Tuesday, March 24, 2009

Assalamualaikum, cikgu!


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

Semalam (23Mac09) bermula kehidupan baru kami (bebudak 1PISMP IPGM satu Malaysia) sebagai guru pelatih yang duduk saja kat sekolah sambil fotostat segala macam data yang tak pernah selama ini diambil tahu selama seminggu atau lebih dikenali sebagai Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS). Ada gak panggil School Based Experience (SBE). Maksud dia sama je. Kalau ada yang nasib 'baik' kena la relief kelas. Dapat pengalaman cara-cara bunuh diri kalau dapat kelas darjah satu.


Awal-awal aku dah pakat dengan angah (IPRM) nak buat PBS di SKSD iaitu sekolah aku dulu yang letaknya sebelah je dgn skolah mak aku. Senang sikit.

1st day di SKSD

Arakian maka bermulalah kehidupan ku mengumpul data di samping meronda di sekitar kawasan sekolah sambil posing2 tangkap gambar untuk PBS ni.
At first itulah the picture yang aku dapat for the whole week kat sini.
Sehari sebelum tu, ouh, sangat bersemangat saya sehingga terlupa menggosok baju kurung. Akibatnya pagi2 buta dah bangun untuk iron baju.

Tepat jam 7 pagi, 'Auni, angah dah ready dalam kereta menunggu kehadiranku yang terkedek kedek bersiap.
*Mak tak ada, so, kereta secara rasmi jadi hak milik daku*

Sampai je kat skolah, terus naik office. Angah dah senyum tersipu sipu malu tatkala terpandang wajah anak-anak di sekolah yang tersenyum senyum melihat beliau.

"Ada cikgu baru lah"
"Cikgu praktikal kot?"

Inilah antara desas desus yang sempat didengari sesampai sahaja kami di sekolah. Kempas kempis jugak la tahan nafas control macho time jalan tu.
Masuk opis je.
"Muna! Kau kat sini jugak??"
Lantas aku berpaling untuk melihat siapakah di sebalik empunya suara tu.
La. Daya Rani. (Name beliau Nor Hidayah Abd Rani.Jadi Daya Rani akibat kelambakan makluk yang bernama Hidayah). Beliau ni masih menuntut di IPGM Kampus Perempuan Melayu.
Memang dah macam perempuan Melayu habis biarpun punya iras wajah ala-ala Sammi Cheng.

Bagus gak aku fikir.
Ada member.
Dia macam rajin je.

smoke

"Jom. Kita pergi perhimpunan." Cikgu Fadhila. Beliau dan aku merupakan antara perintis SKSD. Hins.Hins. Masa aku darjah 6 dulu, beliau GPK HEM. Tapi skang up skit jadi GPK 1. Hebat.


Dah. Aku malas citer panjang. Assignment sangat banyak untuk ditaip. Ha-ha.
Ni ringkasan untuk 1st day kami menjalani PBS

  1. Kena kenal diri depan perhimpunan dan aku dengan selamba buih sabun FAB buat macam konserto terakhir Amy Search. Arh. Lantak arh janji aku dah feymes. haha.
  2. Cecikgu zaman aku dulu tggal beberapa kerat rotan je. Dah tak syok. Tapi cikgu baru2 ni best gak. Rerajin.
  3. Arh. Hari pertama sangat gila. Kami dikerah tenaga mengecat banner, mengangkat itu, mengangkat ini membuatkan pandangan ku terhadap kerjaya guru ini bukan takat mengajar. Sapa kata jadi cikgu senang. Hmpa tak kreatif, xyah berangan nak jadi cikgu. Hmpa x rajin, x yah brangan nak masuk maktab jadik cikgu. Hmpa tak sanggup berkorban masa main badminton ptg, jgn brangan nak jadi cikgu. Hmpa tak reti guna mesin fotostat, toksah mimpi nak jadi cikgu. Hmpa tak pandai mewarna, xyah berangan jadi cikgu. See. Seorang cikgu pada zaman sekarang ni serba serbi kena tau. Kalu takat nak masuk kelas, makan gaji buta, pukul 1 tepat dah start enjin kereta nak balik, lupakan je la hasrat nak jadi cikgu. Lupakan je la hasrat nak jadi cikgu kalau dah set dalam otak, kerja cikgu ni senang. *Peringatan untuk diri sendiri*
  4. Kerahan tenaga berlanjutan sampai malam. Letih tak payah citer arr. Dengan mak yang tak ada kat umah, ouh, memang sangat mencabar bagiku. Semua benda kena amik tau. baju sekolah adik2, baju abah, makanan kucing, air dah masak ke belum, baju tak sidai lagi, enjn kete x panas2, sembur ridsect sebelom tido, tengok adik2 buat homework. OMG!! Ni ke kerja mak aku tetiap hari? Sesungguhnya aku masih belum bersedia nak jadi mak. So bagi sapa2 yang dah berangan nak kahwin tapi still belajar, baru setahun dua bercinta dah plan nama anak, baik fikir masak-masak dulu. Dah ready betul ke nak galas tanggungjawab sebagai seorang mak yang bekerjaya? Dah ready betul ke nak manage rumahtangga di samping tidak menjejaskan kerjaya? Tepuk kepala, tanya akal.
MOTS : "Bila dah kerja besar, rumah besar nanti, jangan buat-buat tak kenal cikgu sekolah rendah kita kerana dengan mereka lah kita mula kenal abc, kenal apa yang ada kat dunia ni. Diorang tak ada, tak ada la anda dan jawatan anda sekarang"

wallahualam.
Salam PBS.








1 dah komen wuu~:

Anonymous said...

aku yang baca ko punye refleksi ni pon dh naik letih..
subhanallah..
huhu

dasat la kite ni..

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting