Friday, June 05, 2009

Salahudin Ayubi - Penakluk Jerusalem


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan


Tangan menggaru garu kepala yang tak gatal..

"Aduh..macam mana ni?"

Dua buku di tangan dibelek sekali lagi.. Penuh penghayatan.. Pilihan perlu dibuat..

Mata meliar ke arah buku-buku yang tersusun di rak. Manusia lalu lalang tidak dihiraukan. Sudah hampir 2 jam berdiri di rak yang satu itu..

Tangan sebelah kanan memegang buku "Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain" manakala tangan sebelah kiri memegang "Salahadun Ayubi - Penakluk Jerusalem". Dua-dua dalam list. Aduhai...

Tiba tiba handphone di poket seluar berbunyi nyaring... Mak!

"Akak kat mana?"
"Dok kat MPH lagi..."
"Cepat sikit... Mak nak beli barang dah ni.."
"Ok..Ok..Coming.."

Kata putus dibuat. Bismillah. Minta minta ada rezeki lagi nak beli buku lain.
"Benarkah Iskandar Bukan Zulqarnain" diletak kembali di tempat asal. Nanti ada duit lebih akan ku ambil juga kau..





Ternyata pilihan saya kali ini sangat tepat! 1 word. Puas!

Salahadun Bin Ayubi - Penakluk Jerusalem.

Buku yang digarap oleh Abdul Latip Talib ini disampaikan dengan penuh santai dalam betuk cerita - novel berdasarkan rujukan dan kajian mengenai Sultan Salahudin bin Ayubi, seorang pemerintah yang berjiwa kental, bijak dan sangat tinggi ilmu agamanya.

Menceritakan kisah hidup Salahudin bin Ayubi - latar belakang keluarganya, pendidikan, bagaimana beliau mula dikenali sebagai pahlawan Islam agung, dan bagaimana beliau menghadapi serangan dari pihak tentera Salib.

Salahudin bin Ayubi yang sejak kecilnya dididik dengan ilmu agama dan juga diajar ilmu perang oleh bapa saudaranya, Asadudin pada mulanya tidak langsung menunjukkan tanda-tanda kehebatan yang bakal tiba. Beliau dididik seperti pemuda Kurdis yang lain. Apabila meningkat dewasa, beliau menjadi pemuda yang cekap menunggang kuda lalu menyertai tentera berkuda Sultan Aleppo.

Bintangnya mula bersinar terang setelah berpindah ke Mesir. Pada awalnya beliau amat berat hati untuk meninggalkan Kota Aleppo namun setelah dipujuk atas nama "panggilan jihad" - beliau bersetuju untuk berpindah ke Mesir. Sejak itu, sedikit demi sedikit namanya mula meniti di bibir pemerintah-pemerintah mahupun musuh-musuh Islam.

Tiada apa yang paling digemarinya ketika berbual atau berbincang dengan rakan-rakannya kecuali tentang jihad. Mulut dan hatinya tidak pernah berehat daripada memikirkan tentang jihad dan bagaimana mahu menawan semula Baitul Maqdis - yang tika itu sudah 80 tahun ditakluk oleh tentera Salib.

Ibnu Shaddad -"Di medan perang, Salahudin kelihatan seperti seorang ibu yang kehilangan anaknya. Beliau kelihatan sentiasa berada di atas kudanya bergerak dari penjuru medan perang ke satu penjuru yang lain sambil menyeru tenteranya berjuang kerana Allah. Sepanjang berlangsungnya peperangan, Salahudin sentiasa berpuasa pada siang hari walaupun beliau demam sehingga doktor peribadinya menyuruhnya berbuka"

Salahudin bin Ayubi menjadikan Rasulullah sebagai contoh dan idolanya dalam peperangan. Setiap langkah Rasulullah menangani musuh dijadikan panduan dan dengan izin Allah beliau sentiasa berjaya dalam peperangan melawan tentera Salib.

Terdapat satu peristiwa dicatatkan dalam buku ini ketika Salahudin dan tenteranya sedang menggempur Baniyas - yang menjadi kubu pertahanan tentera Salib. Kemenangan berpihak kepada Salahudin bin Ayubi dan tenteranya biarpun mereka menentang pegawai tertinggi tentera Salib, pembesar-pembesar dan Raja-Raja Eropah.

"Kita akan beroleh kemenangan apabila berperang mengikut cara Rasulullah," kata Salahudin bin Ayubi dengan gembira.

Tawanan perang disoal siasat.

"Kami dikerahkan oleh gereja-gereja dari wilayah-wilayah Ramlah, Thabariah, Qasthalan dan Yafa. Di kalangan kami ada kerabat diraja, jaguh-jaguh dan pahlawan yang mewakili setiap daerah. Sejak kecil kami dilatih menjadi pahlawan," kata salah seorang daripada mereka.

"Jadi, mengapa saudara menyerah kalah?" tanya Salahudin bin Ayubi.

"Kami melihat sesuatu yang menkjubkan dan menakutkan."

"Apa dia?"

"Ketika pertempuran berlaku, kami melihat beribu tentera berpakaian jubah putih menunggang kuda di udara sambil beteriak Allahuakbar! Itu yang menakutkan kami. Siapa mereka itu?"

Salahudin bin Ayubi menjawab sambil tersenyum. "Itulah malaikat yang dihantar oleh Tuhan bagi membantu kami mengalahkan kamu."


Allahuakbar!! Hebatnya Kuasa Allah.

Baitul Maqdis berjaya ditawan tentera Islam pada 15 Oktober 1187 tanpa pertumpahan darah. Nama Salahudin bin Ayubi terus masyhur. Beliau memerintah dari Mesir ke Yaman. Meninggal dunia pada Mac 1193 bersamaan 27 Safar 598 Hijrah.

---------------------------------------------------------------------------------------------


Jika Salahudin bin Ayubi melihat keadaan Palestin yang pernah dirampasnya daripada tentera Salib satu masa dahulu - yang kini sentiasa bergolak, menangislah dia.

Jika Salahudin bin Ayubi melihat perpecahan antara pemimpin Islam seluruh dunia sekarang - yang dahulunya diusahakan penuh gigih oleh beliau - akan menangis kecewalah dia.

Jika Salahudin bin Ayubi melihat betapa rasuah menjadi amalan biasa antara pemimpin Islam sekarang - yang pernah dicegahnya dengan keras satu masa dahulu -- akan menangis lah dia.

Jika Salahudin bin Ayubi melihat betapa pemuda-pemuda Islam sekarang sungguh asyik dengan dunia mereka - jauh berbeza dengan pemuda pemudi Islam dahulu yang sanggup menawarkan diri untuk dijadikan umpan musuh Islam atas kecintaan kepada Allah dan berimpikan mati syahid --- keringlah air mata Salahudin bin Ayubi....

Apakah akan mucul lagi Salahudin bin Ayubi dari kalangan manusia zaman sekarang?
Di manakah boleh dicari Salahudin bin Ayubi pada zaman sekarang??

Mungkinkah anda bakal menggantikan Salahudin bin Ayubi ?

---------------------------------------------------------------------------------------


p/s:Selamat Hari Lahir buat bonda tersayang yang ke 49.
p/s:Semoga Yie cepat sembuh. Laskar Bintang dan ibu2 mendoakan kesihatan beliau.
p/s lagi : Selamat Hari Alam sekitar Sedunia!!










0 dah komen wuu~:

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting