Friday, January 01, 2010

Ini Bukan Tahun Kita



Tak ada apa yang beza.
Cuma dalam buku tulis bahasa melayu bahagian atas sekali belah kanan kau kena tukar jadi 1.1.10
Tak ada apa yang beza.
Cuma malam ni semua tv nak tunjuk konsert orang gila.
Tak ada apa yang beza.
Cuma tiba-tiba semua orang teruja nak sambut hari esok dengan pergi pesta sana sini main mercun baki raya lepas.
Tak ada apa yang beza.
Cuma tiba-tiba semua orang nak buat azam padahal dari sekolah perangai tak berubah.
Tak ada apa yang beza.
Cuma tiba-tiba line celcom maxis digi pun nak sesak semua nak wish tahun baru.

Kau bayangkan.
Kalau lepas 31.12 ni ada 1.13, takkan ada konsert kat tv, yang ada cuma cerita hantu melayu rambut panjang pakai telekung. Macam nak lempang.
Apa yang beza?
Ah. Senang betul kita kena 'kencing' dengan 'omputih'. Dia sambut New Year's Eve, kita terhegeh hegeh nak ikut. Parti sana parti sini. Simpan duit lah. PTPTN pun tak masuk lagi.

Ini bukan tahun kita. Tahun kita tahun Islam. Kalau nak sambut jugak, buat solat sunat baca yasin. Kenduri Kesyukuran sebab masih hidup. Jangan lupa jemput aku.

Buat azam tiap-tiap hari lah. "Azam aku tahun ni nak jadi lebih baik". Alhamdulillah. Aku doakan kalian berjaya. Kalau setakat tiap-tiap tahun recycle azam yang sama, something wrong dengan kau. Azam bukan sekadar azam. Walk the talk, babe.

Dah. Pukul 1.17 miskol aku. Nak tengok gerhana bulan pakai stetoskop. Keh keh keh
















6 dah komen wuu~:

skieyn on 12:33 AM said...

dah jangka dah.. sambut awal muharam xmeriah pun org wish. sambut new year meriah yg amat...kesiannnn mereka2 tue...

Muna 'Izzah Md Isa on 12:49 AM said...

kesiannn bukan. apa ada dengan tahun baru? rasa semakin dekat dengan mati patutnya. ya.

KITA SEMAKIN HAMPIR DENGAN AJAL.

tak takut lagi ke?

emo jap.

Unknown on 8:53 AM said...

awat hang tiru azam aku tak malu :p

steteskop org guna kat telinga la munah yg doktot pkai tuh..

apa pandangan cik munah tentang tarikh Aidil Adha,Maal Hijrah,krismas, dan tahun baru omputih yg semuanya jatuh pada hari jumaat?

Muna 'Izzah Md Isa on 6:46 PM said...

komen?

jumaat hari penuh barakoh.

noktah.

(-_-!)

labumas on 9:52 PM said...

aku pon dh kne tarbiah ngan muna sbb wish taon bru kat dy..huhu ^_^

Zarpeno on 9:52 AM said...

merdeka ; konsert

taun baru ; konsert, party,clubbing,minum arak

baru MODEN!~

Muna,Selamat Semester Baru! ahak

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting