Sunday, December 07, 2008

Esok Raya





Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Menyayangi.
Sesungguhnya dengan kekuatan yang diberi oleh-Nya aku langsung tak tidur hari ini.
Maybe sbb over-excited edit blog [ha-ha]
Hari ini hari Ahad bersamaan 7 Dis 2008 atau 9 Zulhijjah 1949 Hijrah.
Atau lain kata, esok RAYA HAJI.
Cakap pasal raya haji, aku tak tau kat tempat korang cane sambutan dia, tapi siyes kat tempat aku bese2 je. Yang aku tau pagi2 orang dtg anto daging, dan sminggu seterusnya, tetiap ari makan lauk daging.
Tapi aku bersyukur je. Rezeki Tuhan bagi.
Oleh sebab esok raya haji, esok la aku citer sal raya haji.
Hari ini aku nak citer pasal semalam. [ye arr skang baru pkul 6.42 pg]
Semalam aku agak letih jugak la.
Pagi2 dah bangun, walaupun pkul 10 tu agak lewat, tapi kira still pagi kan.
Mak kata hari ni kita jalan. Pegi mana? Ni aku nak story la.
Pkul 11 ada kenduri kat umah Kak Ani anak Tok Selamat kat Kandang. [Kandang di sini adalah nama khas iaitu Kandang yang terletak di Melaka, berhampiran dengan Ujong Pasir]
Oleh sebab sume pon nak ikut, bilik air pon queue. Sementara tunggu alien2 ni bersiap, aku bukak la Astro Ria. Ada plak citer Rona Roni Makaroni.



Photobucket

antara alien yang dimaksudkan


Citer Rona Roni ni agak best lah. Aku yang tak baper minat drama2 Melayu skarang pon bulih ketawa ala2 kuda padi jugak. Best sebab skrip dia yang agak sempoi and SH Amani tuh sndiri. Wa tabik arr minah ne. Ada style blakon! [dia jadi budak kampung dari utara. siyes cakap loghat utara dia pekat bapak]

Lepas semua siap, kitorang seramai 8 orang termasuk makbapak, mula memenuhi kereta Honda City milik bapak aku. Korang bayangkan 5 orang di tempat duduk belakang. Kalau tak bleh bayang, agak2 je la. Memang agak melampau aksi kami tapi nak buat cam mane, redha je la. Walau berhimpit mcm ala-ala suit syiling lam tabung aku, tapi kami tetap ENJOY.

Lepas smapai umah kak ani, kitorang dengan sopan santun nya makan lah makanan yang disediakan. Sangat best masakan orang Jawa ni.
Agak-agak perut dah kenyang, getah spender longgar dh ketat [jangan tiru aksi ini]
kitorang pon blah dan terus menuju ke HOSPITAL BESAR MELAKA dengan niat yang tulus ikhlas untuk melawat Mak Long. Sian Mak Long aku sakit nape ntah. Aku tau dia sakit je.
Sampai je, Mak Long tengah tido. So tanpa membuang masa, kami terus tido sama. Acah Mak enon. Kami tengok kejap dan blah. Destinasi seterusnya ialah Masjid Al Azim. Walau apa pun, solat benda paling penting. Walau kita ada urusan yang lebih penting, [tipu, solat lebih penting woa] jangan sesekali kita tinggal solat.
Lepas solat, kami terus pegi Perodua. Sebab ari ni org Perodua cakap dah boleh ambik MYVI SE!! Gumbira tak terkata lah emak. Sebab dia kata tu kete dia. Layannnnn.

Memang cun arr choice mak. Warna Oren. Lawa duh.
Nnt aku upload gambo. Lupe.

Lepas dah settle sume urusan, mak dengan bangganya bawak balik Myvi. Sume orang lega sbb lepas ni tak payah berhimpit mcm duit syiling lagi.

Aku balik dan terus lepak.
Penat.

Wallahualam.

0 dah komen wuu~:

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting