Thursday, June 04, 2009

Aku Laut


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan



"Tiket bas kamu jam 11.30 mlm dari Sg Nibong ye, dari SP tak ada...."
Khabar dari abang nije memang dah ku ramal sejak awal.

Esok nak balik, hari ni baru cari tiket....memang tak ada lah jawabnye.
But seriously i dont really mind from where or when i'll be departure home. Asalkan boleh balik!!

-Habis kem di Merbok, ikut survey tempat di Titi Hayun, Yan untuk next ASAK. Depa makan durian. Hantar mms kat azie ngan attiq yang dah nak naik bas. Oh. Padan muka azie. hahah.
-Singgah rumah Pak Aziz. Suspek denggi katanya.
-Hantar Kak Yus di Masjid Jamiul Badawi di Kepala Batas. Hebat masjid tu! AGJ terus balik Penang.
-Hantar Qiela & Ayie ke Butterworth. Oh dah jadi Penang Sentral ala2 Melaka Sentral jugak la.
-Melepak di rumah kak Fatin di Sg Nibong sementara menunggu jam 11.30 malam bersama kak Muni dan Rubi.
-Kak Fatin bagi pinjam buku Keadilan Ilahi by Buya HAMKA.
-Pekena Radix Ais sebelum naik bas.

Finally. Naik juga bas menuju ke kampung halaman yang sangat lah dirndui.

Tika melintasi jambatan Pulau Pinang yang dalam proses pelebaran itu, laut ditatap penuh makna.
Alam ciptaan Allah yang satu ini sungguh mengasyikkan jika dihayati. Biarpun dalam kesamaran malam, arusnya tetap begitu. Tenang di atas, buas di dasar.


Luar Tenang, Dalam Buas.

Tiada apa yang menenangkan hati melainkan menatap dan berfikir tentang ciptaan Allah. Subhanallah. Cantiknya. Indah sungguh. Di samping mensyukuri nikmat yang dikurniakan, secara tak langsung iman dalam diri kita dapat ditingkatkan dengan menikmati ciptaan Allah. Laut, pantai, hutan, flora fauna, dan banyak lagi ciptaan Nya diciptakan punya sebab yang tersendiri. Setiap satunya punya manfaat tersendiri - ada yang dapat diterokai manusia, dan banyak lagi yang di luar pengetahuan manusia.

Rumah saya agak berhampiran dengan laut. Namun saya bukanlah dilahirkan sebagai anak pesisir seperti sahabat Laskar Bintang - Laskar Pelangi.



Kerap kali Jeti Anjung Batu, Serkam menjadi tempat diri ini melepaskan keluhan dari permasalahan yang tak pernah surut. Bebanan masalah-masalah dunia seolah olah hilang bersama ombak yang lalu - laju semacam.

Tenang! Itu yang saya rasa bila mengadap laut. Bunyinya mendamaikan... Ahhh.. Bestnya..

Namun setiap kali mencari ketenangan di pantai, sering sahaja satu persoalan ini bermain main di minda.

Tenangnya permukaan laut..
Apakah di dalamnya juga tenang sebegini?

Biarpun jawapannya kita tahu adalah tidak.. Masakan dasar laut tenang begitu.. Namun saya masih menganggap ia nya satu misteri yang saya tak dapat rungkaikan.

Entahlah. Untuk menzahirkan melalui penulisan amatlah sukar bimbang tidak dingertikan dengan pengertian yang sepatutnya. Oh. Biarlah misteri itu sekadar di minda empunya diri seorang.

Apakah aku seperti laut?
Luarnya nampak tenang, tapi di dalamnya hanya Allah yang tahu.

Apakah aku seperti itu?







0 dah komen wuu~:

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting