Saturday, December 19, 2009

Catatan Kembara Sepasang Kaki : Episod 2


sambungan...

[apa aku tulis ni bajet skrip drama ke apa]

Kala terpandang kelibat Kak Lillah dan ibunya, lega hati ini. Sekurang-kurangnya aku tak perlu menunggu lebih lama untuk buat-buat terserempak dengan Megat. Berangan.

Oh lupa. Tujuan aku ke rumah Kak Lillah bukan untuk menghabiskan beras di rumahnya, tetapi sekadar untuk menumpang teduh untuk ke Seminar Sehari Pengukuhan Pandangan Alam Islam dan Syarahan Perdana Syed Mohamamad Naquib Al Attas yang akan berlangsung keesokan harinya [13 Disember] di Institut Integriti Malaysia yang kerap kali Kak Lillah sebut sebagai Institut Integrasi Malaysia. Ya, yang tu lah.

Tidak terus pulang ke rumah, kami singgah makan dahulu di gerai di Pudu sambil bertaaruf bersama bonda Kak Lillah. Mak Cik memang rock lah. Best sangat sembang dengan Mak Cik, setiap kata-katanya ada sahaja nasihat yang diselitkan. Suka dengar Mak Cik bercerita tentang kucing-kucing yang baru lahir di rumahnya. Comel betul. Eh tapi kan. Saya lupa tanya nama makcik. -_-!

Usai makan, terus kami ke istana milik Kak Lillah dan keluarga di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Jauh juga. Terharu betul bila Kak Lillah dan ibunya sanggup bersusah payah ke Pudu yang agak jauh dan sentiasa sibuk itu semata-mata hanya untuk mengambil si parasit ini.

Sampai di rumah, ternampak selipar Asadi oren yang aku sangat kenal. Oren betul entah kenapa dia ni nak beli jugak.

Sunyi rumahnya. Tenang. Damai. Aman. Ok cukup.

Ah ketemu juga si pemilik selipar oren, dengan cara ketemu yang aneh bagi orang lain tapi itulah makna kasih sayang bagi kami. Tapi rasa-rasanya kena tukar lah. Tak sesuai rasanya untuk menghempuk kepala masing-masing dengan bantal itu dipraktikkan kalau aku terserempak dengan kau di market Attiq. Mungkin dengan cara mencubit pipi masing-masing. Boleh dipertimbangkan.

Simpati aku terhadap Kak Lillah dan Kak Romlah. Tentu tidur mereka terganggu dengan ngomelan kami dalam gelap. Hampir tidak bertemu sebulan, tentu sahaja setiap hal yang terjadi harus diceritakan macam hari ni aku marah siapa, hari ni siapa mesej ajak pergi program, hari ni status facebook si polan cakap apa, hari ni siapa ym dengan siapa, hari ni Kak Fatin demam, hari tu jumpa adik jun kat kuala mu yada yada yada. Ya, semuanya kami kongsi bersama. SEMUA. Bila aku kata semua, aku betul maksudkan semua.

Dan ketemu jua akhirnya dengan Kak Romlah. Kecil molek orangnya. Tapi siapa sangka di sebalik tubuh kecilnya, tersimpan seribu kisah suka duka hidupnya penuh liku ranjau [ayat nak macam novel je] dan dia punya kekuatan yang cukup kental. Kagum sejenak aku. [Menulis dengan harapan Kak Romlah baca maka beliau terharu dan menghadiahi ku sehelai t shirt free] Gurau je kak tapi kalau betul-betul... (isi tempat kosong)

Ah harus tidur awal. Esoknya akan ke IIM awal pagi. Awal maksudnya sangat awal iaitu lepas subuh tanpa sarapan mata terpisat-pisat alarm jam belum sempat bunyi IIM pun belum buka lagi. KONON-KONON.


kita berempat

 
bersambung...















8 dah komen wuu~:

attiq said...

oit.

aku x nak cubit pipi kau. x sedap. x dak isi.lagi pon kau x comel untuk dicubit pipinya.huahua.

bukan selalu org cubit pipi sbb bdk tu comel ka?

huahua.

sian kat depa sbb kita bising dalam gelap.tapi mmg x blh nak kawal dah.kita lama x jumpa.


berapa bnyk episod ko nak wat neh? penat nak tggu.

attiq said...

eh.jap.

entry ni utk aku??

ceh.

Muna 'Izzah Md Isa on 7:21 PM said...

tu lah aku pk jgak.

belum seminar dh dua episod.

takpe.

kau tunggu je.

meow.

ye untuk kau.

sape lagik yg ade slipar oren terang benderang rasa macam tak payah pakai lampu rumah dah.
hih

attiq said...

Selipar tu mana boleh bwk masuk rmh.

Muna 'Izzah Md Isa on 10:58 PM said...

boleh kalau rumah blackout
auf

skieyn on 12:48 AM said...

"hari ni status facebook si polan cakap apa"

~tue pun leh jd topik berbual gak rupenye

Muna 'Izzah Md Isa on 10:10 AM said...

hihi.

macam desperate kan bunyi nye

attiq said...

itu la yg dimaksudkan dgn semuanya kami kongsi bersama. SEMUA.

muna mmg desperate.ahakz.

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting