بسم الله الرحمن الرحيم
Fenomena Seni, Perspektif Kita, The Simpons Movie dan Twillight.Kenapa dengan 4 rancangan ni? Tak ada apa yang menarik. Cuma 4 rancangan ini yang baru saya tonton. Sementelahan saya bukanlah 'penonton' setia kotak beracun bernama televisyen itu, maka agak menarik untuk bercerita kisah saya yang menonton televisyen ini. (shadap muna padahal bosan tak boleh terawih)
Saya tergelak besar menonton Fenomena Seni baru-baru ini di RTM 1 yang dihoskan oleh Rosyam Nor. Tajuk yang dibincangkan malam itu ialah 'Topeng-topeng' dan ahli panelnya pula ialah Liyana Jasmay, Iqram Dinzly dan Zubir (wartawan BH). Tak pasti pula tajuk yang dibincangkan apakah sebenarnya punya kaitan dengan kisah Ustaz yang tu menikah baru. Wallahualam.
Apa yang saya gelakkan walhal rancangan ini bukanlah seperti Famili Ceria? Saya simpati. Simpati dengan mereka yang bergelar artis. Melenting betul Liyana Jasmay bila ada seorang 'caller' menghentam teruk golongan artis ni terutama artis perempuan yang kononnya lebih bermuka-muka bila berhadapan dengan masyarakat luar. Dakwa si pemanggil lagi, artis ni kurang pengetahuan, sama ada pengetahuan am atau pengetahuan asas itu sendiri. Nasihatnya hanya satu - artis perlu lebih banyak membaca. Dan reaksi si artis wanita yang menjadi panel itu yang paling saya hairankan, yang membuat saya tergelak besar. Beliau melenting penuh emosi mempertahankan golongan artis yang didakwa lemah dari segi intelektualnya. Katanya bukan semua artis begitu, jangan pula masyarakat pukul rata mengatakan semua artis adalah sama.
Hai lah.. entah beliau sedar atau tidak, cara beliau menerima kritikan itu sendiri sebenarnya mengiyakan dakwaan si pemanggil itu yang mewakili 'peminat' kononnya. Tanpa disedari dalam mempertahankan benang yang basah, dia sendiri merendam benang itu! Sungguh kasihan melihat si 'penghibur' terus hidup dalam dunia kebahagiaan palsu bergelar hedonisme ini - lantang bersuara mengkritik masyarakat yang kononnya tak support industri sendiri - tanpa mereka sedari watak tertawan mereka terserlah dengan kelantangan mereka. Saya terhibur.
Perspektif Kita - Awani. Saya memang tertunggu-tunggu rancangan ini. Ok bukan. Saya tertekan Awani sebenarnya. Dan oh lihat topiknya dan oh lihat lagi siapa panelnya! 5 saat. Ok habis. Topik pada malam itu ialah "sindrom Burung Kakak Tua" dan tentunya ahli panel yang saya nantikan di kaca tv - Wan Ahmad Fayhsal (Rausyanfikir) dan juga ada Prof Dr Abu Hasan Hasbullah. entah bila saya nak berhenti mengagumi beliau. Tapi sayang saya sekadar dapat menonton rancangan ini separuh jalan sahaja. (takpe muna. Astro suka main ulang2. Lagi2 bila nak raya)
Sindrom Burung Kakak Tua dalam kalangan mahasiswa. Tak banyak yang saya dapat olah tentang perbincangan mereka kerana sudah separuh jalan waktu saya (ok.saya dah cakap tadi) Dan saya terfikir, apakah saya juga menjadi kakak tua (dalam konteks mahasiswa)? Apa yang sebenarnya berlaku dengan sistem pendidikan kita? Mengapa boleh lahirnya pelajar burung kakak tua ini? Hanya satu jawapannya - Minda Tertawan (Captive Mind).
DR Abu Hasan Hasbullah ada berkata - sistem pendidikan negara kita mengasuh pelajar belajar secara objektif, bukan subjektif. Maksudnya di sini pelajar kita terdidik dengan sistem pendidikan yang menekankan pentingnya A dalam mencorak masa depan pelajar, pentingnya peperiksaan dalam menentukan cita-cita si pelajar. Apabila kita terdidik sebegitu, minda dan fikiran kita seakan-akan terperangkap dengan permainan sistem pendidikan kita sendiri. Minda dan pemikiran kita secara tak langsung dikawal dan sepertinya untuk kita 'think out of the box' adalah satu perkara yang mustahil untuk dilakukan.
Sebagai contoh, trend soalan bocor kala menjelangnya peperiksaan. Tanya saja mana-mana pelajar bila peperiksaan kian hampir, apakah perkara yang paling mereka idamkan kala itu? Tak lain tak bukan - soalan ramalan dan lagi seronok kalau dapat terus soalan bocor. Dan mengapa ia seakan-akan menjadi trend terutama dalam kalangan mahasiswa kita? Kerana kita terdidik untuk berfikir secara objektif, bukan subjektif!
"Kami tak boleh jawab soalan la encik, satu pun ramalan tak kena!" "Alhamdulillah.. Kalau tak ada soalan bocor, berpeluh gak nak jawab!"
Maka tak hairanlah jika ada yang menggelar mahasiswa kita mahasiswa burung kakak tua! Dan bagaimana untuk menyelesaikan masalah minda tertawan ini? Berfikir di luar kotak atau Think Out Of The Box. Bagaimana? Fikir :)
Saya suka untuk rujuk sini jika saya bosan dengan dunia :))
The Simpsons Movie.
Dah berpuluh kali rasanya saya ulang tonton movie ni. Tak pernah bosan dengan mereka dan mesej yang mereka sampaikan. Siapa kata mereka teruk? (oh ye memang teruk terutama Homer) Tapi banyak sebenarnya mesej yang terkandung dalam filem ni. Antaranya :
1) Sayangi bumi. Jangan buang sampah dalam sungai. Ok sangat obvious di sini. 2) Jangan penting diri sendiri macam Homer.
3) Hargai mereka di sekeliling anda. Saya selalu ingat pesan seorang rakan saya.. "Sometimes we always took things for granted. Appreciate them"
4) Politik itu kotor.
5) Jangan bela babi.
Ok. Last sekali macam tak ada kaitan. Tapi takpe. Ambil je pengajaran ni.
Twillight? Tiada yang menarik. Saya cuma suka kristen stewart. Sekian.
Macam annoying je nak cakap edward cullen tu gorgeous sedangkan memang betul tapi tak payah, nanti macam gedik.
suarahati : Happy birthday to my Syamsul Izwan, Ahmad Faiz Malik Siful Azan, Afif Nuruddin dan Elee-Perasan-Muda. Just happy birthday. hehe.
suarajiwa : Tahniah untuk Cikgu Fatimah - selamat menikah. Tahniah juga Izzat dapat abah baru.
suaraperut : lapar.
5 dah komen wuu~:
kat mana2 tempat mesti ada peluang ( lubang adik dia keluaq )
erm, nak cakap gak.. yes, he is gorgeous..haha~
zarep : ye..yeyeh.. tawu xpe.. tapi cam x logik je leh kuar2 mcm tuh..hahahk
kak raihan : eheheh.malu nak cakap. tapi memang dead-gorgeous-gila-sampai-rasa-macam-nak-jadi-bella lah edward cullen tuh..heheh...
erk, yes, pernah cakap kat kakak akak, nak cari suami vampire, leh bawak naik pokok.. dia balas, ambik ja orang asli yang dok panjat pokok petai.. hampes..
btw, lagik menambah gorgeous dia tu, leh bawak 4x4. Perasan tak tyme dia pergi main besbal tu, wuwu.. 4x4 dia pun cam cun je..
"pernah cakap kat kakak akak, nak cari suami vampire, leh bawak naik pokok.. dia balas, ambik ja orang asli yang dok panjat pokok petai.. hampes.."
haha..sumpah kelakar.
^_^
yeyeh..perasan sgt.. bygkan edward cullen msuk kg bawak 4x4..ugh.. most gorgeous vampire ever alive.heheh
akak dh baca new moon kan? jacob ada balik ek nti? die kacau bella ek? x sbr tggu film dy siap..
Post a Comment