بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan
Dia memandang saya atas bawah. Pandangannya kejap. Lirik matanya terhenti pada buku-buku di tangan saya. Lama. Baru dia mengukir senyum. Saya membalas senyumnya ala kadar. Orang berbudi kita berbahasa. Matanya kembali menatap buku di atas meja.
"Assalamualaikum. Tumpang tanya," saya mula bicara.
Dia mengangkat mukanya sedikit.
"Nak fotostat kat mana ya?" Dua, tiga pasang mata mula mengerling. Tinggi benar nada suara saya barangkali.
Dia mula bicara dengan senyum.
"Akak nampak pintu tu kan, terus je, akak jumpa site budak sekolah buat revision, kat situ lah. Sebelah kanan."
"Ok terima kasih"
Saya meletakkan buku-buku di atas meja. Mula mencari bahan untuk difotostat.
Matanya masih memandang saya.
"Akak orang sini ke?"
Nak bersembang rupanya.
"A'ah orang sini. Awak?"
"Orang sini jugak. Tak pernah nampak akak"
"Jarang datang library sini. Saya study di Penang. Awak study sini?"
"Ye. Kolej Teknologi Islam. Belajar apa di Penang?"
Alahai. Macam nak jadi panjang cerita ni...
"Institut Perguruan. maktab la"
"Oh. Akak belajar semua ni ke kat sana?" Bibirnya dijuihkan pada buku yang berselerakan di hadapan saya.
"Sem ni je agak tough sikit. Major kami belajar Sains Politik. Ni cari bahan untuk assignment la ni."
"Wah, ada juga ya subjek Sains Politik kat maktab. Saya ingat cikgu maktab belajar buat alat bantu mengajar cantik-cantik je. Tak sangka"
Terhambur gelak saya mendengar kata-katanya yang jujur sekali. Begitu sekali pandangan mereka kepada guru pelatih institut perguruan.
"Oho. Yang tu kami belajar jugak. Semua bakal guru wajib belajar. Tapi bergantung pada major masing-masing la. Macam major akak Sains Sosial, grad nanti akak boleh ajar subjek Kajian Tempatan, Sivik, macam tu la. ABM kena buat bergantung kepada subjek apa yang kita ajar nanti."
Dia mengangguk. Entah mengerti entah tidak.
Saya kembali mencari fokus dalam "Sa-belum dan Sa-sudah 13 Mei" oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj. Mata saya tertancap pada satu bab berkisar mengenai perbalahan antara Dr Mahathir yang ketika itu memegang jawatan dalam Majlis Tertinggi yang telah menghantar sepucuk surat empat helai kepada Tunku Abdul Rahman dan mula menyebarkan surat itu kepada pucuk pimpinan UMNO ketika itu, yang akhirnya turut tersebar kepada orang awam. Akibat surat itu, Tunku menggelar Dr Mahathir sebagai "ultras" (pelampau) dan menganggap beliau sebagai pembelot parti.
"Akak."
Pemerintahan Tunku Abdul Rahman ketika itu juga dikecam oleh rakyat, melalui beberapa suara mengatakan beliau takut kepada komunis, serta...
"Akak.."
Mp3 dimatikan. Dia senyum melihat saya yang termangu-mangu.
"Apa akak baca khusyuk sangat tu?"
"Oh. Kisah 13 Mei ni. Banyak pro dan kontra. Akak baca yang Dr Mahathir punya dulu, lain sikit cerita dia, baca Tunku Abdul Rahman punya, lain cerita dia. Macam-macam."
"Kenapa macam susah sangat. Akak cari la kat internet. Mesti lagi banyak. Eh, Tunku Abdul Rahman boleh menipu juga ke kak? Bukan dia Bapa Kemerdekaan kita ke?"
Sekali lagi gelak saya terhambur keluar tanpa sengaja. Dia tersengih menampakkan giginya yang tersusun putih.
"Menipu atau tidak, akak tak boleh nak jatuhkan hukum itu. Sebab yang tahu kebenaran waktu itu hanya mereka yang ada pada zaman itu dan Allah Taala je. Kalau kita yang sekadar membaca ni, kena kaji betul-betul, nilai betul-betul, bukan boleh main ambil ikut suka. Dalam internet tu, susah nak disahkan kesahihan dia, banyak yang dah diolah. Awak pernah dengar ada tokoh sejarah pernah cakap, sejarah itu terbentuk atas keinginan manusia. Maksudnya, apa yang berlaku sebenarnya lain, tetapi apa yang direkodkan lain, berbeza mengikut worldview yang merekod tu. Kalau dia nak benda tu nampak macam baik je, dia akan cerita baik-baik je. Betul tak?"
"Jadi, sejarah ni tak ada yang betul ke?"
"Bukan la sampai semua sejarah tu salah, cuma sama ada betul atau tidak, harus disahkan sebetul-betulnya kesahihan dia."
"Macam mana pulak tu?"
"Misalan awak baca buku sejarah tingkatan dua kalau tak silap akak, yang cerita tentang pejuang-pejuang kemerdekaan. Akak pun ingat-ingat lupa. Tapi apa yang pasti, kisah yang sebenar, banyak diselewengkan oleh pihak tertentu, untuk kepentingan politik. Orang Barat kata Tok Janggut tu pengkhianat sultan, negara, agama dan bangsa, sedangkan Tok Janggut merupakan antara pejuang Islam yang meniup semangat jihad dalam diri rakyat yang tertindas waktu tu. Diorang menafikan perjuangan Tok Janggut. Perkataan jihad tu digantikan dengan pemberontakan dan penderhakaan. Tok Janggut juga antara ulama' yang dihormati dan punya pengaruh yang kuat. Sebab tu British takut kalau-kalau pengaruh Tok Janggut boleh jatuhkan diorang! Banyak la fakta yang dah diseleweng"
"Waaah. Saya tak tahu pun kisah tu. Akak kena kaji semua tu ke?"
"Eh, tak adalah. Dah nama pun belajar Sains Sosial, nak tak nak kena berkepit dengan buku-buku sejarah, sosiologi, ekonomi, geografi apa bagai semua. Bila dah makin banyak baca, awak boleh bandingkan mana betul mana salah. Kat situ nak uji tahap pemikiran kita, kritis atau tidak. Kita ni jenia baca kemudian main telan je ke atau sebaliknya. Macam tu lah"
"Ohh. " Dia mengangguk.
Bagus budak ni. Jarang ada yang berminat mendengar penglipur lara ini bercerita.
"Akak..Cuba akak tengok meja sebelah." Matanya menjeling tajam sepasang merpati (alahai) yang sedari tadi asyik bermesra. Tangan di atas kononnya menelaah buku di hadapan mata, tangan di bawah...
Saya mencuri pandang gelagat dua remaja itu. Boleh diagak berdasarkan cara pemakaian. Si lelaki berkulit hitam manis (macam dah nak payau) tersengih-sengih asyik menatap wajah gadis kesayangan. Manakala si perempuan, punya raut wajah yang boleh tahan, bermain-main dengan pensel di tangan, melakar rasa hati gamaknya di dalam laporan eksperimen.
"Dari tadi kak.. Meluat saya tengok. Ei.. Budak-budak sekarang. Dating kat library. Bila mak tanya, pergi library. Sejuk perut dengar. Kalau la mak dia tengok apa dia buat kat library sebenarnya," dia menggeleng.
Saya tersenyum mendengar luahan hatinya.
"Kesian kat diorang"
Dia mengangkat mukanya. Kehairanan.
"Aik. Kenapa nak kesian pulak?"
"Kesian. Diorang mungkin tak tahu apa hukumnya bergaul lelaki perempuan bukan muhrim secara bebas, diorang mungkin tak tahu apa hukumnya bercinta sebelum kahwin, diorang mungkin tak tahu juga apa hukumnya menipu orang tua! Mungkin tak ada orang yang cuba beritahu mereka semua tu. Mungkin tak ada orang cuba dekati diorang, cuba nak faham apa dalam hati dan pemikiran diorang, cuba cari penyelesaian bagi masalah diorang. Sebab semua orang hanya tahu menuding jari, menyalahkan si buta yang terjatuh ke dalam longkang. Sedangkan dia dalam kegelapan, ke mana yang harus dituju itu perlu selalu dibimbing, bukan terus-terus dimarah. Bukan begitu?"
Dia kembali tertunduk.
Pasangan itu masih rancak bermadu asmara.
"Haa. Mari sini akak ajar awak ilmu baru."
"Ilmu apa tu?"
"Ilmu menawan hati mad'u atau akak senang panggil LANDAS je"
"Apa jauh sangat bunyi tu kak. Dah macam landasan kereta api saya dengar."
"Tapi landasan yang ni insya Allah straight no belok belok. hehe"
"Ok suka hati akak lah. Tapi macam mana?"
"Bentar. Akak letak buku jap."
Sekembali ke meja, saya lihat dia menepuk-nepuk dahinya.
"Akak lambat sangat. Akak library tu lagi cepat landasan dia. Adoi. Rugi-rugi"
Alahai. Rupa-rupanya pasangan itu telah dihalau oleh pustakawan yang bertugas di situ. Terdengar bebelannya dari kaunter.
Entah ke mana pula arah tuju pasangan itu tadi. Ralat pula kerana tak sempat mendekati mereka. Jam baru menunjukkan 4.30 petang. Masih punya masa untuk mereka 'melencong' barang kali. Na'uzubillah. Ya Allah lindungilah mereka daripada godaan nafsu dan bisikan syaitan yang direjam Ya Allah.
"Akak.."
Lamunan saya terhenti.
"Kata nak fotostat. Baik cepat. Waktu-waktu ni waktu kemuncak pekerja-pekerja ni nak balik rumah. Otak dah tak ada kat tempat kerja, kat rumah je. Lambat sikit nanti habis dibebelnya semua orang. Larat kita nak dengar."
"Diorang ke awak yang membebel?"
"Eh eh kita pulak"
"Ok lah. Lepas fotostat ni ingat nak terus balik. Tak boleh jalan banyak-banyak, kaki tengah sakit. Awak nak stay lagi?"
"Saya ni memang bermukim kat sini kak. Biasa la pelajar 'cemerlang'"
"Ye la tu. Eh lupe nak tanya. Awak berapa sem lagi kat KTIAM tu?"
"Em ni sem ke enam dah. Kiranya masuk hari tu 2007."
"La masuk 2007? Awak 21 ke?"
"A'ah"
"Ate sama la kita. Yang awak panggil saya akak kenapa"
"Hehe. Dah macam orang tua"
tsk.tsk (T_T)
*Kisah benar. Sepetang di Perpustakaan Negeri Melaka. Dialog banyak diedit mengikut arus dan hukum tatabahasa. Harap maklum.