Monday, February 01, 2010

Terima Kasih Allah :)


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

Demi Allah, jika ini yang terbaik buat ku dan mereka, aku redha. Aku redha ya Allah atas ketentuan Mu. Segala jiwa ini hanya bergantung pada Mu ya Allah.
Anis, lagu blog kamu sangat buat saya touching :')

Satu keberatan yang maha kuat dalam hati ini untuk menolak satu peluang, satu rezeki, satu impian sedari awal diketahui tentangnya. Bukan saya untuk melepaskan peluang yang bukan selalu datang di hadapan mata. Kala mendapat panggilan telefon daripada seseorang, menawarkan untuk menyertai ESQ di Kepala Batas, subhanallah, mata saya berkaca mengenangkan impian semakin hampir dalam gapaian. Maha Suci Allah, maha mendengar permintaan hamba-hambanya. 

Melihat planner di tangan, hati kembali sebak. Persoalan utama bermain di minda mula menjalar-jalar keluar, mampukah aku menguruskan masa yang berbaki ini? Lesen besar daripada Kak Su untuk mencari pengganti bagi melaksanakan tugas sepanjang Kem Halawatul Islam seakan memberi satu isyarat untuk menurut gerak hati. Namun persoalan itu semakin kuat bila melihat sekali lagi planner itu. Ya, tarikh Muktamar Sanawi semakin hampir sedangkan untuk video dan persembahan multimedia hanya sekadar introduction baru. Allah, benarkah gerak hati ini? Sesak dirasakan di dada.

Ini ujian, getus hati. Allah ingin menguji diriku dalam membuat keputusan untuk capai yang terbaik. Allah mengujiku dalam pengurusan masa. Allah mengujiku dalam mencari keutamaan dan fokus. Benar, kesemuanya kelemahan ku paling ketara. Maha suci Allah, Dia maha mengetahui.

Tekad. Hati mula membulatkan tekad yang satu itu. Mungkin belum rezeki ku untuk menggapai impian itu. Mungkin bukan masa yang sesuai untuk ku meninggalkan kerja yang tertunggak demi mencapai kepuasan sendiri. Allah mendidik ku supaya menjadi adil dengan diri sendiri melalui ujian ini. Gugur lagi air mata menyapu pipi. 

Dan kini aku gembira. Aku yakin keputusan ku untuk melepaskan tawaran ke ESQ untuk melunaskan tanggungjawab di sini tidak salah sama sekali. Aku yakin Allah punya rancangan tersendiri. Aku gembira melihat mereka gembira. Aku gembira Allah menguji ku dengan ujian ini. Semoga Allah membuka pintu-pintu hati mereka, kerana aku sangat sayang mereka. Aku yakin. Satu hari nanti :)

[tercatat gara-gara mendengar lagu di blog Anis]










0 dah komen wuu~:

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting