Thursday, April 01, 2010

Jalan + Lihat + Tafsir = Kebahagiaan


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

Maaf dipohon untuk yang bertanya perihal blog ini yang tidak berupdate untuk entah berapa lama. Maaf.

"Berjalan. Melihat. Mentafsir". 

Begitu betah tiga perkataan ini di telinga saya. Jujur, tak pernah saya lihat sedalamnya erti kata-kata ini. Another common words, kata saya.

Namun hari ini, saya benar-benar ketemu sesuatu. Saya bertemu diri saya dalam ketika saya sedang berjalan, melihat dan mentafsir. Berjalan menyelusuri hidup dalam roh yang sedang berjuang, seringkali melihat kejayaan dan kegagalan, jatuh dan bangun, dan demi merasai manisnya perjuangan itu, diri ini cuba mentafsir setiap perincian yang telah Allah tetapkan. Di penghujungnya, saya ketemu sesuatu. Kebahagiaan.

2,3 minggu sudah, hidup ini agak kelam kabut. Tidur sekadar cukup syarat. Terasa seakan satu tekanan yang berat dalam menyiapkan tugasan-tugasan, persiapan majlis pelancaran CARE, yang hadir dalam satu masa. Mujur sempat menarik diri untuk ke Songkhla di saat akhir, terasa rm200 yang melayang terbayar bila berpeluang berada dalam majlis bersama Tuan Guru Ust Haron Din. Indah :))

"Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan, beruntung bagi yang mensucikannya, merugi bagi yang mengotorinya"

29 MAC. Alhamdulillah, walau persiapan banyak berubah di saat-saat akhir, namun dek kesabaran dan keyakinan bahawa Allah pasti membantu, dengan tenaga kerja yang sangat kurang, diteruskan juga. Bersengkang mata siang malam, terlupa untuk menjamah makanan telah menjadi kebiasaan.Allah, lega sungguh rasanya bila tarikh keramat itu tiba, dan mendapat pujian daripada Tuan Pengarah dan pensyarah. Alhamdulillah.

Allah membantu kami melalui sahabat-sahabat yang rela hati membantu tanpa mengharap sebarang balasan. Sahabat-sahabat BKS yang saya hormati. Juga adik-adik TESL yang amat saya sayangi. Hanya Allah dapat balas jasa kalian. MATAHARI pada hari itu memancar lebih terang daripada biasa :)

Bermula tarikh itu juga, telefon saya tidak putus-putus berbunyi. Ada pensyarah yang menghubungi saya, minta untuk menuntut ilmu dalam video editing. Masya Allah. Terasa kerdil diri ini. Saya bukan seorang yang professional, pengalaman pun hanya sejemput. Masih banyak saya perlu belajar kerana saya bukan siapa-siapa.

Syukur juga, kerana esoknya setelah lama merancang, kelas 'bermain video' akhirnya bermula. Haha. Biar saya nak panggil 'bermain'. Kerana sememangnya tiada silibus dalam kelas ni, tiada bayaran, hanya berbekalkan sedikit ilmu dan kemahiran yang ada, kami kongsi bersama. Insya Allah :))

Esok akan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri perjumpaan keluarga Al Jarumi. Rindu bertemu sanak saudara.  Gathering AL JARUMI 4 APRIL 2010
Semoga Redha Allah bersama kita. Hingga bertemu lagi :)













1 dah komen wuu~:

attiq said...

duit dapat balik~

niat yang betul. InsyaAllah.

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting