بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan
Dulu masa kecil, kami adik beradik cukup takut dengan abah. Abah garang. Suaranya macam halilintar kalau dia jerkah. Along sentiasa menjadi mangsa jerkahannya dan saya boleh dikatakan paling kurang dimarahi abah. Sampai along dengan angah tak suka saya semasa kecil sebab kalau kami bertiga pulang lewat daripada bermain, mereka berdua akan teruk dibantai tetapi saya terlepas. Abah kata muka saya muka kesian. Belum kena bantai dah menangis. Itu yang along dan angah tak suka saya.
Paling teruk abah mengamuk seingat saya bila dapat tangkap along hisap rokok. Masa tu along tengah mandi, baru balik dari bermain. Abah tolak pintu bilik air dan 'sesah' along dengan getah paip. Saya hanya mampu mendengar dan menangis dari jauh. Waktu tu saya rasa nak lari dari rumah sebab takut sangat. Padahal along rilek je. Waktu kami kecil juga boleh dikatakan saya paling kurang buat hal berbanding along dan angah. Mereka berdua kerap bergaduh dan dimarahi abah. Ketika itu saya rasakan bahawa tak ada abah yang lebih garang daripada abah saya.
Apabila kami besar sikit, adik-adik juga semakin besar, kegarangan abah semakin berkurang. Abah lebih mudah dibawa bergurau. Mungkin sebab dah puas jadi garang masa kami kecil dahulu. Mula-mula saya cemburu dengan adik-adik sebab abah tidak begitu menekankan pelajaran mereka seperti kami dahulu. Namun lama-kelamaan saya merasakan adik-adik saya cukup rugi kerana tidak sempat merasakan 'kegarangan' abah. Abah lebih gemar berleter kepada mereka. Kalau teruk sangat baru di'sesah'nya Mus'ab.
Pada tahun 2003 iaitu sewaktu saya di tingkatan 2, saya, angah, dan along belajar di sekolah yang sama dengan mak dan abah iaitu SMKDARY. Waktu tu abah jadi guru disiplin sekolah. Lumrahnya guru disiplin adalah guru yang paling dibenci oleh pelajar. Sama keadaanya dengan abah. Saya selalu diugut oleh budak-budak lelaki yang nakal. Katanya "Satu hari nanti siap bapak kau!" Saya balas, "Eleh muka pun tak siap ada hati nak siapkan bapak aku". Tapi dalam hati je la. Samseng sekolah. Tak berani cakap kuat-kuat.
Angah cerita dalam tandas lelaki penuh nama abah. Saya tengok angah rilek je. Kalau saya tengok mesti saya dah menangis. Orang lelaki memang macam tu rupanya. Rilek je. Pernah satu hari waktu saya pulang dari sekolah, masa tu saya pulang lewat sebab ada ko-ku jadi saya naik bas untuk pulang ke rumah. Bas tidak dapat masuk sehingga ke dalam kampung jadi saya terpaksa berjalan kaki dari pondok perhentian bas ke rumah. Sedang saya asyik melayan perasan berjalan kaki seorang diri, sayup sayup saya terdengar suara 3,4 orang lelaki menjerit ke arah saya. Terdapat pondok berhampiran jalan itu dan saya ternampak beberapa orang budak lelaki sedang mengangkat jari menunjukkan isyarat tak senonoh kepada saya sambil menjerit nama abah. Saya mempercepatkan langkah saya. Mereka menjerit nama abah, mak dan juga abang-abang saya sambil diselangi perkataan tidak baik. Saya tekad apabila saya sampai rumah sahaja, saya nak cakap dengan abah supaya jangan jadi cikgu lagi. Air mata saya bercucuran jatuh. Sampai sahaja di rumah, abah tiada, main badminton. Itu rutin hariannya. Mak hairan melihat saya menangis. Lalu saya menceritakan semuanya kepada mak, along dan angah. Seperti biasa angah rilek tidak berperasaan. Namun along dengan pantas mengambil kunci motor sambil mulutnya tak berhenti memaki hamun. Apa jadi selepas itu saya tak berapa nak ingat.
Abah juga merupakan guru Sejarah terbaik di planet bumi ini. Walaupun saya tak pernah dapat merasa belajar sejarah dengan abah secara langsung, saya tetap bangga untuk menjadi anak muridnya secara tak langsung. Waktu sekolah dahulu saya jarang memberi perhatian kepada apa yang diajar oleh guru sejarah saya di kelas. Bagi saya cikgu Sejarah lain tak best macam abah. Padahal saya tak pernah belajar dengan abah pun. Kalau kami menonton filem bercorak epik seperti Troy, Kingdom Of Heaven atau Indiana Jones, abah suka menjadi pengulas tidak diundang dan mengaitkannya dengan pengetahuan sejarahnya. Ya, abah sangat suka menonton filem. Satu hobi yang kami semua kongsi bersama.
Abah merupakan bekas atlit sewaktu di sekolah dan di maktab. Bangga betul dia bila bercerita kisahnya yang kononnya amat mengenali Dollah Saleh. Dia juga selalu merungut tentang anak-anaknya yang langsung tidak mengikut jejak langkahnya. Sedangkan abah tidak mengetahui hampir kesemua anak-anaknya kecuali saya telah mengikut jejak langkahnya menjadi pemain bola sepak sepenuh masa. Letak sahaja dalam apa posisi sekalipun insya Allah tiada masalah. Alex Ferguson pun boleh menangis kalau mereka mula mengambil alih tugasnya sebagai pengurus pasukan. Abah tak pernah tahu hal ini sebab abah tak reti bermain Pro Evolution Soccer (PES) atau Football Manager (FM). Abah hanya tahu bermain fantasy football je. Bila point lebih sikit dari orang lain, gelak besar la jawabnya.
Hari ini 20 Mei. Abah sedang berada di Kuala Lumpur menghadiri mesyuarat apa entah. Ini pun saya dapat tahu daripada emak. Hari ini genap umur abah 51 tahun. Terkilan juga sebab tak dapat bersama abah. Ceceh sebelum ni tak bersama tak apa je. SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 51 ABAH. (Eh ke abah marah letak umur betul kat sini).
Saya tak pernah cakap saya sayang abah secara terus terang. Nak kena gelak kalau buat. HAHA. Abah kita memang best. Tapi kalau tak best pun saya tetap sayang abah. Sebab dia ABAH saya. :)
Ni bukan abah masa muda. Jangan salah sangka.
Itu abah. Yang berjanggut putih. HEHE.
Kakak sayang ABAH.
Ok. Abah boleh gelak kuat-kuat sekarang.
4 dah komen wuu~:
assalamu'alaikum adikku yg ketot...
ermmm, menarik...tapi, ayah abg lagi garang kot...
ayah abg guru quran di madrasah di kampung kami...
murid2nya xpernah senang bile mengaji...sebab rotan asyik merayap je kat badan...
kakak abg yg kedua pernah kene baling dgn gergaji, dan kene kepala...hehehe...
yang no.4 pernah kene rehal semasa mengaji...kat tulang kering...sebab xnk mengaji..
dan abg pernah kene baling ngn parang panjang...nasib xkene...sebab bergaduh dgn kakak...
tapi, itu semasa kami kecil...
ayah abg byk mengajar abg erti kehidupan dan kesabaran...
semoga ALLAH merahmati kita semua.
waaaargh.
lagi garang.. tapi hasil daripada garang tu la yang buat a.fuad jadi a.fuad skarang kan..
lepas kene baling dengan gergaji tu apa jadik? huk. takutnye T___T
salam ziarah dan salam perkenalan :) he2 banyak cerita best kat sini
salam ziarah dan salam perkenalan :) he2 banyak cerita best kat sini
Post a Comment