بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan
Assalamualaikum.
Pertama kali memula bicara selepas bergelar seorang Isteri.
:)
Hampir 2 bulan tidak tersentuh. Lama jugak :)
Gembira hati tidak terkata dengan kehidupan yang dilalui sekarang. Alhamdulillah ya Allah. syukur.
Alhamdulillah, benar seperti kata-kata orang, kahwin ni seronok. Sungguh! Jujur, saya merasa jauh lebih tenang sekarang berbanding zaman bujang dulu.
Tenang kerana tiada rasa rindu yang tidak halal. Tenang kerana punya Suami yang Soleh. Tenang kerana tiada lagi kebimbangan atau kegusaran tatkala melihat wajah tenang Suami tercinta. Alhamdulillah.
Jika mahu dihitung seberapa banyak kesyukuran yang perlu ku ungkapkan pada Allah, tiada terungkap dek jasad dan hati yang hina dina ini.
Kahwin muda memang seronok. :)
Kalau orang lain couple pergi dating, pegang tangan, entah di mana keseronokannya. Tiada yang haram itu seronok, teman.
Kan best nikah, lepas nikah nak pegang tangan depan orang tak rasa takut dan bimbang.. Dah halal.. :)
Ini Suami saya. Mahzan namanya. Orangnya tenang setenang air di laut. :)
Suami saya manusia hebat. Kata-katanya selalu menenangkan. Gelak tawanya menceriakan. Comel :)
Suami saya selalu pesan kepada saya untuk banyak bersabar. Katanya kehidupan selepas berkahwin ni dah lain, saya tak boleh samakan diri saya dengan sahabat-sahabat lain yang belum berkahwin.
Kata Suami saya lagi Isteri yang Solehah itu perlu ada hormat dan taat pada Suami. Isteri Solehah akan mendapat redha Suaminya. Ya! Redha Allah seorang Isteri terletak pada redha Suaminya!
Hari itu di Masjid Shah Alam saya menangis lagi. Tidak. Bukan kerana Suami saya. Dia tidak pernah menyakiti saya. Tapi selalunya saya, wanita yang lemah ini, tiada punya adab dengan si suami.
Maulid Al Malik bacaan anak-anak ribath benar-benar menyentak hati saya. Terkenangkan Aisyah r.a di saat menjadi Isteri Junjungan Agung. Ah, tabah benar Ummul Mukminin ini!
Saya menangis mengenangkan diri ini yang masih jauh lagi untuk mencapai tahap Isteri Solehah. Adabnya dengan Suami tiada dijaga. Allah.. Ampunkan dosa ku ya Allah!
Pesan guruku yang benar-benar menjadikan hatiku dihimpit penyesalan :
Betapa halusnya sang guru mendidik anak-anaknya. Siapa terfikir, hatta dalam alam maya juga perlu masih mengekalkan adab dengan suami.. Allah..
Tapi apa pun saya nak cakap, kahwin muda sangat seronok, sangat indah! ^___^