بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan
-----------------------------------------------------------------------------------------------
12:22 a.m
27 April 2009.
Beep! Handphone buruk ini menerima satu mesej.
Siapa la pulak hantar mesej tengah2 malam ni. Detik hati bermonolog sendiri.
"Muna. Maaf lambat bagitau. Atok *** baru meninggal pukul 8 lebih tadi"
Pengirim : A (ya, nama sebenar).
Diam.
Masih dalam keadaan terkejut. Bukan terkejut mendapat perkhabaran itu, tapi terkejut melihat nama si pengirim (terpaksa dirahsiakan demi keselamatan diri). Haish. Tidak mengapa lah. Kisah lama, mengapa perlu diingat semula.
Ketahuilah, diri ini tidak menyimpan dendam pada sesiapa pun, tak kisah lah siapa pun yang bersalah, hamba atau kalian. Kita punya fitrah yang sama, punya agama yang sama, punya Tuhan yang satu. Jadi, saya bukan sesiapa untuk tidak memohon maaf mahupun memaafkan kalian kerana kita punya DIA yang lebih agung dari apa saja yang diciptakannya. Subhanallah. Dan sesungguhnya orang yang mempunyai hati yang paling mulia adalah orang yang memaafkan kesalahan orang lain. *saya nak jadi orang itu! nak sangat!!*
Innalillah. Jauh fikiran menerawang. Al Fatihah untuk arwah. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan dimasukkan ke dalam golongan al Mukminin. Amin~~
Ok. Back to work, Muna.
Cut.Paste.Trim.Rotate sana.Rotate sini.Stroke sikit.Ok.Almost done.
Tinggal nak letak gambar konvo.
Due date esok. Hurm. Mintak-mintak kak Ana and yang lain puas hati. Ye, kak ana ye. :)
Seronok jugak kerja bawah biro penerbitan ini. Oh. Faktor serasi itu sebenarnya yang memudahkan segala kerja ni. Minat. Biro penerbitan sudah tentu perlukan penggunaan kamera yang banyak, design itu, design ni, oh saya sangat seronok buat kerja ni!
Pernah satu ketika kudrat hamba yang dhaif ini diperlukan (kah?) untuk menghasilkan satu video dokumentasi merekodkan aktiviti sepanjang bulan Ramadhan di maktab tercinta. Biarpun diri ini sekadar AJK bagi biro lain, tapi bak kata orang "pucuk dicita ulam mendatang makan ulam petang-petang" huhu. (tambahan di akhir ayat harap dihiraukan).
Diri ini punya ilmu sekadar secubit roti (apakah?), biarpun sekadar secubit, tapi tetap punya rasa yang sama ibarat sekeping roti. Insya Allah.
Di sebalik keterujaan itu sebenarnya lahir satu rasa gundah gulana setiap kali diminta menghasilkan video/iklan/poster/ apa sahaja yang berkaitan. Satu rasa yang tak mungkin dapat dielakkan sejak dulu lagi sebenarnya. Saya mengaku saya seorang yang perfectionist, bukan saya megah dengan akuan ini cuma sekadar penzahiran rasa di kalbu.
Baik buruk seorang perfectionist?
Jika dilihat dari sudut positif, seorang perfectionist itu punya kekuatan untuk memimpin 'team' nya mencapai matlamat yang ditetapkan. Hanya kejayaan yang berada dalam mindanya. Setiap perancangan dirancang dengan teliti dan dipandang dari segala aspek.
Namun seorang yang memiliki sifat perfectionist ni kadang kala punya sifat yang "clumsy" yang terjadi apabila "I can't start my project until I know the 'right' way to do it."... Menunggu sehingga benar-benar jumpa 'point' atau titik yang dicari untuk memulakan suatu kerja. Dan apabila titik permulaan itu sudah dijumpa, dah terlalu lewat untuk menghasilkan satu kerja yang 'perfect!' Bila jadi mcm tu, mula lah tension, terutama bila membandingkan kerja sendiri dengan kerja orang lain!
Sejujurnya saya akui diri ini punya sifat sebegitu. Saya perasan akan hal 'cari titik permulaan' ni apabila diminta untuk bercakap di hadapan. Untuk presentation atau apa sahaja. Terutama bercakap tentang perkara yang berkaitan dengan fakta atau speaking! Saya terlalu mencari titik permulaan sehingga mencacatkan pengucapan saya apabila senyap begitu sahaja. Takut untuk buat salah. Pernah mencuba untuk main redah, namun tetap tergagap gagap kerana apa yang keluar dari mulut bukan apa yang ingin disampaikan. Saya bukan seorang yang spontaneous!! Akibatnya, saya dilihat sebagai tidak bersedia dan tidak yakin dengan diri sendiri. *malu oh*
Namun saya sedar keinginan menjadi sempurna dalam diri ini tidak lagi mencapai tahap kritikal sehingga menyusahkan orang lain yang bekerja bersama-sama, menjadi seorang yang menjengkelkan. hehe. Alhamdulillah. Syukur kerana setakat ini, saya punya team work yang sangat mantap dan komited dalam kerja.
Pada asalnya entry saya kali ini adalah untuk berkenalan dengan "usrah". Entah macam mana boleh sembang pasal ni pulak. hehe.
Nantikan laporan Mengejar Pelangi di Darul Ummah pada entry akan datang.
"Amalkan 5 Perkara Penawar Hati ini"
1) Berdamping dengan orang-orang soleh
2) Membaca Al-Qur'an
3) Banyakkan berpuasa
4) Bangunkan malam mu dengan Qiamullail
5) Bermunajat kepada Allah S.W.T

"Hidup lah dengan memberi sebanyak-banyak nya bukan untuk menerima sebanyak banyaknya"
Nantikan laporan Mengejar Pelangi di Darul Ummah pada entry akan datang.
0 dah komen wuu~:
Post a Comment