Monday, October 05, 2009

Terima Kasih Tuhan


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

Ahh. Lega sungguh bila sampai ke bahagian rumusan hasil kerja. Dah siap :)

............

Berpeluang bersama para karyawan hebat dalam satu sesi kuliah Asar dan bacaan puisi di Masjid Batu kelmarin memberikan satu tamparan hebat bagi orang muda seperti saya. Jarang sekali saya bersama golongan veteran dalam satu-satu majlis atau program, mendengar bisikan-bisikan semangat yang dilontarkan melalui karya-karya satira yang penuh dengan sindiran tajam mengenai hakikat yang berlaku sekarang.

Biarpun wajah mereka makin dimamah usia, namun semangat di hati sedikit pun tidak luntur dibawa arus. Hebat. Saya sungguh-sungguh kagum dengan golongan seperti ini. Sudah lama hasrat di hati untuk mendengar momokan semangat daripada Cikgu Azmi TERAS, namun peluang bersamanya kelmarin hampir membuatkan saya terasa ingin menangis akibat terlalu bersemangat!

"Orang kalau semangat bukan menangis.."
(T_T) baiklah..

Bagaimana untuk menyuntik semangat yang ada dalam diri karyawan-karyawan ini kepada orang-orang muda sekarang? Terlalu hebat.

Kami terpaksa beredar sebelum majlis selesai kerana mengejar masa untuk diskusi yang dijadualkan berlangsung selepas Isyak. Tidak terus pulang, sempat berdiskusi dan berkongsi pendapat bersama seorang sahabat dari IPGM seberang sana, seorang yang saya kira tidak punya erti takut dalam kamus hidupnya kecuali takut kepada Yang Esa. Subhanallah! Biarpun perbincangan diselingi bunyi hujan yang turun dengan lebat, tidak sedikit pun menjadi penghalang dalam perkongsian idea itu.

Terlalu singkat masa dirasakan kerana sepatutnya banyak lagi perkara yang terdetik dalam minda untuk diketengahkan, kami berkongsi pendapat mengenai isu pendidikan sekular di negara, isu gejala sosial, PTPTN yang katanya bakal 'melanda' guru-guru pelatih pula, isu 1 Malaysia, dan banyak lagi. Beliau banyak mencurahkan idea mengenai isu yang disentuh dalam usaha mencapai resolusi. Terasa diri kerdil lantas lebih banyak berdiamkan diri :)

Berakhir dengan pelawaan bantuan dan sokongan dan perjuangan kiranya diperlukan, terus bergerak kembali ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib. Hujan terus lebat tanpa menunjukkan tanda akan berhenti. Harus diredah mengenangkan slot diskusi akan bermula tidak lama lagi.

Diskusi Ilmu "Islam dari perspektif Pengajian Sosial". Entah apa yang ada pada diri ini lantas dijemput menjadi ahli panel dan tajuk diberi - Islam dan Pengajian Sosial. Luas skop ni, getus hati. Kembali berbincang dengan si penganjur, katanya, apa-apa tajuklah janji tak memudaratkan diri. Dan sememangnya satu yang terlintas dalam fikiran - Status dan Peranan Guru dalam Masyarakat. Sempat menekankan isu semasa yang berlaku seperti kedegilan SIS, pluralisme agama, sekularisme dalam pendidikan dan ternyata hasil mesyuarat CARE di pagi hari, kemudiannya bacaan puisi di petangnya dan diskusi bersama sahabat sefikrah menjadi satu titik pencerahan bagi diri saya sendiri, dan kemudiannya cuba disampaikan kepada sahabat-sahabat lain melalui program diskusi sebegini.

Terima kasih Tuhan kerana menemukan saya dengan insan-insan yang keluar dari kepompong kebiasaan lantas cuba mengajak insan-insan lain untuk bersamanya. Semoga saya mampu berada sebaris bersama mereka.

suarahati : katanya lebih kepada berhujah, bukan diskusi. Oh lihat akibatnya jika saya diberi peluang bercakap. :)) harapnya diskusi bersama sahabat-sahabat sefikrah dari kelompok IPG tidak akan terhenti di sini...























3 dah komen wuu~:

attiq said...

huhuhu

mendalam maksud yg terakhir tu..

moga kita diberikan kekuatan utk menghadapi stp mehnah yg datang!

jangan pernah takut menyatakan suatu kebenaran itu, muna!

moga kita belajar dr setiap kesalahan yg kita dah lakukan..


uwaa~~~

*jangan ganggu hati2 mujahid mujahidah yg sdg berjuang dgn benda2 remeh.


la khauf la tahzan.sbb Allah ada dgn kita.

cahaya petunjuk on 4:35 PM said...

salam muna,

terkesan dgn perjuangan nte di kampus kita...

semoga mantap di barisan perjuangan- Insyaallah

eh- ada diskusi luar kampus kongsi-kongsikanlah- teringin juga merasai tarbiyah drp luar kampus.;-)

Nurul Ain Zubaidah Bt Mohd Khalid on 10:38 AM said...

assalamualaikum..

pada ain diskusi antara kita sahabat2 ks sngt menarik. bukan hnya berbincang mengenai apa yg kita belajar ttpi mnjadi bakal guru yg fleksibel dalam menuntut ilmu..perkaitan antara islam dan apa yg kita kaji ini kalau dikorek..MasyaALLAH banyak ilmu yg kita dapat nnti..

InsyaALLAH akan ada ramai lagi rakan2 yg ikut serta dalam sesi seterusnya..perkongsian idea spt ini harus diteruskan~~

Lagi 1 sesi spt ini dpt mngeratkan hubungan dgn kakak dan abg2 senior..rasa mesra dgn kak muna dan kak attiq~hehe

wassalam

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting