Tuesday, June 23, 2009

"Kau Tak Comel.."


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan


"Kau tak comel."
Blurp. Tersedak mendengar 3 perkataan yang terkeluar daripada mulut Attiq itu.

"Kenapa pulak?"

"Kau tak ingat benda-benda kecil. Kau tak perasan hal-hal kecil." Selamba dia menutur. Senyum tersungging di bibirnya.

"Itu definisi comel bagi kau?" sengaja menduganya.

"Ahah."

Pelik sungguh definisi "comel" bagi sahabat saya yang sorang ni. Biasanya orang mendefinisikan comel ini adalah dari segi rupa fizikal seseorang, sifatnya, kata-katanya.. Tapi yang ni...

"Apa benar aku tak "comel"?

"Ahah. Aku dah cakap dah semalam, hari ni kau tanya balik."

"Oh."

Saya baru tersedar. Pandangan saya terhadap sesuatu atau seseorang bukanlah sekadar pandangan zahiriah maka juga pada pendengaran saya terhadap sesuatu yang diperkatakan. Anda boleh kata saya pekak (kadang-kadang) atau tidak prihatin, cumanya telinga saya hanya tertancap pada kata atau perkataan yang sedang bermain di fikiran saya atau apa sahaja mungkin yang bukan termasuk dalam perkara-perkara remeh seperti hal-hal cinta kalian, atau baju apa si polan pakai hari ni, atau di mana kedai char koey teow paling sedap, atau siapa couple yang kalian jumpa sedang sakan dating, atau si polan ni sudah bertukar couple atau.. ahh.. Maaf, saya tak berminat. Buang masa.

"Kotor betul toilet sini. Kulat belakang pintu dahsyat betul. Sink dia bertahi lalat." Rungut si teman sebilik.

Hah.

"Aku tak perasan pun...."

"Takkan kau tak perasan?" tanya seorang lagi teman kehairanan.

"Entah. Tak belek pulak aku kulat-kulat apa bagai semua tu.."

"Kau memang.."

....

Apakah aku begitu tak "comel" sehingga terlepas pandang segala-gala perkara "remeh" (bagiku) yang berlaku setiap hari di sekeliling aku?

Aduh... Betapa tak "comelnya" aku...





suarahati : tapi jangan pula sangka saya tak ambil peduli bermakna saya tak tau. Saya punya pandangan sendiri tentang sesuatu atau seseorang atau apa sahaja, cuma tidak dizahirkan melalui lisan :)))












5 dah komen wuu~:

attiq yg snts comel n manis ^_^ said...

hua hua hua.muna msh lagi x comey.sbb mengikut deinisi kecomelan yg aku buat.muna masih blom cukup comel. ha ha ha.

setelah brainstoming yg aku dan cik x comel (muna) dilakukan selama beberapa detik dekat ruangan chatting ym.berkaitan dgn isu "comel".bagi sesiapa yg ingin mengetahui definisi comel mengikut otak muna.adalah spt berikut.

"sorang yang sbenarnya ada fikrah. cuma dia tak menzahirkan melalui cara normal.maksud aku seseorang yang tak normal luarannya tapi dalamannya sebenarnya dia seorang yang hebat, matang dan seorang pemikir.itu lah dia.comel bagi aku."
riwayat muna 'izzah md isa

hahaha..
anda comel??
ada peluang la tu..

akakakaka~

Muna 'Izzah Md Isa on 9:08 PM said...

apa perlu meng'quote' kata-kata ku. Teda kelulusan hak cipta terpelihara.

haha.

fine.

aku tau aku x 'comel' pada kau.

'comel' pelik.

haha.

tak payah susah2 mendefinisikan comel itu. lihat sahaja ahmad, hudaibi, ridhwan - apa tak cukup comel kah mereka?

haha.

susah-susah aje.

ouh tapi apakah wujud si comel mengikut definisi saya?

;P

Zarpeno on 10:42 PM said...

saya jugak yang comel sebenaqnya

cikawin on 10:13 AM said...

hehe..comel itu subjektif..x perlu di definisikan, cuma dengarlah suara hati masing2..hehe..
jom, akak dah rindu adik2 comel di D.U.. akak plan nak q wiken ni sbb nak pi ESQ (as alumni je) kat dewan milenium, kalu bleh nak singgah D.U..ade yg nak join x? contact hp akak ye? muna ade no hp akak..
:)
salam comel..

attiq said...

adek2 darul ummah mmg snts comel !!

muna x bley la nak lawan kecomelan depa.

hakhakhak

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting