pintu kau merayu memohon..

(lebih kurang la terjemahan mengikut kamus kefahaman saya...)

Lagu ini benar-benar menyentuh kalbu saya, mengingatkan kembali saya tentang diri dan dosa silam.. Diri kita yang sekadar menumpang di bumi Nya, hamba yang dicipta Nya untuk mengabdikan diri kepada Nya, tapi realitinya kita amat jauh terpesong daripada hakikat penciptaan kita oleh Allah. Kita hidup di bumi seakan-akan bukan sekadar tumpangan, mengejar apa yang hendak ditinggalkan dan tinggal apa yang hendak dibawa.. Itu hakikatnya wahai sahabat... Mengapa kita ingkar pada yang mencipta kita? Mengapa kita masih ingkar pada yang memberi rezeki kepada kita? Mengapa kita masih angkuh pada yang mengurniakan rahmat kepada kita? Mengapa? Mengapa?

.....

Terlalu banyak sebenarnya perkara yang ingin saya kongsi bersama kalian mengenai muslimat dan kedudukannya dalam sesuatu tanzim. Cukup banyak untuk dizahirkan sekarang. Saya sedang mendidik diri saya untuk sabar dan tidak terburu-buru dalam setiap perkara terutama ketika bercakap atau menulis maka adalah lebih elok kiranya saya perkemas bahan bacaan dan rujukan saya sebelum saya menuturkan pandangan saya. Ini target diri saya sekarang.



















3 dah komen wuu~:

attiq said...

salam ukhti ^_^

saya pun nak jadi isteri pejuang.tapi aritu ada orang perlekeh cita2 saya ni.huhu.tapi x kesah.saya nak jadi isteri seorang pejuang jugak!

ameen~~~

baru habis baca Tuhan manusia by Faisal Tehrani.anda WAJIB baca buku ni.saaaangggattt best.isinya padat.boleh jadi rujukan.memincangkan masalah agama baru iaitu pluralisme.islam liberal.inspired me.^_^

baru habis baca buku wo ai ni Allah gak. beshh..seorang atheis yg mencari tuhan.

tgh baca buku dilema Melayu-Islam by Pahrol muhd Juoi.kurang fikir atau kurang zikir?

Muna 'Izzah Md Isa on 2:46 PM said...

siapa yg perlekeh?
saya rasa saya tahu..
alah..
lantak die..


buku-bku sume tinggal
tsk.tsk.
(T.T)
tiket ilang nye pasal

tapi tak pe
banyak lagi bahan bacaan
rak gitu..huu..

attiq said...

paper Harakah.pon bagus tuk jadi bahan bacaan.

oppsss.nnt kena tahan ISA plak.Noh Omar kan dah bg arahan.kakitangan kerajaan x bley terlibat dalam aktiviti pembangkang.

emm.

perlu dicerahkan semula.

kami 'demokrasi'.

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting