Sunday, August 01, 2010

Kisah 29 Rejab.


بسم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan




Hari ni dah 29 Rejab (12 Julai 2010). Perhimpunan hari ini sungguh luar biasa. Awal lagi kami dah dimaklumkan perhimpunan akan diadakan awal sejam, mengambil satu waktu tutorial untuk diadakan majlis perasmian Minggu Roh Isra' Mikraj anjuran BKS Al Ghazali.

Usai waktu KS En Hasni, kami bergegas menuju ke dewan besar. Tahu-tahu sajalah, waktu semua batch ada di kampus, tak sah kalau tak bersesak waktu perhimpunan. Sampai sahaja di dewan, mata saya tertancap pada pakaian-pakaian adik-adik BKS. Muslimatnya memakai jubah hitam dengan headband di kepala tertulis FREE GAZA. Wah! Belum melangkah masuk ke dewan lagi, sudah dirasakan auranya. 

Apa yang menarik dalam majlis ini?

1) Melibatkan semua, Muslim atau Non Muslim.

Walaupun program ini adalah program pelancaran Minggu Roh  Isra' Mikraj, yang nyatanya dengan nama sahaja seakan-akan merupakan satu 'program-Islamik-untuk-budak surau', namun, pemilihan masa yang tepat dengan menggunakan autoriti pentadbiran, menjadikan ia satu majlis yang wajib dihadiri oleh semua, tanpa terkecuali Muslim atau non Muslim. Satu langkah yang saya kira sungguh bijak oleh jawatankuasa penganjur untuk mendekati non Muslim. Mengapa saya kata ia merupakan langkah bijak? Kerana jika satu waktu dahulu, sekelompok kaum Cina telah menganjurkan perhimpunan khas Tahun Baru Cina dengan mewajibkan kehadiran semua, Cina, India atau Muslim. Dan majlis itu sungguh berjaya menawan hati semua walaupun yang meraikan perayaan itu hanyalah sebilangan sahaja dengan pembukaan majlis yang meriah, slot khas untuk mengenali perayaan tersebut dan banyak lagi. Jelas di sini bahawa mereka tidak mensia-siakan kesempatan yang ada untuk memperkenalkan budaya mereka. Tolak tepi dahulu unsur doktrin 1 Malaysia yang lebih banyak dilaksanakan hanya secara literal, demi menjaga kepentingan pihak tertentu. Hal yang utamanya adalah kita mengambil pengajaran bagaimana untuk berani ke hadapan, memperkenalkan Islam secara terus terang di hadapan yang bukan Islam dalam satu majlis rasmi.

Islam dan imej Islam bukan sesuatu yang asing di kampus ini. Satu daripada senarai kesyukuran saya. Program anjuran BKS sahaja, boleh dikatakan setiap semester akan padat. Satu peningkatan yang cukup membanggakan. Namun, jangan mudah kita berpuas hati dan mendabik dada, selagi ada jiwa yang masih gersang dan ketandusan IMAN. Satu perkara yang saya perhatikan, dalam diri saya terutamanya, masih ada rasa malu untuk BANGGA dengan Islam khususnya di hadapan yang bukan Islam. Kita malu untuk menonjolkan imej Islam di hadapan mereka, kita malu untuk pertahankan keyakinan kita kepada Islam. Ah, kalau malu, untuk apa disembangkan tentang 'IZZAH ISLAMI, untuk apa kita susun program yang sebegitu banyak, tapi masih malu untuk menutur Asma ul Husna di hadapan NON muslim?? Kalau masih malu, saya sarankan sorok sahaja diri itu ke dalam almari. Pemalu tak bertempat. Walhal Islam itu tidak asing, kita yang jadikannya asing di mata kita. Andai di sana kelak hampir selangkah kita ke syurga, tetapi hanya dengan satu soalan yang tidak terjawab ini, mudah sahaja mencampak kita ke neraka. Soalan yang saya sendiri tidak tahu untung nasib saya kelak ;

"Kenapa kamu tidak pernah sampaikan Islam kepada kami? Macam mana kami mau kenal Islam kalau kamu umat Islam tak pernah tunjukkan kepada kami apa itu Islam? Suka kah melihat kami mati dalam keadaan kafir? Kami bukan Islam juga lahir dalam fitrah. Kami juga dahagakan kebenaran. Kenapa kamu tak sampaikan Islam kepada kami sedangkan kamu sudah jumpa kebenaran itu?"

2) Memulakan majlis dengan bacaan Asma ul Husna

Bukan senang untuk mengumpulkan semua kaum lebih-lebih lagi setelah kampus ini menerima pelajar daripada Sabah & Sarawak dalam kuantiti yang banyak dalam satu majlis, khususnya majlis itu dikendalikan oleh Badan Kebajikan Surau. Rasa yang cukup menakjubkan bila kita berdiri sebaris bersama sekumpulan pelajar India untuk melagukan Asma ul Husna, walaupun awalnya mereka masih terpinga-pinga kehairanan. Pastinya dan sepatutnya lontaran suara itu merupakan lontaran suara paling bersemangat, untuk kita tunjukkan bahawa nama-nama Allah adalah nama-nama suci, bukan alunan biasa. Dalam satu hadis, 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Terdapat 99 nama Allah yang Mulia; di mana melaluiNya kita disuruh untuk berdoa. Sesiapa yang mempelajarinya dan membacanya pasti akan memasuki syurga”





Inilah masa yang sesuai untuk kita tunjukkan kepada teman non Muslim kita, bahawa Allah itu Maha Agung, Allah yang Maha Agung itulah yang mencipta semua, Allah yang Maha Agung itu lah yang memberi rezeki kepada tiap-tiap hambanya, beriman atau tidak, dengan mewiridkan alunan nama-nama Allah, penuh rasa bangga dan takjub kepada Allah.

TETAPI malang sekali, ada yang sewaktu awal disebut pengacara majlis untuk para hadirin mengalunkan Asma ul Husna, ada yang bersuara kehairanan.

"Aik. Asma' Ul Husna?" Sambil mata tersipu-sipu memandang teman berbangsa Cina di sebelah.

Kenapa? Malu kah? Sudahnya, sepanjang alunan Asma ul Husna, tubuhnya seperti cacing kepanasan, matanya meliar ke arah teman-teman bukan Islam, bibir pula hanya buka sekadar termampu. Tak apa lah. Husnuzzon. Mungkin puasa. Letih barangkali.

Persoalannya, bagaimana kita mahu peroleh rasa hormat agama lain kepada Islam, andai umat Islam itu sendiri tidak menghormati agamanya?

"Respect yourself first to gain others' respects"


Jika kita sendiri tidak menunjukkan rasa hormat kita, rasa bangga kita, jadi mengapa mahu sibuk meraih penghormatan daripada rakan beragama lain? Usah marah kepada anak murid yang merokok andai kita sendiri merokok. Sama perihalnya dengan situasi penjara hedonisme Barat yang sedang memerangkap jiwa Muslim, anak muda terutamanya. Mengapa kita sibuk mahu mencari kesalahan Barat, menuding jari kepada mereka sedangkan dalam hal ini, lihat kembali cermin dan lepaskan marah kepada yang di dalam cermin itu. Marahkannya kerana begitu rapuh jiwanya hanyut dalam permainan musuh yang sememangnya telah tercatat dalam kalam Allah, bahawa tidak akan sekali-kali mereka berhenti sehingga umat Islam ini mengikut agama mereka. Mahu salahkan mereka lagi? Lihat cermin dahulu.

3) Sorotan Mavi Marmara


Peristiwa 31 Mei bukan satu peristiwa pencil yang boleh dilupkan begitu sahaja oleh umat Islam seluruh dunia. 31 Mei menyaksikan kapal misi keamanan Flotilla yang membawa bahan keperluan asas seperti makanan dan pakaian ke Ghaza diserang secara 'kurang ajar' oleh tentera Israel. 31 Mei bukan sebarang tarikh. Peristiwa ini sungguh meninggalkan kesan di hati saya secara personal kerana pada 17 April lepas, saya dan beberapa teman telah menghadiri Himpunan Ummah Untuk Ghaza : HIMMAH 2 yang telah diadakan di Dewan Millenium Kepala Batas. Antara yang paling menarik ketika itu adalah ucapan Saudara Norazman, Pengarah Projek LL4G, yang mengetuai misi ke Gaza, dalam ucapannya menyuntik semangat kepada para hadirin, untuk bersama-sama hayati perjuangan Muslim Palestin. Terdetik di hati ketika itu, sungguh benar-benar mahu menyertai mereka ke sana. Walhal dalam otak sudah berangan andai sudah sampai ke sana, apa yang mahu dibuat dahulu. Fikir-fikir kembali, rupanya kita ini masih terlalu lemah. Jika imannya sudah lemah, apatah lagi jasad fizikalnya. Bagaimana tidak dikatakan lemah, baru sahaja digertak sedikit dengan undang-undang dunia, sudah diam, diam hingga membenarkan yang batil melebihi haq. Belum lagi diacukan senjata di kepala kita. Apakah kita mampu bertahan dengan kekuatan aqidah yang kita miliki sekarang, andai satu hari Allah takdirkan negara kita yang aman damai sekarang ini menjadi tawanan Israel dan zionis? Mampukah kita menjadi sekuat dan setabah saudara kita di Palestin? Masih banyak yang harus kita perbetulkan. Istirja'



Kagum dengan semangat dan kekuatan dalam diri mereka. Insya Allah Ustaz Nazmi, Miss Teoh dan Encik MBO khabarnya akan menyertai angkatan seterusnya ke Palestin Ramadhan ini. Semoga Allah merahmati mereka.


...

Entry ini saya tulis sebaik sahaja tamat perhimpunan tempoh hari iaitu hampir 3 minggu lepas. Lambat benar publish nya :)





3 dah komen wuu~:

somesouls on 9:27 AM said...

Allahu Akbar! semoga terus istiqamah dalam menulis.. insyaAllah :) Penulisan yg bagus n berisi utk semua.

ellee fatal on 9:34 PM said...

matang sebelum usia =)i like hehehe

Muna 'Izzah Md Isa on 7:09 PM said...

:)


ailebiu kak fatal

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting