Monday, July 06, 2009

Muktamar Pertama Ikatan Kerohanian JPP


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.” – Surah As-Saff, ayat 3..


Kekok rasanya tangan untuk mula bermain di papan kekunci ini. Lama sungguh rasanya meninggalkan blog ini bersawang. Pengajaran : Jangan tangguh pembayaran bil broadband anda. Sekian.

.....

4 Julai 2009. Peluang menyertai Muktamar Pertama Ikatan Kerohanian JPP IPGM Zon Utara sememangnya meniup kembali semarak perjuangan yang kian ditenggelami arus kesibukan bergelar seorang pelajar di IPT. Masakan tidak, laungan takbir yang bergema di Dewan Za'ba IPGM KAMDAR (nama baru) seakan akan satu panggilan jihad ke medan qital untuk kembali menyambung rantai perjuangan pejuang terdahulu untuk menegakkan fikrah Islam syumuliyyah di bumi Allah ini.. Meremang bulu tengkuk dibuatnya...

Walaupun dalam buku program dan surat menyebut Program Interaksi JPP Kerohanian Zon Utara, saya lebih suka menyebut sebagai Muktamar Pertama Ikatan Kerohanian. Macam ada roh... :))

Memetik kata-kata Ustaz Md Razhi bin Lebai Man (IPDA), seharusnya seorang da'ie itu tidak menyisihkan ideologi mereka yang berbeza fikrah dengannya. Ustaz juga berpesan supaya setiap program yang dijalankan seeloknya tidak bersifat 'eksklusif' yang dihadiri oleh kelompok golongan sasaran yang sama. Dakwah itu banyak cabangnya dan tidak pernah tertakluk pada satu-satu method sahaja, maka harapannya agar selepas ini, program yang bakal dijalankan lebih terbuka dan tidak 'one way'. "Balik-balik muka yang sama yang ikut program... Macam mana dengan yang lain?" Ada benar kata-katanya itu. Diharap selepas ini pihak yang berkenaan mengambil serius akan hal ini.

Duduk berdiskusi bersama golongan-golongan hebat ini membuatkan diri berasa kecil, kerdil dan betapa kurangnya ilmu di dada. Hebat. Perkataan paling tepat menggambarkan baraan semarak perjuangan yang terzahir di mata setiap yang hadir.

Visi : "Menegakkan fikrah Islam syumuliyyah di alam kampus bagi melahirkan guru-guru yang mampu menyebarkan Islam yang sebenar ke tengah-tengah masyarakat melalui usaha pengislahan yang berterusan"

Terlalu banyak input yang diterima, tak terzahir di sini. Berminat untuk tahu apa input-input tersebut, mungkin lebih seronok jika saya bercerita sendiri kepada kalian. :)))

Saya meletakkan harapan yang cukup tinggi dengan tertubuhnya Ikatan Kerohanian ini. Penggerak dakwah di 5 buah IPGM yang terlibat ini haruslah bijak menggunakan platform yang tersedia di hadapan mata dengan tidak lagi sekadar mengeluh di belakang melihat 'bi'ah' di IPGm masing-masing. Laluan sudah tersedia, saf semakin kukuh, idea semakin berkembang, apa lagi yang kita perlukan??? Hentikan beralasan, sesungguhnya orang yang beralasan itu adalah orang yang penakut!









1 dah komen wuu~:

attiq said...

aku sgt suka visi yg diilhamkan.

"Menegakkan fikrah Islam syumuliyyah di alam kampus bagi melahirkan guru-guru yang mampu menyebarkan Islam yang sebenar ke tengah-tengah masyarakat melalui usaha pengislahan yang berterusan"

boleh buat visi hdp tu woo.

sgt harap penggerak dakwah IPGM KTB yg p muktamar ni.SEDAR dan BANGKIT !!

tenaga anda sgt diperlukan.

ya ayyuha Syabab!!
aina antum???

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting