Friday, May 29, 2009

Mus'ab 'Umair


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan



Dalam menceritakan tentang Sa'ad bin Muadz dan bagaimana beliau memeluk Islam. Al Habib Afif ada menyentuh sedikit mengenai Mus'ab Bin 'Umair, yang saya sekadar tahu bahawa beliau ialah sahabat nabi yang punya paras rupa paling tampan dan merupakan utusan Rasulullah S.A.W ke Madinah.

Pulang ke bilik segera meng'google' mencari siapakah gerangan Mus'ab bin 'Umair ini.
Banyak nye!
Ternyata tidak sukar mencari malumat mengenai sahabat Rasulullah yang satu ini. Namun harus berhati hati dalam memilih information - dari manakah sumbernya, boleh dipercayaikah, banding bezakan dengan maklumat yang lain untuk mendapatkan kesahihan kisah yang sebenar benarnya. Jangan sesekali terus mempercayai kisah atau maklumat yang terhidang depan mata semata mata kita menganggap sumber itu adalah benar. Inilah antara punca kepada pelbagai kesilapan maklumat yang kerap kali berlaku yang menyebabkan pemesongan maklumat dan pengakhirannya wujud masyarakat yang belajar secara membabi buta.

Berbalik kepada Mus'ab bin 'Umair.

Membaca kisahnya membuatkan diri ini rasa kecil, hina sekali jika hendak dibandingkan dengan nya. Mata mula bergenang. Hebatnya seorang Mus'ab itu sehinggakan sanggup meninggalkan segala kemewahan dan kesenangan hidup, malahan ibu yang disayanginya demi cinta nya kepada Allah dan Rasul.

Mus'ab merupakan anak golongan bangsawan yang hidupnya mewah, makannya enak, tidurnya selesa, pakainya mahal. Dikasihi ibu lebih daripada saudaranya yang lain. Ketampanannya digilai para wanita. Sempurna. Kehidupannya sangat sempurna.

Kala bibir mengucapkan kalimah syahadah, hati mengimani Tuhan yang Esa, kasih ibu bertukar marah, menjadi benci. Jasadnya kian lemah akibat didera hari demi hari oleh ibu tersayang. Namun tiada gentar di hatinya, tiada lemah di jiwanya, tiada kurang kecintaannya kepada Allah dan Rasul. Islam tetap di hatinya.

Segala kemewahan ditinggalkan. Zuhud. Demi Islam yang syumul. Makannya tidak terurus. Tubuhnya kurus namun keimanannya tetap pada Yang Kuasa. Kala si ibu mempertaruhkan nyawanya demi melihat anaknya kembali kepada agama yang asal, sedikit pun si anak tidak berganjak daripada keputusannya.

Dengarlah jawapan Mus’ab kepada ibunya: “Andaikata ibu mempunyai seratus nyawa sekalipun, dan nyawa ibu keluar satu demi satu, nescaya saya tetap tidak akan meninggalkan Islam sama sekali”.

Maka terbuanglah dirinya. Menjadi hamba demi mencari rezeki.

Kata-kata Rasulullah mengenai Mus’ab sering disebut-sebut oleh sahabat:

“Segala puji bagi bagi Allah yang telah menukar dunia dengan penduduknya. Sesungguhnya dahulu saya melihat Mus’ab seorang pemuda yang hidup mewah di tengah-tengah ayah bondanya yang kaya raya. Kemudian dia meninggalkan itu semua kerana cinta kepada Allah dan Rasul-Nya”.

Subhanallah. Alangkah indahnya jika kita mencontohi Mus'ab!! :(

Ditugaskan berdakwah di Madinah. Pemuda dakwah yang tak kenal erti susah dan penat. Mengislamkan puluhan penduduk Madinah berkat kesabarannya dalam berjuang.
"Sewaktu berlaku peperangan Uhud, Mus’ab ditugaskan memegang bendera-bendera Islam. Peringkat kedua peperangan telah menyebabkan kekalahan di pihak tentera Muslimin. Tetapi Mus’ab tetap tidak berganjak dari tempatnya dan menyeru: Muhammad adalah Rasul, dan sebelumnya telah banyak diutuskan rasul.

Ketika itu, seorang tentera berkuda Quraisy, Ibn Qamiah menyerbu ke arah Mus’ab dan menetak tangan kanannya yang memegang bendera Islam. Mus’ab menyambut bendera itu dengan tangan kirinya sambil mengulang-ulang laungan tadi. Laungan itu menyebabkan Ibn Qamiah bertambah marah dan menetak tangan kirinya pula. Mus’ab terus menyambut dan memeluk bendera itu dengan kedua-dua lengannya yang kudung. Akhirnya Ibn Qamiah menikamnya dengan tombak. Maka gugurlah Mus’ab sebagai syuhada’ Uhud.

Al-Rum, Amir ibn Rabiah dan Suwaibit ibn Sad telah berusaha mendapatkan bendera tersebut daripada jatuh ke bumi. Al- Rum telah berjaya merebutnya dan menyaksikan sendiri syahidnya Mus’ab. Al- Rum tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat kesyahidan abangnya. Tangisannya memenuhi sekitar bukit Uhud. Ketika hendak dikafankan, tidak ada kain yang mencukupi untuk menutup jenazahnya. Keadaan itu menyebabkan Rasulullah tidak dapat menahan kesedihan hingga bercucuran air mata baginda."

Hebatnya!!! :( :(

----------------------------------------------------------------------------------------------

Saya mempunyai seorang Mus'ab 'Umair.
Baru berusia 14 tahun. Tubuhnya kecil, wajahnya comel. Nama diinspirasikan berdasarkan kisah sahabat nabi - pemuda dakwah terhebat - Mus'ab bin 'Umair.

Mampukah Mus'ab kami menjadi sehebat Mus'ab b 'Umair?
Mampukah kami menyerapkan roh Mus'ab b 'Umair ke dalam rohnya?
Mampukah kami berdiri sebaris berjuang seperti Mus'ab dan sahabat lain?
Alangkah indahnya jika kami mampu meMu'sabkan Mus'ab kami!!





Mus'ab 'Umair Md Isa... Mujahid masa depan.. Insya Allah



Si Ibu : Ateh, solat ape yang ateh buat, yang 2 rakaat lepas maghrib tu?
Si anak : Solat dhuha laaa....


Aduhai adik ku.....





2 dah komen wuu~:

Azie on 11:34 PM said...

ait kak muna!!

lillah أم هريرة on 1:52 AM said...

nama ank buah akk pun mus'ab...

moga ank2 ini akn mjadi ank2 yg soleh yg bkl mmbwa panji2 Islam..

amin~~

:D

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting