Saturday, December 19, 2009

Catatan Kembara Sepasang Kaki : Episod 1


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

Seminggu berlalu dengan begitu pantas. Terasa segala-galanya dimanfaatkan sesempurna mungkin dengan kadar kudrat dan tahap iman yang naik turunnya tidak menentu. Sekurang-kurangnya aku punya jawapan untuk dijawab kala disoal kelak bagaimana aku memanfaatkan cuti kali ini? Kalian bagaimana?

12 Disember 2009

Tepat jam 6 petang, bas KKKL dari Melaka bertolak menuju ke destinasi seperti yang tercatat dalam tiket. Kuala Lumpur. Ah syukur Tuhan letakkan aku berseorangan di dalam bas dengan tiada sesiapa di sebelah, satu nikmat bagiku! Saat bas mula menjelajah lebuh raya pabila keluar daripada tanah daerah bernama Melaka, menung ku yang sedari tadi, kian panjang. Entah ke mana fikiran menerawang, begitu padat dan jauh sekali layangannya. Cubaan mengalihkan tumpuan kepada buku "Dari Lembah Cita-Cita" karya HAMKA seakan gagal apabila buku kecil itu semakin jauh letaknya dari tangan. Tak pe lah sekali sekala layan perasaan. Bukan selalu dapat bersendirian begini, bukan?

Ketibaanku di Pudu disambut jerkahan seorang pemandu teksi yang entah apa isi herdikannya. Marah sungguh dia pada dunia, mungkin. "Dunia tak pernah adil pada orang macam aku" mungkin itu isi tersirat di sebalik luahan kata-katanya. Saat kaki ku melangkah penuh tenaga ke dalam terminal (ceh panggil terminal ke apa pudu ni) hatiku tersenyum. Mendengar herdikan lelaki itu sebentar tadi mengajar aku bahawa manusia ini sememangnya begitu, cetusan rasa marah itu biasanya mudah benar terzahir dengan entah apa yang terkeluar dari mulut. Lancar sahaja lidah kita menutur ya. Tapi kenapa susah benar untuk kita sekurang-kurangnya mengucapkan kata syukur apabila setiap kali bangun daripada tidur, masih kita mampu bernafas, mampu melihat, mampu mendengar, mampu bercakap, mampu segala apa yang masih termampu. Pelik bukan?  Senyuman di hati masih meleret.

Penuh sekali manusia di sini. Aku suka begini. Berlama-lama di sini pun tak mengapa. Aku belajar perihal hidup apabila melihat 1001 jenis ragam manusia. Mungkin yang melihat akan mengatakan budak gila ini buat apa tersenyum senyum sorang-sorang. Ya. Memang. Aku suka :)

Ah, lupa. Perlu mencari tiket ke Sungai Petani. Esok malam. Ya, esok malam akan bertolak ke SP pula.

Mujur ada.

Seketika menunggu dijemput Kak Lillah dan ibunya, kaki ini terasa gatal sekali untuk merayau-rayau di celah ribuan manusia di situ biarpun telah dipesan oleh Mak Cik (mak Kak Lillah) untuk tunggu sahaja di situ. Ya, mak cik, saya masih menunggu di situ, kan masih berada dalam 100 meter dari lingkungan kawasan itu :)

Membeli 2 keping donut dari Dunkin's dan secawan kopi, terus berjalan-jalan, memerhati sekeliling. "Best kalau dapat buat LANDAS kat sini," getus hati kecil.

Dan. Oh. Betulkah itu? Betulkah apa yang aku nampak? Memang la betul. Mana ada orang tanya "salahkah apa aku nampak?" nampak tak? nampak tak? see.

Ok jangan suspen sambil scroll down laju-laju. Tak ada apa pun. Hanya kedai buku.


Laju sahaja kaki ini melangkah ke kedai buku itu. Dengan harapan konon-konon dapat terserempak dengan Megat ACAB macam brader Wan jumpa . Sambil berjalan, otak ku tak berhenti berfikir. Kalau brader Wan jumpa boleh la nak ambik apa gambar apa bagai dengan Megat. Aku? Takkan  nak ambik gambar dengan Megat. Ok.Ok. Aku boleh bagitau dia, aku suka bila dia berubah macam ni, aku sampai sekarang still dengar Streets Of Uptown dia, gua harap lu istiqomah. Biar la orang nak cakap lu tak true skin. Apa ade hal? Lu ada Tuhan. Ok lulus.Aku terus berjalan.

Tak ada pun Megat. Cis. Aku duduk kehampaan.

Telefon berbunyi. Oh mereka sudah sampai. Dari jauh aku nampak kelibat Kak Lillah dan Mak Cik.


akan bersambung...



aku tak pernah overpacked pun. Tak cukup baju sampai kena pinjam t shirt orang ada lah.
ukhuwwah namanya. 










2 dah komen wuu~:

attiq said...

muna.

naseb ko x sama cam si wan fahsyal tuh.lol.

sbb tu x jumpa bro ACAB tuh.haha.berangan jah.

Muna 'Izzah Md Isa on 7:12 PM said...

manalah tahu

nasib aku cuma kurang baik.

takpe

boleh cuba lgi

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting