Friday, April 10, 2009

Edisi "Semua Sudah Ditetapkan!"


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan


Kepada Anis, Afiqah, Attiq dan Hana. 4 dara pingitan yang tengah ala-ala kecewa lagi.
huhu.

Allah sudah mentakdirkan (menentukan) sesuatu yang dikehendakinya.


"Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai oleh Allah dari mukmin yang lemah.
Kedua-duanya baik. Bersungguhlah melakukan perkara yang bermanfaat kepadamu.
Minta tolonglah kepada Allah dan jangan lemah.

Apabila kamu ditimpa sesuatu kesusahan, jangan berkata:
'Seandainya aku berbuat begini..dan begitu..'
tapi berkatalah: 'Allah sudah mentakdirkan (menentukan) sesuatu yang dikehendakinya'.
Sesungguhnya perkataan 'Kalau/seandainya' akan membuka pintu bagi gangguan syaitan".


*******************************************************

Oh saya sungguh sungguh memahami perasaan anda semua.
Betul kata Attiq.
Refleks balik diri kita.
Mungkin ada niat kita yang tak betul,
Yang tak mengizinkan kita untuk naik ziarah Kuala Mu yang dirindui.
sesungguhnya benar, setiap perkara yang terjadi ada hikmahnya.
Bersabarlah sahabat-sahabat ku.
Jangan berhenti dari perjuangan ini.

Quote dari Kak Lillah

"kekecewaan adalah umpama bonggol jalan, ia memperlahankan perjalanan..
tetapi ia hanya sementara.. selepas bonggol maka anda akan kembali menikmati
jalan yang rata kemudiannya.. maka usahlah anda tersekat
kerana bonggol, tekan pedal & bergeraklah ke hadapan! "

jujur saya akui, jauh di sudut hati, ya, saya agak kecewa mendengar perkhabaran ini sebentar tadi.
Tapi apakan daya. Kita hanya mampu merancang, namun semua sudah tertulis oleh Yang Maha Kuasa.
Bersabarlah wahai ruhul jihad!!




0 dah komen wuu~:

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting