Khabar dari Balar : Yala Terbalik!
http://lydecker86.wordpress.com/
Maklum, minggu lepas, serombongan rakan-rakan seperjuangan melakukan ekspedisi ke Pos Balar sekali lagi. Kali ini disertai 12 orang lelaki sahaja, dan 4 buah 4×4(kami warga UIAM tidak dapat untuk bersama-sama memandangkan final exam sudah hampir).
[Untuk cerita perjalanan kami ke Pos Balar tahun lepas sila klik sini]
Diantara kenalan yang turut sama termasuklah Encik Shamsul (ABIM), Ustaz Razlan (ABIM), Ustaz Wahab (UMMAHAID), Cikgu Hashim (IQ), Jundu (UMMAHAID) dan adiknya. Lain-lain tidak dikenali.
Bertolak Jumaat, janjinya mahu keluar dari sana seminggu kemudian, juga hari Jumaat. Pada hari Jumaat, saya cuba menghubungi Jundu. Gagal. Dalam hati, debarnya hanya Allah yang tahu. Minta dipermudahkan perjalanan mereka, semoga tiada apa yang berlaku.
Masuk hari Sabtu, ketika Malaysia bergelap (kah?) semasa Earth Hour, saya menerima satu SMS dari Jundu. Dia mahu mengirim MMS kepada saya. Sangkaan saya dia mahu memperlihatkan saya keadaan Pos Balar dan perjalanan yang dilalui.
Namun tiga MMS yang masuk amat memeranjatkan saya. Gambar Yala kesayangan ramai terbalik, berasap dan sudah tidak berbumbung. Innalillah!
Menggigil tangan saya, lalu bertanyakan khabarnya dan Ustaz. Alhamdulillah, hanya cedera ringan sahaja. Namun mereka juga dibekalkan kecekalan hati dan tidak trauma dengan apa yang berlaku. Alhamdulillah..
Pada hari Isnin malam yang lalu, sempat bertemu Ustaz Razlan, adik Jundu dan Jundu sendiri di rumah Ustaz Razlan.
Sesampainya dirumah Ustaz Razlan, beliau memanggil saya. Sangkaannya saya belum mengetahui keadaan Yala. Lalu Ustaz memberitau,”Raihan, kami ditimpa musibah ketika disana’” Saya tersenyum pahit, mengangguk, dan mengkhabarkan saya sudah dimaklumkan dan sudah melihat gambar-gambar itu. Jundu terhincut-hincut berjalan menghampiri kami. Agak besar luka yang dialaminya di kaki. Lalu ustaz mula ceritakan satu persatu khabar dari sana.
Agak teruk perjalanan, seperti yang dijangka, kerana saya juga pernah kesana pada tahun lepas, dan berdoa agar dipermudahkan untuk kesana lagi. Terasa hati terikat untuk membantu mereka yang berada disana. Terlalu!
Kata Ustaz lagi, Dakoh mempunyai potensi untuk menjadi sebuah perkampungan Islam yang baik. Mungkin akan ditumpu disana nanti.
Berdoalah yang terbaik dan dipermudahkan mereka. Lagi berita di sini
p/s: Walaupun mereka sudah keluar pada hari Sabtu, khabarnya mereka masuk kembali pada Ahad untuk mengambil Yala. Yala dibawa pulang, untuk dibaiki mungkin, Yala belum mati!
Ketika belajar memandu Yala di Kg Susu
: Bukan mudah menghadapi situasi ini. Dulu pernah sekali Pajero yang kami naiki terbabas dan masuk kedalam longkang, tapi itu pun dijalan raya. Sakit bukan kepalang, kerana terhentak.. Namun, alhamdulillah kereta masih boleh berjalan walau pintu tidak boleh dibuka. Tapi ini, bukan setakat kekuatan fizikal, mental juga harus kuat. Tapi, mereka tidak akan mengalah!
Ya Allah, kurniakan hatiku sekuat dan setabah mereka!
***********************************************************************************
Yala!!!~ huk3
0 dah komen wuu~:
Post a Comment