Thursday, December 10, 2009

Apabila Cuti Bukan Sekadar Cuti


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

"Program? Tak pe lah. Cuti ni je waktu aku bersama family. Lepas cuti nanti pergi program balik." Ahmad ketawa riang. Gembira benar hatinya mungkin.

"Nak pergi mana lagi ni? Tak puas-puas ke program. Sekarang ni cuti, buat lah cara cuti" Marah si ayah bila anak perempuannya meminta kebenaran untuk menyertai program semasa cuti.

....

Bila sahaja cuti menjelma, saya akan kembali dalam dilema. Runsing memikirkan program sepanjang cuti dan juga masa bersama keluarga. Biasanya saya akan tersepit antara dua pilihan ini dan biasanya juga keluarga akan menjadi pilihan. Ya, kadang-kadang hati saya memberontak. Bukan ini yang saya mahu, bukan di sini tempat saya, bukan ini tugas saya dan macam-macam lagi. Sedaya upaya saya cuba untuk menerima segalanya sebagai ketentuan. Allah tetapkan saya di sini, jadi tiada alasan sebenarnya untuk saya berhenti berjuang.

"Kalau jihad kami di kuala mu, jihad kau di rumah. Dengan adik beradik kau" Keras nada Attiq meyakinkan saya.

Dalam Fiqh Al Awlawiyat antara dua suruhan yang saling bertembung. Seperti dalam hadis yang diriwayatkan,

Seorang sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam berjalan-jalan di satu lembah dan ternampak sebuah mata air yang indah sehingga mengkagumkan dia. Dia berkata: “Andainya aku mengasingkan diri dari manusia (uzlah) dan tinggal di lembah ini, akan tetapi aku tidak akan melakukannya melainkan setelah meminta izin daripada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.” Hajatnya ini dikhabarkannya kepada Rasulullah lalu baginda menjawab:


لاَ تَفْعَلْ فَإِنَّ مُقَامَ أَحَدِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ أَفْضَلُ مِنْ صَلاَتِهِ فِي بَيْتِهِ سَبْعِينَ عَامًا. أَلاَ تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ الْجَنَّةَ ؟ اغْزُو فِي سَبِيلِ اللَّهِ مَنْ قَاتَلَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَوَاقَ نَاقَةٍ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ.
        Jangan melakukannya kerana sesungguhnya kedudukan seseorang kamu di (medan Jihad) di jalan Allah adalah lebih utama daripada bersolat dalam rumah selama 70 tahun. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunkan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga ? Berperanglah di jalan Allah, barangsiapa yang berperang di jalan Allah selama tempoh memerah susu unta (yakni tempoh yang sekejap) maka wajib ke atasnya Syurga. [Shahih Sunan al-Tirmizi, hadis no: 1650]

Dalam hadis di atas terdapat dua suruhan agama yang saling bertembung:
* Suruhan # 1: Mendirikan solat dalam tempoh masa yang lama di tempat yang indah agar dapat memperolehi kekhusyukan yang sempurna. Ia mengandungi maslahat kepada orang yang bersolat.

* Suruhan # 2: Berjuang di medan perang demi menegakkan kalimah Allah dan membela nasib umat Islam. Ia mengandungi maslahat membela nasib agama dan umat Islam manakala orang yang berperang dijamin keampunan Allah dan balasan syurga.

      Di antara dua suruhan di atas, yang lebih utama ialah suruhan kedua kerana ia mengandungi kadar maslahat yang lebih besar berbanding suruhan pertama. Ini terbukti dengan perkataan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam “…adalah lebih utama daripada bersolat…”.

      Berdasarkan hadis di atas dapat dirumuskan beberapa kaedah Fiqh al-Awlawiyyat. Jika seseorang itu berhadapan dengan dua atau lebih suruhan dalam satu masa dan dia tidak mampu melaksanakan semua tersebut, maka:
  •   Lebih utama untuk melaksanakan suruhan yang maslahatnya memberi kesan jangka masa panjang berbanding suruhan yang maslahatnya memberi kesan jangka masa pendek.
  • Lebih utama untuk melaksanakan suruhan yang maslahatnya memberi kesan kepada orang yang besar jumlahnya berbanding suruhan yang maslahatnya memberi kesan kepada orang yang kecil jumlahnya.
  • Lebih utama untuk melaksanakan suruhan yang maslahatnya bersifat pasti berbanding suruhan yang maslahatnya bersifat kemungkinan. 
Alhamdulillah hati saya sedikit terubat bila mengenangkan seorang pejuang itu bukan berjuang di satu-satu tempat sahaja, bahkan pejuang itu apabila dicampakkan sahaja dia di mana-mana tempat hatta di padang pasir sekalipun, dengan izin Allah berbekalkan niat yang ikhlas, syiar Islam itu akan dipegang dan ditegakkan di hati dan dalam setiap langkahnya.

Saya agak terkesan dengan kata-kata abah apabila saya meminta keizinan untuk menyertai kembara dakwah orang asli di kuala mu.

"Kalau kamu boleh didik adik untuk ke masjid setiap kali masuk waktu solat, sama nilainya dengan nilai dakwah kamu pada orang asli"

Benar sekali. Kini saya boleh tersenyum gembira. Tak susah untuk berlapang dada jika kamu sentiasa bersangka baik dengan Allah. He Knows BETTER :)

Sekadar makluman sahabat-sahabat sekalian,

@Daurah di Baitul Qura', Sg Udang Melaka (Ustaz Zul) : Mula 7hb Dis (2 minggu). Tak dapat sertai atas sebab2 yang tak dapat dielakkan.
@Seminar Pengukuhan Pandangan Alam Islam dan Syarahan Perdana Syed Naquib Al Attas di Institut Integriti Malaysia, KL - 13 Disember. Insya Allah akan berada di sana.
@Walimah Akh Salman Siddiqiy bin Azmi n Kak Ummi Aziyah - 12hb dan 14hb. Insya Allah juga hanya akan ke walimah di sebelah pihak lelaki. Sorry Kak Z. huhu.
@Pulang ke Melaka. Esoknya (16hb) bercuti bersama keluarga di Marina Cove Resort, Teluk Batik.

Insya Allah semuanya kerana Allah. Di mana bumi dipijak, di situ Islam dijunjung. Semoga kalian juga memanfaatkan cuti kalian. (^_^)
 













8 dah komen wuu~:

chiknawal said...

salam akak.chik ni.apa kbr.doa chik moga akak sentiasa sihat jasad dan ruh..agar dapat diperuntukkan nikmat yg ada itu utk terus komit di dalam membentuk syakhsiah diri sbg hamba Allah yg sejati..
chik sangat tertarik dgn entry akak yg terbaru ni.
benar seperti kata abah..dakwah bukan sekadar nampak bermusafir ke sana sini..
chik setuju dgn perasaan akak.
memang sering kita bertembung dgn berbagai rintangan yg membuatkan kita kadang2 terpaksa memilih satu sahaja..
medan perjuangan seorang perempuan walau nampak seperti sedikit terbatas,tp sebenarnya melepasi hujung dunia..
akak bayangkan bagaimana kalau kita dapat tarbiah seseorang..ambil contoh mcm abah kata..adik akak..
kalaulah dapat akak thabatkan dia dgn solat jamaah kat masjid..dan perkara itu berbekas sampai bila2 dlm hidupnya..alangkah indahnya..alangkah bertuahnya akak..mendapat pahala sebanyak mana yg dia dapat setiap kali dia melangkah untuk solat jamaah..
akak didik dia menjadi anak yg baik seperti akak..dan dia kekal dgn solehnya sampai akhir hidupnya..alangkah beruntungnya akak..dapat merasa lazat pahala yg disemai..insyaAllah...
jangan merasa gundah apabila tak dapat pegi ke mana2..
dakwah bukan terhenti di situ..
salam perjuangan..

Muna 'Izzah Md Isa on 6:08 PM said...

ya, chik. selalu bila cuti, benda yang sama akak takutkan.. kalau dh memang jenis tak reti duduk diam, kalau boleh setiap program nak pergi, terisi sikit cuti2 nih..tapi setiap kali ada program ape2, mesti akak akan dalam dilema.. nak pegi, serba salah, x pergi x sdap hati..
tapi lpas pk2 balik..betul kata abah.. btul mcm chik kata.. dakwah dan islah tu bukan stakat nampak musafir sana sini, program sana sini.. betul.. akak selalu lupa yang tu..
dan biasanya akak akan kalah bila selalu diingatkan, restu mak tu penting..
betul.betul chik kata. adik2 lebih perlukan kakak kat sini untuk bimbing depa. nilainya sama macam kakak ke program2 dakwah lain... :))

terima kasih chik.. oh ye. happy belated birthday..hehe.. harap tak lewat sangat wish.. untuk pengetahuan chik sekeluarga, kak nani nak tunang 19hb ni..

ehsanhalim on 8:07 AM said...

SALAM ZIARAH

untuk bekerja dalam dunia dakwah, memerlukan keluarga yg memahahami dan menyokong.

sbb tulah Hassan Al-banna menetapkan baitul muslim sebagai antara step2 yg perlu dicapai bg membentuk khilafatul ISLAM.

terima kasih atas perkongsian.

ehsanhalim on 8:07 AM said...
This comment has been removed by the author.
Muna 'Izzah Md Isa on 2:35 PM said...

setuju.

individu muslim - baitul muslim - ummah - negara - khilafah - ustaziatul alam..


sy ada seorang sahabat yang ibu bapanya tidak mengerti tugas anaknya sehinggakan anaknya terpaksa menipu untuk pergi berdakwah.. macam mana ya?

ehsanhalim on 5:23 PM said...

menipu tak boleh.

kerana dalam islam 'matlamat tidak menghalalkan cara'.

dakwah adalah satu seni dan ilmu. ia ada methodologi yg harus dirujuk bersumberkan dari quran,hadis disamping fiqh sirah yg dihurai para ulama.

selagi tidak bercanggah dgn sumber tersebut, maka blh kita blh guna dalam menggerakkan dakwah.

mcm menipu, tak boleh.sbb nabi tak menimpu walaupun utk berdakwah.

satu alternatif lain selain menipu adalah helah.

nak tahu apa itu helah, boleh rujuk ust2 n naqibah enti.

chiknawal said...

salam akak

betul..chik setuju dgn komen ehsanhalim ni..

kaedah 'matlamat tidak menghalalkan cara' adalah kaedah ijma' ulama dalam usul fiqh..

tak boleh menipu..tp boleh berhelah..walaupun nampak macam nak sama saja antara tipu ngan helah,tp ada beza antara keduanya.

Islam hanya mengharuskan 2 tempat/keadaan sahaja kita berhelah; dlm mengatur strategi peperangan dan untuk mengislahkan hubungan antara dua pihak yg bermusuhan

contohnya kita 'berhelah' menyampaikan salam satu pihak kpd pihak yg bermusuh dgnnya, semata2 utk melihat supaya ukhuwwah terjalin seperti biasa, sedangkan hakikatnya pihak pertama tadi tak de suruh kim salam apa pun..

ada satu lagi kaedah yg berkaitan dgn suasana spt ini iaitu kaedah 'akhaffu al-dhararain' iaitu memilih satu perkara yg lebih ringan di antara dua yg memudaratkan

kalau bertembung 2 perkara yg kedua2nya ada mudarat pd penghujungnya, Islam ajar supaya kita pilih antara yg lebih ringan kesan mudaratnya

ambek contoh gini

seorang pesakit kencing manis..terpaksa dipotong kakinya atau mana2 anggota badannya

kalau potong,dia hilang anggota badan..tp kalau tak potong..tentu mudarat lebih besar menantinya di waktu hadapan

begitu juga satu lagi kaedah dalam usul fiqh yg menyebut 'ad-dharurah tubihu al-mahzhurat' 'keadaan kritikal mengharuskan perkara yg terlarang/haram pd asalnya

cth yg selalu digunakan ialah makan babi masa sesat dlm hutan..hukum ketika itu harus makan,tetapi hanya sekadar nk menyambung nyawa sahaja..jangan sampai mengenyangkan

bahkan ada ulama menyatakan haram bagi seseorang tak makan ketika itu,kerana menjaga kepentingan nyawa itu sesuatu yg dituntut dalam islam(termasuk dalam 5 kepentingan yg wajib dijaga/dipelihara oleh seseorang)

sebenarnya chik rasa akak dah pernah belajar masalah begini

chik sekadar berkongsi atau mungkin memperingatkan akak je..

ok..that's all

eh..kata kak nani nk bertunang..dgn sape haa..

dia tak de ym ke

ok akak..

selamat meneruskan perjuangan

Muna 'Izzah Md Isa on 5:52 PM said...

thanks chik and akh ehsan.

:)

dapat sesuatu

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting