بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan
Mata masih kaku merenung siling.
Dah nak pukul 2 pagi dah pun.
Bibir diketap menahan sakit yang tidak tertanggung rasanya lagi.
Astaghfirullah.
Dosa apakah yang telah ku lakukan sehingga Allah menurunkan kifarah ini padaku?
Sakit. Sungguh.
Nasi yang diorder dengan mek hanya mampu dipandang dari jauh.
Oh tinggal sisa sahaja. Nasib baik ada wan. Kalau tak dah membazir.
Dah hampir 3 hari gusi ni buat ragam. Bengkak semedang. Dengan ulser yang naik bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Cewah. Masalahnya cendawan tuh nikmat yang agak sedap. Tapi... ni lah kifarah untuk diri ini yang mungkin terlalu leka dan lalai sambil bergelak ketawa dengan banyak nya. Astaghfirullah Ya Allah. Maafkan hambamu ini Ya tuhan ku. :(
Siling yang kosong semakin kabur. Jam sudah di set. 6.00 pagi. OK!. Tidur.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Bising nya kat luar.
Terpisat-pisat diri ini membuka mata.
Allah. Awat terang pelik ni? Tangan digagau mencari handphone.
6:56!! Subhanallah.
Lajak sungguh. Hebat kesan paracetamol 2 biji + pil tahan sakit + antibiotik + ulser = subuh gajah!!
Mala digerak tanpa belas kasihan. huhu. Ampun kan ku. Kepala ni masih berat. Kalau ikut kepala, tidur terus tak ingat kelas dah.
Tapi.
Sungguh. Hati dan kaki ini mengikut kata kepala yang berat. Selesai sahaja Subuh. [nasib baik sempat niat puasa semalam]. Keberatan kepala tak dapat ditahan. Malah menjadi semain berat tatkala mendengar kata-kata hikmah ini
"En Rosdi tak ada hari ni. Lepas perhimpunan memang tak ada lect masuk la"
Oh. terima kasih Tuhan kerana memahami diri ini.
-----------------------------------------------------------------------------------------------
Sejak akhir-akhir ni, entah kenapa macam-macam benda datang mengganggu hati ini.
Susah rupanya nak bermujahadah.
Kadang-kadang terlepas sedikit keluhan sebagai penzahiran rasa di hati ini.
Astaghfirullah.
Kenapa aku tak dapat apa yang aku idamkan?
Kenapa aku diuji?
Kenapa ujian seberat ini?
Apa yang harus aku lakukan?
---------------------------------------------------------------------------------------------
Hati ini makin tenang dipujuk ayat-ayat cinta ini.
Pujuk lah dirimu dengan ayat-ayat Al Quran.
Sesungguhnya segala jawapan tentang persoalan hatimu terkumpul di dalam nya.
Gusi masih membengkak. Namun bibir dan hati ini memanjat kesyukuran ke atas MU atas segala nikmat yang telah dikurniakan. Sesungguhnya KAU maha Memberi. Subhanallah.
p/s: Ada pihak sembang 'kemaih' nak mengaburi mata kita semua. Jaga-jagalah.

J : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
Al Baqarah : 216
Kenapa aku diuji?
J : "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, "Kami telah beriman sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"
Al-Ankabut : 2-3
Kenapa ujian seberat ini?
J : "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"
Al Baqarah : 286
Apa yang harus aku lakukan?
J : "Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi kesukaran dalam mengerjakan perkara2 kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan, dan bersedialah (dengan kekuatan pertahan di daerah2 sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)"
Ali Imran : 200
---------------------------------------------------------------------------------------------
Hati ini makin tenang dipujuk ayat-ayat cinta ini.
Pujuk lah dirimu dengan ayat-ayat Al Quran.
Sesungguhnya segala jawapan tentang persoalan hatimu terkumpul di dalam nya.
Gusi masih membengkak. Namun bibir dan hati ini memanjat kesyukuran ke atas MU atas segala nikmat yang telah dikurniakan. Sesungguhnya KAU maha Memberi. Subhanallah.
p/s: Ada pihak sembang 'kemaih' nak mengaburi mata kita semua. Jaga-jagalah.
0 dah komen wuu~:
Post a Comment