Thursday, March 04, 2010

BETUL KE NI?


بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan

Catatan kali ini agak berbeza dengan yang sebelum-sebelumnya kerana ini merupakan kali pertama seorang sahabat menghantar artikel kepada saya untuk dinilai dan di'publish' di laman blog ini. Ingat yang pertama, BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU.. Moga terbuka mata hati kita. Insya Allah

----------------------

BETUL KE NI?

Satu persoalan yang bermain-main diminda ku sejak kebelakangan ini.  Dengan kerancakan pelbagai program dakwah yang  dianjurkan di kampus bertuah ini, aku dihimpit dengan persoalan ini.  
Betul ke ni??
Apa yang betul ke tidak ni?
Arghh!! straight to the point je la.  Betul ke ni nak jadi pejuang? 
Betul la!! Lihat, aku dah banyak terlibat dengan aktiviti-aktiviti dakwah. Betul la!! Aku adalah pejuang. Mujahid/Mujahidah fisabilillah.  Aku juga punyai rakan-rakan seperjuangan. Mujahid, mujahidah, serikandi dan serikanda Islam.  Kami sama-sama berjuang, berdakwah dan bekerja demi Islam dari pagi ke petang, dari petang ke malam, dari malam ke pagi balik.  Lihat, begitu rancak dakwah kami, begitu semarak perjuangan dan semangat kami. Allahuakbar!!
Tapi….
Kenapa aku buat semua ni? Kenapa? Untuk apa?
Kerana Allah la... Kerana aku nak menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini.  Kerana kita semua adalah mata-mata rantai perjuangan Rasulullah S.A.W! Aku nak jadi penyambung perjuangan Baginda! Ya! Aku yakin!

Lantas aku membelek lembaran sirah Rasulullah S.A.W bagi meneliti perjalanan perjuangan Baginda bersama sahabat-sahabatnya.  Aku baca, aku hayati, aku teliti, dan aku mengkaji.  Lalu terbitlah satu ayat yang bagiku amat besar maknanya 

"Mereka diibaratkan seperti seekor singa yang garang di siang hari
 dan seperti seorang rahib yang taat beribadah di malam hari" 
           

Lalu, aku bandingkannya dengan perjuangan aku dan sahabat-sahabat.  Oh, alangkah rugi dan malangnya kami. 

Wahai sahabat-sahabat seperjuangan! Alangkah rugi dan malangnya diri kita.. Kita menganjurkan pelbagai program dakwah yang hebat, tetapi kita lupa untuk menyertai program-program anjuran Allah s.w.t yang Maha Hebat. 

Ruginya kita… Kita berjuang dan bekerja untuk Islam sampai larut malam hingga kita tak larat untuk bangun solat malam. Malangnya kita… Kita memperjuangkan Islam dari pagi ke petang hingga kita tidak sempat untuk berzikir pagi dan petang.  Ruginya kita… Kita terlibat dengan macam-macam program dakwah setiap hari, hingga kita alpa untuk melibatkan diri dengan Al-Quran walaupun sedetik setiap hari. 

Maka tersebutlah satu al-kisah…

Kisah seorang panglima Islam, Salahuddin Al-Ayyubi bersama tentera-tenteranya yang berjihad dan berjuang menentang tentera salib.  Pada suatu malam beliau meronda khemah tentera-tenteranya untuk mengintip ape yang dilakukan oleh mereka di malam hari.  Ada yang bangun bertahajjud, ada yang berzikir dan bermunajat kepada Allah, ada yang membaca Al-Quran dan ada juga yang berehat-rehat dan lena dibuai mimpi.  Dipendekkan cerita, Salahuddin Al-Ayyubi mengumpul kesemua tenteranya pada keesokan pagi.  Maka dipanggilnya mereka yang tidur dan berehat-rehat pada malam tadi.  Lantas mereka semua digugurkan daripada barisan tenteranya dan tidak membenarkan mereka pergi berperang...Allah…

Kita??
Masih tidak malu menggelarkan diri sebagai pejuang, mujahid, mujahidah, serikandi dan serikanda Islam?
Betul ke ni nak jadi pejuang??
Betuk ke ni?
Renung-renungkan dan tanya kepada diri masing-masing.

P/S: Berjuanglah,berdakwahlah dan jaga juga ukhuwwah... tetapi jangan lupa kepada kesufian diri



Hasil nukilan: mekanik enjin bas Sunni express 2 tingkat

--------------

"JANGAN LUPA KEPADA KESUFIAN DIRI"

renung-renungkan wahai diri yang bergelar Mujahid dan Mujahidah. Apakah kita berada dalam kalangan mereka yang rugi ini? Na'uzubillah min zalik.

Sahabat ini jelas sekali mahu memperingatkan kita, untuk tidak menjadi sekadar lilin, yang kerjanya 'terkorban' demi menerangi kehidupan lain. Betapa ruginya seorang pejuang itu kiranya dia langsung terkorban dalam medan ini yang kelak mengundang futur, terus apa akibatnya kepada dirinya dan khususnya ISLAM? Mahukah kita menjadi PEJUANG yang TERKORBAN itu?

Dakwah sambil islah diri. Ramai yang semakin lupa akan konsep ini.  

Maka bermula dari sekarang, setiap perincian perbuatan kita, harus sentiasa berpaksikan UNTUK MENCARI REDHA ALLAH. Tanamkan ikhlas dalam diri. Insya Allah pesanan untuk diri sendiri..

suarahati : terima kasih sahabat untuk perkongsian bermakna ini. Wallahualam















5 dah komen wuu~:

Mohamadazhan.com on 5:53 PM said...

salam ziarah muna izzah,

mudah2an ukhti akan terus kuat dan istiqamah dalam berjuang,insyaAllah pasti diredhai-Nya :)

attiq said...

serikanda?

betul ka ni?[betul3]

untuk kita semua moga menjadi seperti seekor singa yang garang di siang hari
dan seperti seorang rahib yang taat beribadah di malam hari

Hayya bi Jihad. AllahuAkbar!

Jamal Rafaie on 12:41 AM said...

Salam ziarah untuk muna 'izzah..

Perjuangan tidak pernah kenal erti kekalahan.. Walaupun kadang kala kita tewas di medan perjuangan, tetapi pastikan kita tidak tewas dalam peperangan memerangi 'kejahatan' kita..

Selamat berjuang..

Serikandi Islam on 12:44 PM said...

adakah artikl tulisan patriot ilahi?

muna said...

Mohamad Azhan & Jamal : syukran ats ziarah dan nasihat :)

iechan : beliau menafikan. dan memang bukan beliau pon :))

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting