Wednesday, April 01, 2009

KOT dan Zina Hati?


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

“Tetiap tahun orang yang sama yang masuk KOT ni. Bayangkan kalau diorang tak ada”

Ouh.Saya sekadar melirikkan senyuman tawar.

Pagi yang nyaman dan redup. Cuaca yang sangat sempurna untuk Kejohanan Olahraga Tahunan (KOT) di IPGM Kampus Tuanku Bainun. Penganjur patut bersyukur dengan cuaca kali ni. Tidak hujan. Agak panas di penghujung dan mereka patut menggunakan cuaca yang sempurna ini sebaik baiknya. Malas nak dikupas panjang memandangkan empunya diri pun tidak menyumbang apa2 untuk KOT kali ni. hehe


“Apa benda zina hati ni?”

Ween tiba-tiba mencetuskan persoalan yang mungkin dah lama jadi pekasam dalam benak fikirannya tatkala kami menjalankan rutin kami setiap kali KOT berlangsung – acara duduk paling lama bawah khemah.

Agak menarik persoalan Ween tu. Di tangannya terselit sekeping buku yang saya kira sangat menarik sekali !!! [penggunaan tatabahasa yang kucar kacir di sini].




"Aku Terima Nikahnya by Ustaz Hasrizal Abdul Jamil" atau lebih senang dikenali sebagai Abu Saif

Buku yang menyentuh tentang percintaan, perkahwinan dan segala yang berkaitan dengannya yang dicoretkan berdasarkan pengalaman sendiri Ustaz Hasrizal dan bagaimana beliau mula berkenalan dengan rusuk kirinya, Nazihatul Muna atau Ummu Saif sungguh2 buat saya teruja dengan isu yang disentuh mengenai trend budak2 muda sekarang bercinta -- sms itu sudah pasti, gayut sana gayut sini, kluaq dating tak ingat maghrib tengah malam baru nak balik, solat memang abis la-- Isu ini yang dipandang sebelah mata dan mungkin tutup habis dua2 mata, saja buat tak nampak sedangkan smua dah bsaq pnjang tau mana baik mana buruk, mana dosa mana pahala, mana hak dan mana batil!! [di samping saya sangat teruja mengetahui nama sebenar Ummu Saif juga Muna] :)

Kita tinggalkan di sini tentang buku ini kerana saya juga baru sahaja sempat menyentuhnya tanpa mengkhataminya.

Ok.Zina Hati ye.

"Dalam hal couple pula, biasanya zina hati ini berlaku apabila seseorang yang lalai daripada mengingati Allah. Sebaliknya, dia lebih mengingati seorang hamba yang dia minati atau suka.

Maksudnya di sini, apabila kita selalu berangan-angan atau terbayang-bayang akan seseorang yang berlainan jantina kerana tertarik hati kepadanya sehingga boleh menundukkan diri kita kepada nafsu syahwat, itulah dinamakan zina hati.

Adapun harus ingat, zina hati ini bukanlah bermakna sama tarafnya dengan perbuatan berzina, tetapi ini untuk melambangkan perkara ini seakan-akan kita mendekatkan diri kepada perkara-perkara yang boleh membawa kepada zina.."

Sumber : Halaqah.Net


Mudah bukan.

Jika dihayati setiap bait definisi zina hati yang sebenar -- Subhanallah. [berdarah hidung lagik]

Saya akui, saya sendiri manusia biasa yang pernah dan masih melakukan dosa dan kesilapan yang kadang-kadang kita sendiri tak sedar akan hal tersebut. Lebih malang ada yang menyedari akan dirinya sedang melakukan dosa itu, namun tetap "berjihad" untuk meneruskannya.

Sebentar tadi Ustaz Hafiz Nordin [NYDP PUMPP] menjadi ahli panel untuk forum yang diadakan di maktab tersayang ini berkenaan "Serangan Liberal dalam Islam" [betulkah tajuknya.hentam larh] ada mengatakan.

"Dalam dunia ni ada dua sabar. Satu. Sabar untuk tidak melakukan maksiat. Kedua. Sabar berbuat ibadat"

Ketahuilah sahabat-sahabat sekalian. Biar kita terasa susah mengawal nafsu di dunia agar senang di akhirat kelak. Insya Allah.

Sedikit menyentuh tentang isi di dalam buku garapan Al Fadhil ustaz Hasrizal. Saya sangat2 tertarik dengan satu kata beliau [so far yang saya sempat baca]

"Bahawa setiap sentuhan tanganmu ke atas kulit pasangan yang kamu ghairahkan itu...ada api yang akan merentungkannya..Rentung yang tidak mati, tetapi rentung yang mengekalkan derita dan seksa.

Sebelum kamu sentuh seorang perempuan yang kamu angkat sebagai bidadari hidupmu itu tanpa ikatan yang sah, fikirkan kembali sakitnya ibu perempuan itu mengeluarkannya dari perut bersabung nyawa. Sanggup merisikokan mati, demi melahirkan seorang anak perepmuan yang suci, dan hari ini kamu muncul tiba-tiba, mahu mencemarkan perempuan itu???"

Couple.Kena la pegang tangan. Baru romantik. Nanti tak pegang tangan, jatuhlah sayang saya nih. Nanti kalau tak pegang tangan, macam mana ayang saya nak melintas jalan. Ok. Cukup untuk dimuntah hijaukan. Sakit mata, bhai. And sorry. Tak ada sedikit ruang pun untuk timbul perasaan cemburu melihat "kebahagiaan" mereka "berjihad" dalam zina.

"Macam mana kalau perempuan tu sendiri yang offer diri dia? Walaupun lelaki tu baik macam Hakim kan, tapi perempuan tu yang gatal lebih? Macam mana tu?" Azie secara tiba-tiba menzahirkan persoalan dalam otak gelong beliau.

Begini.

Sesungguhnya fitrah bagi wanita itu dilahirkan bersifat manja, lemah lembut yang mana bisa menggetarkan hati si mujahidin walaupun hanya dengan sekilas pandang, belum dengaq sora lagi, aduhai manja sungguh la ish!~

Menjadi kewajipan bagi seseorang muslimah itu untuk menjaga auratnya dari dilihat si ajnabi itu, apatah lagi untuk disentuh. Di sini lah pentingnya bagaimana keperibadian muslimah itu sendiri dibentuk sejak kecil melalui keluarga dan peringkat2 yang seterusnya.



Sahabat-sahabatku. Ketahuilah jika benar dia yang kamu 'aim' itu merupakan jodohmu, bersabarlah, semuanya telah tercatat di Loh Mahfuz, hanya tinggal masa yang bakal menentukan hidupmu. "Jangan terlalu tergesa-gesa dan jangan terlalu bertangguh".

Jujur diakui, diri saya sendiri masih berbolak balik tentang soal ini. Soal jodoh, cinta adalah soal yang melibatkan hati -- satu satunya kelemahan saya. Hati ini masih seperti remaja lain namun maafkan aku wahai hatiku, jarang sekali aku melayan kehendakmu. Sebab aku tahu, sekiranya kehendakmu itu ku turuti akan musnahlah "Harapan yang Mulia" ini. Perempuan. Segalanya bermula dari hati. Jadi jangan sesekali kita biarkan hati ini menguasai diri kita, menguasai minda kita, dan yang paling penting usah biarkan hati menguasai iman kita.

Seseorang pernah berkata kepada saya

"Biarlah cinta itu datang dari akal, bukan hati, kerana sesungguhnya jika datang dari hati akan mati lah ia, dan sekiranya datang dari akal, cinta itu akan dipandu oleh-Nya"

(lebih kurang macam ni lah bunyik dia)

*******************************************************************

KOT 2009 menyaksikan sekali lagi buat kali keberapa ratus aku taktau rumah Bestari menyandang juara keseluruhan. Hebat rumahku walaupun tiada sumbangan kuberikan kepada rumah itu. lantak lah tahun ada 3 lagi KOT.


p/s: Sungguh teruja melihat barisan panel Forum yang terdiri dari kalangan mereka yang hebat.Oh tidak lupa akh moderator dikenali ramai, Akh 'Izzat Anwari! Akan diupdate.

dan tahniah kepada Zati (PJ) dan Kali (PJ) yang berjaya melayakkan diri menjadi Olahragawan dan Olahragawati untuk tahun ni. Tahniah!!~


Wallahualam.Hingga bertemu lagi.Thanks to azie yang bagi pinjam broadband.

0 dah komen wuu~:

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting