بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan
Saya sudah mengerti mengapa bulan ini menjadi bulan yang dinanti-nanti.1 Ramadhan 1430 H
Alhamdulillah masih sempat mengecap nikmat Ramadhan lagi untuk kali ni.. :))
Waktu kecil dahulu, zaman gila kumpul duit raya, saya menyambut Ramadhan dengan dua perasaan berbeza. Satu, lemahnya nak kena puasa~ Masakan tidak, sebulan perlu mengikat perut. Kedua, tak sabarnya nak raya!~ Syawal lebih dinanti berbanding Ramadhan. Kami adik beradik berlumba siapa boleh kumpul duit raya paling banyak. Dan biasanya saya yang paling sedikit. Malas nak berjalan.
Tapi sekarang saya lebih mengerti erti 'merindui' Ramadhan itu. Dahulu saya tak faham mengapa orang merindui Ramadhan.. Kenapa mesti merindui bulan ini? Pelik. Tapi kini saya sendiri ternanti-nanti bulan ini.
Kelmarin sewaktu pulang daripada menghantar Azie ke Melaka Sentral, beberapa kali saya terpaksa memperlahankan kereta kala tiba di hadapan mana-mana masjid untuk memberi laluan kepada mereka yang ingin melintas jalan menuju ke masjid. Saya rasa sebak.. Sebak mengenangkan saya terlepas terawih pertama Ramadhan kali ni.. Hampir-hampir air mata ini menitis..

Ramadhan ini bulan 'pembersihan'.
Inilah masanya untuk kita membersihkan hati-hati kita yang selama ini mungkin penuh dengan titik-titik hitam yang menjadi punca kepada kelemahan iman kita. Inilah detiknya kita mengukuhkan keimanan kita kepada Nya, dengan mendidik nafsu kita dari segala jenis maksiat, banyakkan beribadat kepada Nya, zikrullah menjadi makanan sehari-harian..
Jika sebelum ini kita mensibukkan diri kita mengejar dunia, menjadi hamba kerja, apa salahnya sebulan ini kita kembali kepada fitrah kita, menghuni dalam dunia 'abid, memperbanyakkan tuaian kita untuk di sana kelak..
Insya Allah kita akan sentiasa merindui Ramadhan Kareem ini...
............
Ujian itu Tarbiyyah. Lebih-lebih lagi jika diuji dalam bulan Ramadhan ini.
Muhammad Yusoff (8/19/2009 7:04:03 PM): salam...kak muna pa habaq
anum isa (8/19/2009 7:04:19 PM): wsalam...alhamdulillah..sihat jaa...
anum isa (8/19/2009 7:04:24 PM): abang sihat?
Muhammad Yusoff (8/19/2009 7:04:35 PM): alhamdulillah....
Muhammad Yusoff (8/19/2009 7:05:10 PM): kak muna abg nak cita ckit....
anum isa (8/19/2009 7:05:20 PM): ya...awatnya?
Muhammad Yusoff (8/19/2009 7:05:34 PM): baba baru smpi balik msia pagi isnin Muhammad Yusoff (8/19/2009 7:06:12 PM): smpi tu ok ja..tp tghari baba start demam,batuk n selsema
anum isa (8/19/2009 7:06:22 PM): ahah...lepas tu?
Muhammad Yusoff (8/19/2009 7:06:48 PM): baba pi check..kena tahan..kuarantin..
Muhammad Yusoff (8/19/2009 7:07:10 PM): tak sat baba habaq..doktor sahkan baba positif h1n1...
Muhammad Yusoff (8/19/2009 7:07:32 PM): kesiaaan mama...menangis...
anum isa (8/19/2009 7:07:47 PM): astaghfirullah...
Muhammad Yusoff (8/19/2009 7:07:58 PM): ni baba dok ym ngan mama kat sebelah abang
anum isa (8/19/2009 7:08:04 PM): pastu la ni ada di sini ka?
Muhammad Yusoff (8/19/2009 7:08:25 PM): kat mesir
Muhammad Yusoff (8/19/2009 7:08:52 PM): kak muna tolong doakan baba
anum isa (8/19/2009 7:09:36 PM): baba ada di mesir?
Muhammad Yusoff (8/19/2009 7:09:50 PM): baba habaq doktor kata kena dok dlm pemerhatian depa 5 hari..
anum isa (8/19/2009 7:10:00 PM): insya Allah abang doa banyak2 la naa.. Muhammad Yusoff (8/19/2009 7:10:09 PM): kalau depa tak puas hati,tambah lagi 5 hari
anum isa (8/19/2009 7:10:22 PM): dah nak puasa.. insya Allah doa banyak2 untuk baba
Muhammad Yusoff (8/19/2009 7:10:27 PM): kesian baba sambut ramadan kat hospital
anum isa (8/19/2009 7:10:43 PM): nnt kak muna habaq kat mak ndak n smua.. kami doakan yg terbaik ntuk baba..
Muhammad Yusoff (8/19/2009 7:11:06 PM): ok kak muna..mama kim slam. Muhammad Yusoff (8/19/2009 7:11:25 PM): kirim salam pada adik beradik semua. anum isa (8/19/2009 7:11:39 PM): ok..kim salam mama jugak...mintak mama sbaq laa banyak2.. Tuhan nak uji dekat2 nak posa ni...
Semoga ujian ini lebih mendekatkan kita kepada Nya.. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui.. Syafakallah, pakcik (Syeikh Yusoff Ahmad) yang kini dikuarantin di hospital di bumi Anbiya' itu.. Kami sentiasa mendoakan kalian di sana.. Semoga hati-hati kita sentiasa berjumpa..
Selamat berpuasa...
0 dah komen wuu~:
Post a Comment