بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan
Niat hati tak nak lah dihebahkan di blog ini bahawa tuannya sedang tidak sihat, kecil hati pula nanti terus-terusan biarkannya tak djaga :))
Satu hari saya ceria bertegur sapa sahabat-sahabat sepanjang jalan ke kelas,
Satu hari saya aktif melompat sana-sini bermain bola jaring,
Satu hari saya cergas terkejar-kejar ke dewan bila sampai waktu bertugas untuk fotografi,
Satu hari saya boleh bergelak ketawa menyiapkan BBM yang hampir siap itu,
Satu hari saya gembira dapat ketemu mujahid-mujahid saya di Darul Ummah,
dan satu hari saya masih mampu menghadap laptop sepanjang hari mengedit gambar dan video,
tetapi Sesungguhnya Allah itu Maha Kuasa,
dengan sekelip mata Dia bisa merubah hari-hari saya..
Pagi itu saya terlantar tidak bermaya,
Nafas saya kian pendek,
Dapat saya rasakan penyakit semasa kecil saya menyerang kembali,
Jantung saya berdegup laju daripada normal,
Suhu badan terus-terus meningkat..
Ini kali kedua dalam tempoh tiga minggu saya diserang demam panas. Yang peliknya, waktu nak balik kampung demam ni mai.. Mehnah..Mehnah.. :)
Demam kali ni agak teruk dari sebelumnya. Dan biar apa pun kata doktor, saya yakin hanya satu puncanya. Teman sebilik mengatakan saya mengalami tekanan dalam kerja. Masakan tidak, 3 kerja last minute saya perlu siapkan dalam tempoh kurang dari dua hari. Kerja yang saya rasa agak mustahil untuk disiapkan dalam tempoh seminggu jika diikut jadualnya. Pengajaran untuk saya : Saya tidak akan terlibat dalam teater lagi. Maafkan saya, kali ni setuju atau tidak, saya tidak boleh berkhidmat lagi untuk kelab teater. Tenaga baru dan muka baru bukan tiada, jika perlukan software atau tutorial untuk suntingan video, silakan berjumpa saya. Saya bukan si bakhil kedekut berkongsi ilmu yang bukan hak saya.
Saya masih mencari tahap kemampuan diri saya, dan keputusannya, saya telah 'overused' kemampuan diri saya, seterusnya memberi tekanan kepada saya terutamanya mental dan rohani saya yang kemudian memberi impak yang bukan sedikit pada kesihatan saya. Saya kadang-kadang lupa pada pesan seorang sahabat akibat terlalu ghairah ingin menghasilkan yang terbaik
"Kita jadi yang terbaik ikut kemampuan, bu!"
Dan kini.. Saya rasa berdosa pada diri saya, mengabaikan kesihatan, makanan untuk hati saya dalam mengejar perkara lain. Saya lupa bahawa jika kita sentiasa dekat dengan Nya, Dia akan sentiasa bersama kita.. Astaghfirullah.. Pengajaran lagi untuk diri ini.
...
dan demi untuk tidak memenuhkan chatbox dengan nama saya seorang, biar saja saya reply mesej kalian di sini..hehe
k.azie: nape x singgah kat umah k.zie, dah dekat dah
k.azie: k.zie pn dok kat singkir jgak
k.azie: area tu, tmpat k.zie main kecik2 dulu
k.azie: len kali klu p, singgah yer kat umah k.zie
muna : la.. awt x gtau awal2 kak zie? kak zie kata kak zie balik kg 13 hb.. mna la kmi nak taw.. xpa.. xpa.. nnti kta mai lagi, bawak rombongan trus.. eheheh.. :P
azhar: thank izzah for the totorial tu,saya buat jugak satu..hmm..
muna : :) sama-sama kita berkongsi ilmu dari Allah ni.. kalau nak tanya apa2 lagi, silakan, jgn malu jgn segan..
attiq: syafakillah ukhti muna..riso ana.enti ni asyik sakit jah!..
muna : ish..jgn riso.. sakit ni menghapuskan dosa kcil.. ana ptut brsyukur skit bgini.. kurg2 dpt sucikan hati sbelum ramadhan.. :)
zarepan: salam munaku.sudahlama tidak ketemu.hehe
muna : ya udah.. kamu yg menyepi.. naik cuti abes praktikum dh kan? chantek.. nk tgok skit muka cikgu tak ikhlas praktikum..hohoho
rasa cam jawab surat pminat plak.. hehe. dah.dah prasan.
suarahati : sedang menunggu azie sampai mc. eh bus kol 4.30 skarang baru 3.51. tidur dulu makan ubat. azie dah smpai nanti kejut.
cam melampau je..

1 dah komen wuu~:
Semoga cepat sembuh. Ameen
Post a Comment