Monday, March 15, 2010

Saya nak lahirkan pejuang, kak!


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

Beg diletakkan di atas kerusi. Lega. Mata dipejam rapat, mencari damai dalam kepenatan. Jam baru menunjukkan 10.04 pagi. Bas dijadualkan bertolak pada 10.30 pagi. Dia masih punya masa, tapi untuk apa?

Pedulikan.

Usai bersalaman dengan ibu Kak Yus, juga berpelukan demi perpisahan sementara ini, terus sahaja melangkah naik ke dalam bas. Terasa letih teramat sangat, masakan tidak Jumaat lepas baru sahaja menghabiskan hampir 7 jam di dalam bas menuju ke Butterworth. Dan hari ini (Ahad), sekali lagi akan menghabiskan hampir separuh hari di dalam bas, ke kampung halaman di Melaka. Pelaburan yang menguntungkan, insya Allah. Senyum itu terukir di bibirnya.

Novel 'Terasing' karya Hilal Asyraf dikeluarkan. Memandangkan tiada buku lain yang boleh dibaca ketika itu, dia tiada pilihan selain membaca novel itu untuk kali kedua. Mp3 dipasang, kedengaran lagu "Time Is Running Out" dari Muse sayup-sayup dari corong earphone nya. Dibiarkan lagu itu terpasang, memecah buntu dalam fikirannya. Novel yang cukup berjaya menawan hatinya yang bukan seorang penggemar karya fiksyen itu dibelek untuk kesekian kalinya.

"Dik, ada orang tak sini?"

Dia mengangkat muka, mematikan mp3 yang terpasang.

Dia menggeleng. Wanita yang sedang sarat mengandung itu lantas meletakkan begnya. Dia menghela nafas kepenatan, mengesat peluh di dahi.

"Geram betul. Berpuluh kali kita tanya, dia kata betul. Tak salah bas," rungut wanita itu. Botol air di tangan diramas-ramas. Geram benar barangkali.

Dia senyum. Tapi bukan senyum itu.

Dia meneruskan bacaannya.

"Ah, jika ini sahaja peluang Allah berikan untuk aku sampaikan sentuhan Islam, kenapa perlu aku sia-siakan? Take it as a chance, wahai pembantu agama Allah!"

Bisikan itu datang lagi. Tiba-tiba. Rohnya bangkit ditiup semangat itu. Jasad yang lemah kembali bertenaga. Dia tahu dia perlu lakukan ini.

Dia menutup buku di tangan, lantas mengeluarkan majalah Solusi isu 17 yang tersimpan di dalam beg.

Bismillah.

"Akak balik mana ni?"

Senyum. Kali ini senyum itu.

"Melaka."

"Oh, sama lah kita. Di Penang ni buat apa?"

"Abang akak ada di sini. Kat Melaka ada parents akak, ni dah nak keluar, kena balik la," sambil tangannya diusap-usap perutnya yang membesar itu.

"Wah, dah berapa bulan ni?"

Wanita itu senyum. Lagi. Dan lagi. Tangannya tak putus-putus mengusap perutnya. Terpancar sinar kebahagiaan dari matanya. Alahai. Hanya yang mengalami bisa mengerti.

Dia turut tersenyum walau hati cuba memahami.

"Nak masuk 8 bulan." Nada suaranya yang berkeluh-kesah tadi, tenang tiba-tiba. Aku bahagia, mungkin itu kata-kata tersirat di sebalik nada itu.

"Tahniah la kak. Anak ke berapa ni?"

Dia melepaskan keluhan berat. Ah, pantas benar dia bermain emosi. Sebentar tersenyum, kini cahaya kegembiraan yang sebentar tadi kian malap.

"Kalau ikut, yang kedua. Apakan daya, yang pertama dahulu luar rahim. Akak redha je dik. Selepas 6 tahun kahwin, rezeki baru nak sampai." Dia menarik nafas dalam-dalam.

Dia cuba untuk mengerti. Berat benar ujian untuk wanita ini. Masih mampu tersenyum, biar ujian diberi seberat itu.

"La yukallifullahu nafsan illa wus'aha"

"Tak pe, kak. Akak cukup beruntung dah ni. Ada ramai lagi pasangan yang dah kahwin bertahun lama, tapi tak lekat-lekat jugak. Ini namanya ujian, yang selalunya pasti akan ada hikmah di sebaliknya. Pengakhirannya ada dua, sama ada kita semakin dekat dengan Allah atau kita semakin jauh dari Nya. Minta-minta semakin dekat lah."

"Hurm. Betul apa adik cakap. Ada kawan akak, hampir gila sebab anaknya meninggal lepas bersalin. Disalahkannya Tuhan. Takut akak dengar. Minta dijauhkan."

"Kesian. Waktu sedang diuji ni lah, syaitan akan ambil peluang untuk rosakkan akidah. Kalau imannya lemah, akan semakin jauh lah dirinya daripada Allah. Sebab tu, kita kena ingat, ada Allah dalam setiap aliran darah kita, kena selalu hidupkan hati dengan ingat pada Allah."

Wanita itu mengangguk.

Dia membelek Solusi, dan mencari halaman itu. Di mana? Di mana?

Ah, ketemu!

"Akak dah scan baby?"

"Tak nak scan. Surprise."

"A'ah la, kak. Kalau lelaki ke perempuan ke, kan sama je. Anugerah Allah jugak, kan!"

"Betul. Betul. Adik ni belajar mana?"

"Maktab kat sini. Balik kampung kat Melaka. Cuti"

"Oh. Bakal ustazah la ni?"

Tersedak. Entah berapa ratus kali dia disapa dengan gelaran itu sepanjang minggu ini. Hendak diangguk, terasa salah. Hendak digeleng, bukankah maksudnya sama dengan mu'allimah, mudirah, teacher, cikgu atau guru?

"Lebih kurang la kak. Hehe"

"Bagusnya. Sejuk perut mak mengandung." Wanita itu tergelak kecil sejurus menuturkan kata-kata itu.

"Iyelah akak ni. Akak, cuba tengok ni." Majalah Solusi di tangan disua kepada wanita itu. Tepat pada halaman 83.

"Apa tu? Mendidik anak dalam kandungan? Cerita pasal apa ni?"

Sasaran mengena :)

"Haa. Dalam ni dia kata "tingkah laku dan perasaan ibu semasa mengandung membawa impak yang besar terhadap watak dan perwatakan anak dalam kandungan"".

"Boleh effect eh?" Wanita itu semakin berminat.

"Ni dari sudut psikologi Islam, kak. Kalau daging dan darah anak itu terbentuk dari darah ibu, emosi anak pula dipengaruhi gelombang perasaan ibu semasa mengandung."

"Macam mana tu?" Wanita itu semakin berminat.

"Contohnya, masa akak mengandung ni kan, suami akak pergi kerja, dan niatnya kerana Allah, akak pula duduk di rumah, tak putus-putus ibadah, anaknya yang lahir nanti pun, insya Allah anak yang soleh, yang bakal mewarisi perjuangan nabi."

"Wah. Macam jauh sangat je tu." Wanita itu menundukkan wajahnya.

"Apa yang jauhnye kak? Simple je sifirnya. Anak yang bakal dilahirkan, adalah cerminan perlakuan kita sebelum-sebelumnya. Baik kita, baik lah anak. Tak gitu?"

"Hurm. Betul juga. Lagi apa dia kata?"

"Kat sini dia bagi contoh perlakuan ibu bapa dan kesan kepada anak yang lahir. Kalau ibu bapanya asyik bergaduh, anaknya akan menjadi ganas dan panas baran. Kalau ibunya sering membaca Al Quran, dapat nanti anaknya bijak. Allah itu Adil. Tapi kalau ditakdirkan, anak yang dilahirkan tak seperti yang diharapkan, jangan pula kita terus-terus salahkan takdir Allah. Kena tanam dalam hati, ini ujian. Bersangka baik dengan Allah, itu yang penting."

"Betul. Betul Wah, rasa macam dengar kuliah Subuh pula." Wanita itu mencuit bahu dia. Mereka sama-sama tergelak.

"Subuh gajah boleh la kak"

Gelak mereka semakin surut.

"Saya nak lahirkan pejuang, kak."

Dia senyum.

"Baguslah. Akak pula nak lahirkan manusia." Sekali lagi gelak mereka memecah kesunyian dalam bas yang sedang bergerak itu.

"Manusia biar yang berguna pada manusia lain kak, dan itulah sebaik-baik manusia. Amiin"

Amiin.

Wanita itu senyap. Begitu juga dia.

"Akak risau la dik. Akak ni bukan baik mana. Solat pun ala kadar je. Tapi akak nak zuriat akak jadi baik, soleh, boleh jaga akak bila dah tua nanti."

"Tak apa, kak. Allah itu Maha Penyayang, Maha Mengampuni. Dia tak pernah menutup pintu taubat, cuma manusia saja yang terlalu leka, selalu menangguh-nangguhkan taubat. Akak masih punya masa untuk didik zuriat akak ni. Start daripada sekarang, sentiasa dekatkan diri dengan Allah, sentiasa rasakan bahawa Allah itu sedang memerhati kita. Akak baca paper tak baru-baru ni?"

"Baca jugak. Kenapa?"

"Geram betul la tengok orang yang main sedap dia je buang baby. Ya Allah! Apa lah salah baby tuh? Geram betul"

"Eh, betul la. Makin menjadi-jadi pulak ye. Macam trend je. Kalau tak nak tu, ramai lagi yang nak, jangan dibuang."

"Kesian diorang."

"Sapa? Yang buang anak tu? Tak payah kesian. Haiwan pun sayang anak."

"Itu lah maksud saya. Sedangkan haiwan yang tak berakal pun tahu hargai anak. Inikan pula manusia yang adalah sebaik-baik kejadian tu. Kesian sebab dia tak tahu mensyukuri nikmat Allah beri, kesian sebab dia tak tahu akibat tindakannya, kesian sebab dia sangat jauh dari Allah! Sampai tergamak buat macam tu."

Dia mengeluh. Paling berat. Fikirannya buntu memikirkan fenomena dunia sekarang. Buntu. Manusia semakin jauh, manusia semakin lupa. Lupa bahawa bila-bila masa Allah akan mencabut nyawanya berpisah dari jasad, pergi menghadap Nya, tiba masa untuk perhitungan itu. Astaghfirullahalazim.

"Amiin..Eh, akak letih la dik. Nak rehat kejap. Baby ni dah tendang-tendang."

"Ye lah kak. Rehat lah. Sampai R&R nanti saya kejut."

"Ok. Eh nak kena baca doa tidur tak. Bagi anak ni soleh sikit."

"Haha. Kelakar lah akak ni. Cukup akak niat, akak tidur ni nak rehat, supaya dapat lebih tenaga, untuk beribadah kepada Nya."

"Baik, ustazah"

Dia senyum lagi. Kali ini benar-benar senyum yang itu. Semoga Allah merahmati hamba-hamba Nya, semoga Allah memberi petunjuk dan Hidayah kepada hamba-hamba Nya. Semoga Allah menghitung amalan hamba-hamba Nya.

.......

Surah bacaan ketika mengandung

Al Fatihah - Untuk terang hati dan kuat ingatan
Maryam - untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat
Luqman - anak cerdik akal dan cerdik jiwa
Yusuf - anak cantik rupa dan akhlak
Al Hujurat - memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat hati-hati
Yaasin - untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
At Tawbah - untuk membersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat
An Nahl - untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

..........

"Saya nak lahirkan pejuang"

Senyum itu














5 dah komen wuu~:

Anonymous said...

akak pun nak lahirkan pejuang islam.. :) insyaALLAH

Artikel yang baik..teruskan menulis demi kebenaran!!

sayang muna

Muna 'Izzah Md Isa on 9:36 PM said...

insya Allah. kita sama2 ramaikan pejuang :)

sayang akak jugak. fi amanillah :))

sufiyyah zulkifli on 9:38 AM said...

waaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!~!

saya turut 'izzah!

bestnya dapat sampaikan kepada orang!

^^

Anis binti Zakaria on 7:44 AM said...

saya pun nak lahirkan pejuang... tapi sebelum 2, ayuh berjuang duhai bakal ibu2 pejuang!! agar generasi yg bakal lahir nanti memberi erti buat Islam... Ameen...

Muna 'Izzah Md Isa on 5:48 PM said...

yok sahabat, yok!

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting