Dzul Khairi sifatkan Pas kuku besi, cadang Dewan Ulama' dibubar
Kuala Lumpur 11 Jun 07:46 a.m
| Memberi respon berkenaan usul pengharaman pertubuhan Sister In Islam (SIS) dalam muktamar Parti Islam Se Malaysia (Pas) baru-baru ini, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se Malaysia (GAMIS), Dzul Khairi Mohd Noor menyifatkan tindakan parti politik itu sebagai ‘kuku besi’.
“Saya tak bersetuju jika Pas ingin mengharamkan SIS (Sister In Islam), ia menghalang kebebasan bersuara tentunya, namun itu bukan faktor utama. Faktor utama, saya melihat Pas telah menunjukkan mereka sebagai Parti menghukum bukan gerakan dakwah, kedua, Pas menunjukkan ciri-ciri masih belum bersedia untuk memimpin. Apabila mereka tidak mampu menghalang SIS, mereka membuat resolusi mengharamkan, ini ‘kuku besi’,” respon beliau.
Usul pengharaman Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berteraskan hak asasi wanita Islam berkenaan yang mendapat respon hangat terutamanya dari pemimpin Pakatan Rakyat yang lain juga di persoal oleh pemimpin anak muda tersebut berkenaan status dan peranan Dewan Ulama parti politik berkenaan yang diketuai oleh Dato’ Harun Taib*.
“Ketiga, usul ini menunjukkan Pas sebagai ‘extreme party‘. Orang non-muslim akan takut dengan Islam jika begini. Ke empat, saya lihat Pas belum lahirkan group dakwah yang mampu berhujah dengan baik, maka di mana peranan dewan ulama jika begitu?,”respon beliau lagi.
Kelmarin, Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM) melalui sayap mahasiswinya iaitu Biro Hal Ehwal Wanita (HELWA) dengan terbuka menyatakan kesediaan dalam menawarkan pentas bagi Pas dan Sister in Islam untuk berdebat, namun Dzul Khairi ada pandangan yang lain.
“Saya juga cabar MPMUM (Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya), jangan hanya sediakan medan untuk berdebat, tapi anda sendiri yang harus sedia untuk berdebat, malah MPMUM nampak takut-takut untuk memberikan pandangan mereka terhadap perkara ini,”ujar beliau.
Dzul Khairi juga menerangkan kepada media dengan lebih jelas berkenaan pendiriannya terhadap Dewan Ulama parti politik tersebut, malah mencadangkan agar sayap parti tersebut dibubarkan.
“Saya juga cadang agar dihapuskan Dewan Ulama dalam Pas, ini sebab pada pandangan saya, itu bukan Dewan Ulama. Adakah ulama hanya yang belajar agama sedangkan ayat 27-28 surah Al Fathir mengatakan sebaliknya. Dewan ulama harus diubah kepada dewan dakwah atau yang seerti dengannya. Maka dewan dakwah inilah yang akan berhujjah dengan SIS dengan penuh kasih sayang, bukannya benci dan haram mengharam, jika muktamar dan mentaliti Pas masih begini, akhirnya cita-cita mursyidul am mereka untuk melihat Islam terserlah tidak akan menjadi realiti. Maka saya mendesak agar Pas menarik balik balik usul tersebut” jelas beliau panjang.
Terdahulu, Sabtu lalu, Muktamar PAS menerima usul bagi mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan menyiasat SIS dan mengharamkannya jika benar siasatan mendapati NGO itu mengancam akidah umat Islam.
Usul itu juga mendesak kerajaan menjalankan program pemulihan ke atas ahli-ahli SIS jika didapati sah melencong daripada agama. Selain itu setakat ini lebih 322 NGO dan individu telah menyatakan kekesalan dan bantahan mereka berkenaan usul parti politik tersebut.-mahasiswakini
------------------
Respon orang ramai :
Respon 1 : "maaf saudara dzul..bukan ke usul tuh daripada muslimat pas shah alam ke???bahkan ydp shah alam sendiri, yb khalid samad dalam forum hujah menyatakan, pengharaman itu bersyarat dengan meminta pihak mufti @ jabatan2 agama menyemak status dan latar belakang persatuan itu….jika benar menyeleweng, bubarkan ia…
saya bukan kate bersetuju dengan mengharamkan, cuma rasenye, ada fakta yang tak bape nak setuju….dan memang sepatutnya bukan itu caranye penyelesaian pas…bawakan mereka ke pentas, berdebat..dari situ org boleh menilai…dan yakinlah, mereka ini semua (Islam Liberal) takut nak berdepan dengan kebenaran…"
Respon 2 : "kenapa nak sokong SIS..kumpulan yg desak agar pembahagian harta wasiat sama rata lelaki dan prempuan dan menuntut hak agar mereka juga boleh kahwin lebih dari 1…hingga ustaz ridhuan tee sendiri, penceramah yang hebat di Malaysia ini sangat2 benci dengan pertubuhan ini dan rela berdebat dengan mereka bila2 masa demi menegakkan Islam yang sebenar menurut Al-Quran dan As-Sunnah bukan munurut akal ssemata-mata dan hawa nafsu…fikir2kan para sahabat"
Respon 3 : tahniah ust atas kelantangan dan membuat keputusan yang berani. gerakan mahasiswa yang lain seharusnya mencontohi GAMIS. kita tidak seharusnya rigid dgn ‘godfather’ kita, KARISMA=JIM, PKPIM=ABIM, GAMIS=PAS. Dalam hal ini saya rasa GAMIS telah mendahului gerakan yang lain.
Respon 4 : "
Salam semua…
saya bersetuju dengan pandangan ust dzul mengenai istilah menghukum dalam isu SIS ini. Kita gunakan dulu saluran yang ada terutamanya majlis fatwa untuk menyelesaikan isu ini. Seperti saranan mufti perak baru2 ini sedikit sebanyak telah membuka ruang kepada penyelesaiana isu ini. istilah mengharamkam akan dimanipulasi oleh media dengan memberi bermacam label kepada pas. Cuma,dewan ulama tidak perlu diubah namanya akan tetapi peranan yang dimainkan perlu diperkasakan. Tapi dakwah pun ada peringkat2nya juga…kalau cara ini tidak memberi kesan maka Islam ada kaedah lain yang boleh diguna pakai.
Wallahua’lam..sekadar pandangan."
Respon 5 : "
Ya, bersetuju dengan api.pertubuhan kemasyarakatan haruslah diteruskan, selagi dapat melaksanakan dasarnya berasaskan syariah dan lunas-lunas Islam.
Beginilah, SIS perlu mencapai titik persefahaman dengan apa yang dibawa oleh PAS. Lepas ni, boleh terus bernaung di bawah pertubuhan PAS.
Islam tidak menolak kamu selagi kamu tidak menolak Islam.
Tapi, adakah pasti SIS akan berkompromi dengan kita? Tidak. , selagi mereka tidak memahami Islam.
Apa tidak cukupkah selama ini PAS buat roadshow dan ceramah2 tentang pembawaan dan dasar sebenar SIS dalam masyarakat kita ini??
maka, nak harapkan pas buat sekali lagi??Ya. masih belum cukup. kerana itu masih ramai lagi yang kabur dan tidak boleh terima pengharaman SIS.
Selagi masih ada anak2 muda yang mengetahui dan bertenaga , yang sudi menyebarkannya, maka tertanggunglah ke atas mereka"
dan banyak lagi...
Respon saya :
saya : orang kapiaq dok gelak sakan tengok orang Islam bertekak sama2 depa sbb isu ni. Inilah agenda sebenar kapiaq ni. Kumpul satu grup tino konon2 pejuang wanita Islam, kecohkan satu isu : hak wanita, pastuh kesan dia boleh nampak dah la ni. Orang2 Islam yang bijak pandai, ulama2, bila satu pihak buat cadangan nak hapuskan golongan tino ni, macam macam pulak halnya. Ekstrimis la, ape bagai nye lagi. Hmpa brtekak sma hmpa, org kapiaq gelak.. Sapa menang? Haish....