Monday, March 22, 2010

Matahari.


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

Menulis dengan emosi adalah satu perkara yang paling cuba saya elakkan sewaktu menulis.
Tapi kali ini jari-jari ini akur.
Saya wanita. Penuh emosinya.
Emosi saya agak tidak stabil ketika ini.
Moga kalian bisa berdoa cukup dalam hati.
Semoga kita ketemu sinar di penghujung jalan.
"Matahari tidak akan malap sampai kiamat". VT
Saya mahu jadi si matahari.
Amin.












Wednesday, March 17, 2010

Cuti equal to Tugasan


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan



Tugasan dari Muna kepada 'Izzah : Habiskan sepanjang cuti. 
[setakat termampu -_-']

saya boleh.

*finger crossed*













Monday, March 15, 2010

Saya nak lahirkan pejuang, kak!


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

Beg diletakkan di atas kerusi. Lega. Mata dipejam rapat, mencari damai dalam kepenatan. Jam baru menunjukkan 10.04 pagi. Bas dijadualkan bertolak pada 10.30 pagi. Dia masih punya masa, tapi untuk apa?

Pedulikan.

Usai bersalaman dengan ibu Kak Yus, juga berpelukan demi perpisahan sementara ini, terus sahaja melangkah naik ke dalam bas. Terasa letih teramat sangat, masakan tidak Jumaat lepas baru sahaja menghabiskan hampir 7 jam di dalam bas menuju ke Butterworth. Dan hari ini (Ahad), sekali lagi akan menghabiskan hampir separuh hari di dalam bas, ke kampung halaman di Melaka. Pelaburan yang menguntungkan, insya Allah. Senyum itu terukir di bibirnya.

Novel 'Terasing' karya Hilal Asyraf dikeluarkan. Memandangkan tiada buku lain yang boleh dibaca ketika itu, dia tiada pilihan selain membaca novel itu untuk kali kedua. Mp3 dipasang, kedengaran lagu "Time Is Running Out" dari Muse sayup-sayup dari corong earphone nya. Dibiarkan lagu itu terpasang, memecah buntu dalam fikirannya. Novel yang cukup berjaya menawan hatinya yang bukan seorang penggemar karya fiksyen itu dibelek untuk kesekian kalinya.

"Dik, ada orang tak sini?"

Dia mengangkat muka, mematikan mp3 yang terpasang.

Dia menggeleng. Wanita yang sedang sarat mengandung itu lantas meletakkan begnya. Dia menghela nafas kepenatan, mengesat peluh di dahi.

"Geram betul. Berpuluh kali kita tanya, dia kata betul. Tak salah bas," rungut wanita itu. Botol air di tangan diramas-ramas. Geram benar barangkali.

Dia senyum. Tapi bukan senyum itu.

Dia meneruskan bacaannya.

"Ah, jika ini sahaja peluang Allah berikan untuk aku sampaikan sentuhan Islam, kenapa perlu aku sia-siakan? Take it as a chance, wahai pembantu agama Allah!"

Bisikan itu datang lagi. Tiba-tiba. Rohnya bangkit ditiup semangat itu. Jasad yang lemah kembali bertenaga. Dia tahu dia perlu lakukan ini.

Dia menutup buku di tangan, lantas mengeluarkan majalah Solusi isu 17 yang tersimpan di dalam beg.

Bismillah.

"Akak balik mana ni?"

Senyum. Kali ini senyum itu.

"Melaka."

"Oh, sama lah kita. Di Penang ni buat apa?"

"Abang akak ada di sini. Kat Melaka ada parents akak, ni dah nak keluar, kena balik la," sambil tangannya diusap-usap perutnya yang membesar itu.

"Wah, dah berapa bulan ni?"

Wanita itu senyum. Lagi. Dan lagi. Tangannya tak putus-putus mengusap perutnya. Terpancar sinar kebahagiaan dari matanya. Alahai. Hanya yang mengalami bisa mengerti.

Dia turut tersenyum walau hati cuba memahami.

"Nak masuk 8 bulan." Nada suaranya yang berkeluh-kesah tadi, tenang tiba-tiba. Aku bahagia, mungkin itu kata-kata tersirat di sebalik nada itu.

"Tahniah la kak. Anak ke berapa ni?"

Dia melepaskan keluhan berat. Ah, pantas benar dia bermain emosi. Sebentar tersenyum, kini cahaya kegembiraan yang sebentar tadi kian malap.

"Kalau ikut, yang kedua. Apakan daya, yang pertama dahulu luar rahim. Akak redha je dik. Selepas 6 tahun kahwin, rezeki baru nak sampai." Dia menarik nafas dalam-dalam.

Dia cuba untuk mengerti. Berat benar ujian untuk wanita ini. Masih mampu tersenyum, biar ujian diberi seberat itu.

"La yukallifullahu nafsan illa wus'aha"

"Tak pe, kak. Akak cukup beruntung dah ni. Ada ramai lagi pasangan yang dah kahwin bertahun lama, tapi tak lekat-lekat jugak. Ini namanya ujian, yang selalunya pasti akan ada hikmah di sebaliknya. Pengakhirannya ada dua, sama ada kita semakin dekat dengan Allah atau kita semakin jauh dari Nya. Minta-minta semakin dekat lah."

"Hurm. Betul apa adik cakap. Ada kawan akak, hampir gila sebab anaknya meninggal lepas bersalin. Disalahkannya Tuhan. Takut akak dengar. Minta dijauhkan."

"Kesian. Waktu sedang diuji ni lah, syaitan akan ambil peluang untuk rosakkan akidah. Kalau imannya lemah, akan semakin jauh lah dirinya daripada Allah. Sebab tu, kita kena ingat, ada Allah dalam setiap aliran darah kita, kena selalu hidupkan hati dengan ingat pada Allah."

Wanita itu mengangguk.

Dia membelek Solusi, dan mencari halaman itu. Di mana? Di mana?

Ah, ketemu!

"Akak dah scan baby?"

"Tak nak scan. Surprise."

"A'ah la, kak. Kalau lelaki ke perempuan ke, kan sama je. Anugerah Allah jugak, kan!"

"Betul. Betul. Adik ni belajar mana?"

"Maktab kat sini. Balik kampung kat Melaka. Cuti"

"Oh. Bakal ustazah la ni?"

Tersedak. Entah berapa ratus kali dia disapa dengan gelaran itu sepanjang minggu ini. Hendak diangguk, terasa salah. Hendak digeleng, bukankah maksudnya sama dengan mu'allimah, mudirah, teacher, cikgu atau guru?

"Lebih kurang la kak. Hehe"

"Bagusnya. Sejuk perut mak mengandung." Wanita itu tergelak kecil sejurus menuturkan kata-kata itu.

"Iyelah akak ni. Akak, cuba tengok ni." Majalah Solusi di tangan disua kepada wanita itu. Tepat pada halaman 83.

"Apa tu? Mendidik anak dalam kandungan? Cerita pasal apa ni?"

Sasaran mengena :)

"Haa. Dalam ni dia kata "tingkah laku dan perasaan ibu semasa mengandung membawa impak yang besar terhadap watak dan perwatakan anak dalam kandungan"".

"Boleh effect eh?" Wanita itu semakin berminat.

"Ni dari sudut psikologi Islam, kak. Kalau daging dan darah anak itu terbentuk dari darah ibu, emosi anak pula dipengaruhi gelombang perasaan ibu semasa mengandung."

"Macam mana tu?" Wanita itu semakin berminat.

"Contohnya, masa akak mengandung ni kan, suami akak pergi kerja, dan niatnya kerana Allah, akak pula duduk di rumah, tak putus-putus ibadah, anaknya yang lahir nanti pun, insya Allah anak yang soleh, yang bakal mewarisi perjuangan nabi."

"Wah. Macam jauh sangat je tu." Wanita itu menundukkan wajahnya.

"Apa yang jauhnye kak? Simple je sifirnya. Anak yang bakal dilahirkan, adalah cerminan perlakuan kita sebelum-sebelumnya. Baik kita, baik lah anak. Tak gitu?"

"Hurm. Betul juga. Lagi apa dia kata?"

"Kat sini dia bagi contoh perlakuan ibu bapa dan kesan kepada anak yang lahir. Kalau ibu bapanya asyik bergaduh, anaknya akan menjadi ganas dan panas baran. Kalau ibunya sering membaca Al Quran, dapat nanti anaknya bijak. Allah itu Adil. Tapi kalau ditakdirkan, anak yang dilahirkan tak seperti yang diharapkan, jangan pula kita terus-terus salahkan takdir Allah. Kena tanam dalam hati, ini ujian. Bersangka baik dengan Allah, itu yang penting."

"Betul. Betul Wah, rasa macam dengar kuliah Subuh pula." Wanita itu mencuit bahu dia. Mereka sama-sama tergelak.

"Subuh gajah boleh la kak"

Gelak mereka semakin surut.

"Saya nak lahirkan pejuang, kak."

Dia senyum.

"Baguslah. Akak pula nak lahirkan manusia." Sekali lagi gelak mereka memecah kesunyian dalam bas yang sedang bergerak itu.

"Manusia biar yang berguna pada manusia lain kak, dan itulah sebaik-baik manusia. Amiin"

Amiin.

Wanita itu senyap. Begitu juga dia.

"Akak risau la dik. Akak ni bukan baik mana. Solat pun ala kadar je. Tapi akak nak zuriat akak jadi baik, soleh, boleh jaga akak bila dah tua nanti."

"Tak apa, kak. Allah itu Maha Penyayang, Maha Mengampuni. Dia tak pernah menutup pintu taubat, cuma manusia saja yang terlalu leka, selalu menangguh-nangguhkan taubat. Akak masih punya masa untuk didik zuriat akak ni. Start daripada sekarang, sentiasa dekatkan diri dengan Allah, sentiasa rasakan bahawa Allah itu sedang memerhati kita. Akak baca paper tak baru-baru ni?"

"Baca jugak. Kenapa?"

"Geram betul la tengok orang yang main sedap dia je buang baby. Ya Allah! Apa lah salah baby tuh? Geram betul"

"Eh, betul la. Makin menjadi-jadi pulak ye. Macam trend je. Kalau tak nak tu, ramai lagi yang nak, jangan dibuang."

"Kesian diorang."

"Sapa? Yang buang anak tu? Tak payah kesian. Haiwan pun sayang anak."

"Itu lah maksud saya. Sedangkan haiwan yang tak berakal pun tahu hargai anak. Inikan pula manusia yang adalah sebaik-baik kejadian tu. Kesian sebab dia tak tahu mensyukuri nikmat Allah beri, kesian sebab dia tak tahu akibat tindakannya, kesian sebab dia sangat jauh dari Allah! Sampai tergamak buat macam tu."

Dia mengeluh. Paling berat. Fikirannya buntu memikirkan fenomena dunia sekarang. Buntu. Manusia semakin jauh, manusia semakin lupa. Lupa bahawa bila-bila masa Allah akan mencabut nyawanya berpisah dari jasad, pergi menghadap Nya, tiba masa untuk perhitungan itu. Astaghfirullahalazim.

"Amiin..Eh, akak letih la dik. Nak rehat kejap. Baby ni dah tendang-tendang."

"Ye lah kak. Rehat lah. Sampai R&R nanti saya kejut."

"Ok. Eh nak kena baca doa tidur tak. Bagi anak ni soleh sikit."

"Haha. Kelakar lah akak ni. Cukup akak niat, akak tidur ni nak rehat, supaya dapat lebih tenaga, untuk beribadah kepada Nya."

"Baik, ustazah"

Dia senyum lagi. Kali ini benar-benar senyum yang itu. Semoga Allah merahmati hamba-hamba Nya, semoga Allah memberi petunjuk dan Hidayah kepada hamba-hamba Nya. Semoga Allah menghitung amalan hamba-hamba Nya.

.......

Surah bacaan ketika mengandung

Al Fatihah - Untuk terang hati dan kuat ingatan
Maryam - untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat
Luqman - anak cerdik akal dan cerdik jiwa
Yusuf - anak cantik rupa dan akhlak
Al Hujurat - memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat hati-hati
Yaasin - untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat
At Tawbah - untuk membersihkan jiwa dan terpelihara daripada maksiat
An Nahl - untuk melahirkan anak yang berdisiplin.

..........

"Saya nak lahirkan pejuang"

Senyum itu














Thursday, March 04, 2010

BETUL KE NI?


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

Catatan kali ini agak berbeza dengan yang sebelum-sebelumnya kerana ini merupakan kali pertama seorang sahabat menghantar artikel kepada saya untuk dinilai dan di'publish' di laman blog ini. Ingat yang pertama, BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU.. Moga terbuka mata hati kita. Insya Allah

----------------------

BETUL KE NI?

Satu persoalan yang bermain-main diminda ku sejak kebelakangan ini.  Dengan kerancakan pelbagai program dakwah yang  dianjurkan di kampus bertuah ini, aku dihimpit dengan persoalan ini.  
Betul ke ni??
Apa yang betul ke tidak ni?
Arghh!! straight to the point je la.  Betul ke ni nak jadi pejuang? 
Betul la!! Lihat, aku dah banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti dakwah. Betul la!! Aku adalah pejuang. Mujahid/Mujahidah fisabilillah.  Aku juga punyai rakan-rakan seperjuangan. Mujahid, mujahidah, serikandi dan serikanda Islam.  Kami sama-sama berjuang, berdakwah dan bekerja demi Islam dari pagi ke petang, dari petang ke malam, dari malam ke pagi balik.  Lihat, begitu rancak dakwah kami, begitu semarak perjuangan dan semangat kami. Allahuakbar!!
Tapi….
Kenapa aku buat semua ni? Kenapa? Untuk apa?
Kerana Allah la... Kerana aku nak menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.  Kerana kita semua adalah mata-mata rantai perjuangan Rasulullah S.A.W! Aku nak jadi penyambung perjuangan Baginda! Ya! Aku yakin!

Lantas aku membelek lembaran sirah Rasulullah S.A.W bagi meneliti perjalanan perjuangan Baginda bersama sahabat-sahabatnya.  Aku baca, aku hayati, aku teliti, dan aku mengkaji.  Lalu terbitlah satu ayat yang bagiku amat besar maknanya 

"Mereka diibaratkan seperti seekor singa yang garang di siang hari
 dan seperti seorang rahib yang taat beribadah di malam hari" 
           

Lalu, aku bandingkannya dengan perjuangan aku dan sahabat-sahabat.  Oh, alangkah rugi dan malangnya kami. 

Wahai sahabat-sahabat seperjuangan! Alangkah rugi dan malangnya diri kita.. Kita menganjurkan pelbagai program dakwah yang hebat, tetapi kita lupa untuk menyertai program-program anjuran Allah s.w.t yang Maha Hebat. 

Ruginya kita… Kita berjuang dan bekerja untuk Islam sampai larut malam hingga kita tak larat untuk bangun solat malam. Malangnya kita… Kita memperjuangkan Islam dari pagi ke petang hingga kita tidak sempat untuk berzikir pagi dan petang.  Ruginya kita… Kita terlibat dengan macam-macam program dakwah setiap hari, hingga kita alpa untuk melibatkan diri dengan Al-Quran walaupun sedetik setiap hari. 

Maka tersebutlah satu al-kisah…

Kisah seorang panglima Islam, Salahuddin Al-Ayyubi bersama tentera-tenteranya yang berjihad dan berjuang menentang tentera salib.  Pada suatu malam beliau meronda khemah tentera-tenteranya untuk mengintip ape yang dilakukan oleh mereka di malam hari.  Ada yang bangun bertahajjud, ada yang berzikir dan bermunajat kepada Allah, ada yang membaca Al-Quran dan ada juga yang berehat-rehat dan lena dibuai mimpi.  Dipendekkan cerita, Salahuddin Al-Ayyubi mengumpul kesemua tenteranya pada keesokan pagi.  Maka dipanggilnya mereka yang tidur dan berehat-rehat pada malam tadi.  Lantas mereka semua digugurkan daripada barisan tenteranya dan tidak membenarkan mereka pergi berperang...Allah…

Kita??
Masih tidak malu menggelarkan diri sebagai pejuang, mujahid, mujahidah, serikandi dan serikanda Islam?
Betul ke ni nak jadi pejuang??
Betuk ke ni?
Renung-renungkan dan tanya kepada diri masing-masing.

P/S: Berjuanglah,berdakwahlah dan jaga juga ukhuwwah... tetapi jangan lupa kepada kesufian diri



Hasil nukilan: mekanik enjin bas Sunni express 2 tingkat

--------------

"JANGAN LUPA KEPADA KESUFIAN DIRI"

renung-renungkan wahai diri yang bergelar Mujahid dan Mujahidah. Apakah kita berada dalam kalangan mereka yang rugi ini? Na'uzubillah min zalik.

Sahabat ini jelas sekali mahu memperingatkan kita, untuk tidak menjadi sekadar lilin, yang kerjanya 'terkorban' demi menerangi kehidupan lain. Betapa ruginya seorang pejuang itu kiranya dia langsung terkorban dalam medan ini yang kelak mengundang futur, terus apa akibatnya kepada dirinya dan khususnya ISLAM? Mahukah kita menjadi PEJUANG yang TERKORBAN itu?

Dakwah sambil islah diri. Ramai yang semakin lupa akan konsep ini.  

Maka bermula dari sekarang, setiap perincian perbuatan kita, harus sentiasa berpaksikan UNTUK MENCARI REDHA ALLAH. Tanamkan ikhlas dalam diri. Insya Allah pesanan untuk diri sendiri..

suarahati : terima kasih sahabat untuk perkongsian bermakna ini. Wallahualam















Wednesday, March 03, 2010

Aku Manusia LUPA


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan


"Segala puji hanya padaMu ALLAH, Tuhan bagi semesta alam...
Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang,
Penguasa Hari Pembalasan.."

Snada - Hanya Padamu.

...

Jika 21 tahun lepas, tak pernah saya bayangkan inilah kehidupan yang bakal saya lalui ketika berusia 21 tahun. Sejujurnya saya tak pernah punya cita-cita yang tetap sehingga saya tahu keesokannya saya perlu mendaftar di Institut Perguruan Tuanku Bainun (kini IPG Kampus Tuanku Bainun). Terasa berat hati melepaskan tawaran ke UiTM untuk menyambung pengajian dalam bidang TESL. Berat sungguh memandangkan bidang itu merupakan antara impian dan minat saya. Dan sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik :))

Masih saya ingat, waktu kecil saya bukan seperti kanak-kanak normal lain. Jika kawan-kawan saya berseronok bermain atau menonton kartun di televisyen, saya hanya terperuk di rumah bersama buku cerita atau sekurang-kurangnya surat khabar. Ya kalian boleh bayangkan seorang budak nerd berkaca mata tebal bertocang dua memakai baju kurung lusuh menunggang basikal berlampu dynamo. Tapi itu bukan saya. 

Teringat sewaktu sedang tuisyen bahasa Inggeris di rumah seorang guru kawan sekolah emak. Ketika itu saya baru melangkah ke darjah 3 atau 4.

Teacher : She IS or ARE a girl?
Saya : She IS a girl
Teacher : Ok, how do you know?
Saya : Dalam paper hari ni ada tulis ayat tu. saya baru baca tadi.
Teacher : Bukan. Sebab IS untuk singular, she kan singular. 
Saya : oh T_T

Alam sekolah menengah saya suram. Jujur. Tak berminat untuk bercerita panjang. :)

...

Malam 27 Feb 2010, satu mesej untuk mak dan abah dikirimkan..

"Salam mak, abah. Terima kasih kerana telah membesarkan akak selama 21 tahun. Insya Allah nama Muna 'Izzah yang diberi tak hanya akan menjadi sekadar nama. Ini janji akak. Terima kasih ALLAH kurniakan ibu bapa terhebat untuk diriku"

Air mata mula bergenang. Ya, 21 tahun. Dan Allah masih memberi saya peluang untuk terus menyemai redha NYA untuk hasil dituai di hari KELAK. Masya Allah. Dalam tempoh 21 tahun ini, entah berapa banyak waktu telah saya bazirkan demi melayan kehendak nafsu, melupakan HAKIKAT penciptaan oleh ALLAH. LALAI. Astaghfirullah. Dan Maha Suci Allah, masih mengizinkan saya menghirup udara di bumi ciptaan Nya biarpun kerap kali saya lupa dan kufur atas nikmat yang diberi. Terima Kasih ALLAH.

ESQ Training banyak membuka mata hati saya, yang keras selalunya, keras kerana ego. Ego untuk mengakui lemahnya diri ini sebenarnya. Manusia berjalan dengan angkuh di atas muka bumi ini, dengan sombongnya mengakui segala kejayaan adalah atas usaha manusia itu sendiri. Lupakah kita, yang mengurniakan kebijaksanaan yang kita banggakan itu adalah DIA, Allah yang ESA. Lupakah kita yang menetapkan takdir kejayaan itu adalah DIA, Allah yang KUASA.Dan segala sifat dalam hati kita, yang dipanggil suara hati itu kesemuanya datang daripada DIA, Allah yang MAHA BESAR??

Kita lupa, kita bukan siapa-siapa. Kita lupa satu waktu dahulu, roh kita pernah membuat perjanjian dengan ALLAH. [QS Al A'raf 172] bahawa TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH. Kita lupa Allah berkuasa untuk menarik nikmat yang dikurniakan bila-bila masa sahaja DIA nak. Kita lupa kita hanyalah makhluk yang tercipta daripada setitis air yang hina, malahan kita SOMBONG dengan ALLAH. Kita sombong untuk mensyukuri nikmat Nya. Kita sombong untuk mengakui kelemahan diri kita. Kita sombong untuk beribadat kepada Nya!! Astaghfirullah. Ampunkan kami Ya Allah. Sanggup kita melakukan maksiat di atas bumi Allah ini.. Astaghfirullah..

Terasa seperti saya baru lahir ke dunia.  Semoga Allah menetapkan hati ini dalam agama Nya.. Allah.. :')













Tuesday, March 02, 2010

Review Bergambar


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan




Penerangan gambar : Pengajian kilat Kitab dan Pengijazahan Kitab hadith "40 Hadith Kesitimewaan Rasulullah S.A.W"  -[23 Feb 2010]-



Penerangan Gambar : Semakin tua.
-[27 Feb 2010]-
Genap 21 tahun bertatih mencari redha Nya. Insya Allah 


 

Penerangan Gambar : Hadiah paling style daripada Iechan. Superb! Tak sempat tengok lagi T_T
-["Aku nampak cd ni terus teringat kau"]-
Terima Kasih Sahabat yang mengingatiku





Penerangan Gambar : Ehem sekali lagi. Merepek di hadapan kamera.
ESQ Way 165 Training Mahasiswa Angkatan 5
Hotel Seri Malaysia Kepala Batas
-[27-28 Feb 2010]-
Hadiah paling bermakna. Sangat bermakna.
"Allah Ya Muqollibal Qulub, Thabbit Qulubana 'ala Diinika wa 'ala Tho'atika"
Amin.



Penerangan gambar : Go Kesatria ESQ!
Ingat 7 Nilai Dasar ESQ
-Jujur-
-Tanggungjawab-
-Wawasan-
-Disiplin-
-Kerjasama-
-Adil-
-Prihatin-

Sematkan dalam hatimu, pasti berjaya!

suarahati : dah lama tak letak gambar. Review ESQ akan datang :)
suaraperut : padahal malas taip T_T
  














 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting