بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan
Tak banyak yang saya mampu fikirkan untuk memulakan penulisan kali ini, dalam mood serius sebetulnya. Rasa risau yang dahulunya landai tidak berirama, kini kian menggunung menyentuh langit. Ah, bukan saya cuba mengangkat diri bermegah dengan perasaan ini. Apa yang mahu saya megahkan melihat warna realiti masyarakat diebntuk makhluk bernama manusia ini, yang entah semakin gila saya rasa. Gila kuasa, gila nama, gila pangkat, gila harta. Teringat Awie menyanyi Hukum Karma pada part key yang paling tinggi. Itu pun gila namanya.
Benarlah kata si bijaksana, semakin kita menggali ilmu, semakin bodoh dirasakan. Hampir 3 tahun jasad dan roh ini cuba bersatu di bumi Pulau Pinang ini. 3 tahun itu bukan singkat, yang sebenarnya. Belum sempat selesai satu urusan kerja, muncul pula urusan lain. Belum sempat reda masalah, muncul pula masalah lain. Hati mana yang mampu tanggung, jasad mana yang mampu kendong, jiwa mana yang mampu teguh diasak ujian demi ujian. Walhal telah Allah berfirman “Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).” ~ Al-Imran ayat 200.
Telah Allah sediakan segala jawapan kepada setiap permasalahan yang berlaku, baik dari dalam diri mahupun di sekeliling kita. Sabar. sabar itu kunci ketaqwaan. Cubalah latih diri kita untuk sentiasa bersabar, dalam apa jua keadaan yang berlaku. Juga berlapang dada dalam perselisihan pendapat.
Semester 3 bermula dengan satu perasaan aneh dalam diri saya. Aneh juga untuk saya ungkapkan di sini. Tekad saya dalam hati, "Biarlah aku jadi orang terakhir mengejar ilmu itu, janji aku orang pertama yang memahaminya". Bukan bermaksud untuk menyaingi sesiapa, saya sedang mencabar diri saya untuk lebih bisa mencerna maklumat dengan kadar yang pantas. Ah, maklum saja, diri ini punya satu kelemahan yang ketara, hampir semua yang mengenali mungkin tahu, saya punya masalah besar dalam menuturkan bait demi bait perkataan yang terkandung dalam otak. Payah benar rasanya untuk mengungkapkan satu ayat yang lengkap, bermakna yang pasti. Lemah betul saya dalam menguruskan maklumat dalam otak.
Menginjak ke semester baru ini juga menyedarkan diri yang terlena, semakin tua rupanya! Bukan sebab apa, hanya kerana perlu mengulit dengan buku-buku politik. Satu lagi langkah dalam menjana minda kritikal. Saya suka :)
Ramai yang bertanyakan posting baru. Maaf. Saya cuba sedaya upaya menghasilkan yang terbaik, untuk diri saya (juga). Malangnya kalian kerana perlu membaca satu lagi posting yang mengecewakan.
0 dah komen wuu~:
Post a Comment