Wednesday, February 10, 2010

Hidup : Beri dan Terima. Bukan Paksaan


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

Seminggu berlalu dirasakan terlalu pantas. Ruang untuk bernafas seakan cukup-cukup dengan masa yang berbaki. Namun dalam setiap helaan nafas itu, sebaik mungkin diri ini mencuba untuk semakin dekat dengan Nya, semakin hanyut dalam cinta Nya, semakin asyik dalam kerinduan pada Nya, walau sebenarnya Dia tidak pernah walau sesaat melupakan makhluk Nya. Masya Allah. Wo ai ni, Allah =))
Jika 2,3 minggu lepas setiap saat saya dipenuhi dengan hanya mengadap laptop, menyempurnakan tugasan yang tidak akan pernah sempurna itu, kini sungguh, hikmah di sebalik setiap yang terjadi itu kian terungkap, sedikit demi sedikit. Indah rupanya bila segala kebergantungan diletakkan penuh kepada Dia, Allah yang Maha Mengetahui. Maha Suci Allah. Wo ai ni, Allah =)

Setiap detik yang dilalui, benar sekali merupakan ujian Allah untuk menjadikan kita hamba yang sentiasa mengingati Nya. Meskipun baru-baru ini dalam kelas Politik & Kerajaan, apabila si pensyarah begitu mudah mentafsirkan istilah "paksaan" itu sebagai satu rutin dalam kehidupan. Seperti dalam katanya, manusia menjalani kehidupan seharian kerana "terpaksa" demi meneruskan kelangsungan hidup. Dan kerana terpaksa juga, manusia itu makan, tidur, bekerja, belajar, senang cerita, semuanya kerana terpaksa. Manusia terpaksa menjaga kebersihan, untuk mengelakkan serangan penyakit. Jangan pening, falsafah itu sememangnya aneh. 
Namun seharusnya kita sebagai umat Islam, menjadikan Al Quran dan sunnah itu sebagai sumber rujukan utama. Dalam mencari makna hidup, erti kehidupan sebenar, usah sesekali berpaling daripada Al Quran dan sunnah. Rujuk surah Ad Dzariyat dalam ayat 56 telah Allah nyatakan 

Wama kholaqtul jin-na wal insana illa liya’buduni

‘Dan Aku (Allah) tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku .”  
Nyata sekali dalam ayat ini, secara jelasnya telah dinyatakan Allah bahawa hakikat penciptaan manusia itu tidak lain hanya untuk mengabdikan diri kepadanya. Dalam proses pengabdian itu, manusia melalui pelbagai fasa keimanan, juga ujian dan rintangan. Manusia itu perlu secara fundamental mencari sendiri erti kehidupan, hakikat penciptaannya, berlandaskan wahyu Allah yang disampaikan melalui Rasulullah S.A.W iaitu kitab Al Quran. Jika benar kehidupan ini suatu paksaan, tidakkah dirasakan satu penciptaan yang sia-sia, sedangkan Allah mencipta setiap sesuatu dengan sebab musabab yang tersendiri. Seperti dalam surah Al Mukminun ayat 115 ;

“ Afakhasib-tum an-nama kholaq-nakum ‘abatsan wa an-nakum ilaina laa turja’un ?”

“Apakah kau (manusia) menyangka bahwa Aku ciptakan kamu dengan main-main dan (kau kira) kamu tidak akan dikembalikan kepada KU?”
Maha suci Allah, Maha Mengetahui segala-galanya. Setiap sesuatu yang berlaku pastinya punya hikmah yang tersendiri. Jangan sesekali lupa bahawa, makaru wa makarullah, wallahu khoirul maakirin (kita merancang, Allah merancang, namun Allah adalah sebaik-baik perancang). Walau bagaimana hebat sekalipun perancangan kita, namun jika telah Allah tetapkan takdirnya, harusnya kita menerima dengan lapang hati, dengan sepenuh keyakinan bahawa Allah itu Maha Mengetahui, Dia tahu yang terbaik.

Saya yakin ada hikmah 'ia' terjadi =))

Dalam usaha menghabiskan saki baki Dari Lembah Cita-Cita (Buya Hamka) dan menghayati setiap perincian Syed Qutb akan perihal dunia perjuangan dalam Ma'alim Fit Tariq (Petunjuk Sepanjang Jalan). Wallahu'alam.


suarahati : Ayuh Sertai Kempen ANTI Valentine's DAY! Ini bukan budaya kita!












0 dah komen wuu~:

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting