Tuesday, January 19, 2010

Apabila kita mula berfikir..


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

1. Tun Mahathir Mohamad berkata lewat karya kontroversinya - Dilema Melayu,  "Revolusioner yang terlalu patuh kepada doktrin selalunya gagal oleh sebab mereka hanya melihat objektif, tetapi mengenepikan sama sekali keadaan kuasa-kuasa institusi yang sedia ada." Mari fikirkan.

2. Ali Shariati berkata dalam Pemikir Reformasi dan Masyarakat Revolusioner, "Mereka yang enlightened adalah mereka yang menyedari dan arif mengenai situasi sosial manusia yang sebenarnya pada zaman kini dan masa lampau dan mempunyai tanggungjawab sosial." Mari fikirkan.

3. Dr Abbas Madani, seorang tokoh gerakan Islam di Algeria (1970-an) telah menjenamakan semula Islam secara hidup setelah menyedari kehidupan rakyat Algeria yang disogok dengan budaya yang menyimpang jauh daripada ajaran Islam, cara berfikir, berpakaian, berkeluarga, berpendidikan bukan lagi diceduk daripada cara Islam yang menyeluruh, malah merasakan bahawa Islam tidak mampu membawa mereka ke satu mercu tanda yang positif yang boleh menjamin kehidupan mereka dalam segenap aspek. Sahwah Islamiyyah (Angin kebangkitan) mula bertiup perlahan-lahan. Namun Barisan Penyelamat Islam (FIS) yang melalui proses yang sah ke arah penubuhannya dan mendapat sokongan padu masyarakat yang dambakan Islam sebagai cara hidup telah diharamkan penubuhannya setelah hampir memenangi pilihanraya. Pemberontakan berlaku. Dr Abbas Madani dan beberapa tunjang utama FIS ditangkap. Mari fikir sejenak.  Apakah situasi yang berlaku di Algeria yang menyebabkan Dr Abbas Madani mula bertindak, hampir mempunyai persamaan dengan apa yang berlaku di negara kita sekarang? Islam tidak lagi dianggap sebagai penyelesai masalah. Mari berfikir.

4. Allah telah berfirman, " Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah aku tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini."
~Surah Al-A'raf, ayat 172~  


5. Kita berjanji lewat doa iftitah di permulaan solat lima waktu, "Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi, dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam. Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam."

6. Apakah kita benar-benar berfikir? 














0 dah komen wuu~:

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting