بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan
Daripada Abu Hurairah r.a, nabi S.A.W bersabda :
"Demi yang diri Muhammad di tangan Nya, sesungguhnya aku ingin berperang di jalan Allah lalu aku dibunuh, kemudian aku berperang lalu dibunuh, kemudian aku berperang lalu dibunuh "
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Sekali lagi, saya diminta seorang sahabat untuk membaca dan berkongsi satu artikel yang saya kira amat tajam kata-katanya, punya erti yang seringkali kita pandang sebelah mata. Terkadang dalam menempuh hidup sebagai manusia, lebih-lebih lagi yang bergelar hamba dan khalifah ini, kita sering terlepas pandang beberapa perkara yang dilihat punya skop kecil dan dianggap tidak penting. Soal hati misalnya. Banyak antara yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang ini (termasuk diri penulis) lupa atau buat-buat lupa soal makanan untuk hati. Giat berprogram sana sini, kata-kata yang berdegar-degar, terkejar ke sana ke mari, dan akhirnya lupa untuk memberi makanan yang sihat-sihat kepada hati, organ terpenting dalam jasad kita. Bukan dikatakan salah untuk kita bergiat aktif dalam program dakwah, namun harus sentiasa kita ingat, tunjang utama dalam setiap perlakuan kita adalah hati. Jadi, kita sangat memerlukan muhasabah diri sendiri, yang dilakukan setiap hari. Muhasabah bertujuan untuk merenung kembali, merefleks segala apa yang telah kita lakukan, di mana salah silapnya, di mana lompong-lompong yang perlu ditampung.
-------------
Amaran!
“Artikel ini ditulis bukanlah semata-mata untuk menghentam mana-mana pihak atau individu, tetapi adalah sebagai muhasabah kepada diri sendiri yang serba dhaif ini dan kepada kita semua yang bergelar pendakwah dan pejuang.”
**********************************************************************************
Bismillahirrahmanirrahim…
Sebagai pembuka bicara, aku lontarkan satu persoalan. Siapakah pendakwah?
?? ??? ?? ??? ??? ???? ??? ????
Maksud: Sesiapa yang mengucapkan “laa ilaaha illallah”, maka dialah da’ie (pendakwah).
Ya! Mahu tidak mahu, kita semua adalah pendakwah. Kita semua adalah mata rantai penyambung perjuangan Rasulullah s.a.w. Di sini, aku senaraikan beberapa kategori pendakwah. Mungkin kita tidak sedar kita berada dalam kelompok ini. Sama-sama lah kita check dan muhasabah diri kita.
1) Muka program.
Pendakwah yang muka mereka hanya kelihatan bila adanya program dakwah. Tidak cukup program di dalam kampus, program diluar kampus anjuran oleh persatuan, NGO, atau kelab mana sekalipun, akan disertainya. Kalau bukan pengerusi, dialah timbalan pengerusi, kalau bukan S/U dialah bendahari atau kalau dia bukan AJK dialah fasilitatornya. Atau sebagai apa-apa sajalah. Pendek kata, memang hardcore punya kaki program la. Eh, kaki ke muka? Erk, dua-dua pun ok kot…
Salah ke join program banyak-banyak program dakwah? Tidak salah. Aku tak cakap pun salah. Bagus giler lagi. Lagi banyak lagi bagus. Tapi…
Dakwah tu hanya dengan berprogram ke?
Atau dakwah tu perlu diprogramkan?
Ke dakwah tu adalah program?
Ntah-ntah program tu adalah dakwah kot?
Arghh…Pening-pening!!
Maksud aku di sini, golongan yang dinamakan sebagai muka program ini ialah mereka yang hanya menjadi pendakwah bila dalam program sahaja. Dalam program bukan main semangat lagi. Buat kerja sampai tak tidur malam, bila jadi fasilitator cakapnya bukan main berapi-api lagi dalam LDK, bila bertakbir pula orang angkat sebelah tangan dia angkat dua-dua belah tangan sekali. Semangat punya pasal beb.
Tapi bila program dah abis, dah macam kerja dakwah tu dah selesai. Jadi macam orang biasa-biasa. Bangun pagi, pergi kelas, pukul 1.30 balik kelas, tidur, makan, bersembang, main game, main bola, layan internet, YM, facebook, friendster, solat pun kadang-kadang dah terlajak akhir waktu, subuh hampir-hampir gajah, qiyamullail jangan harap, puasa sunat pulak time duit kering je..Oh! Isk,isk… Tiada lagi kerja-kerja mengajak orang kepada Allah. Mad’u pun sudah tidak dipedulikan. Nau’zubillah..
Ingat…Berdakwah itu bukan hanya dalam program. Program itu hanya sekadar salah satu jalan untuk berdakwah.
2) Mengejek bukan mengajak.
Yang ni bab pendekatan. Cuba bayangkan kalau seorang guru masuk ke dalam kelas mengajar guna pendekatan yang tidak betul??
Kesannya, pembelajaran tidak berkesan bukan? Kelas menjadi tidak terkawal, boring, hasil pembelajaran dan murid pun sudah tidak hormat pada guru.
Begitu juga dalam berdakwah. Seorang da’ie perlu bijak mendekati mad’u. Perlu diajak mad’u itu dengan cara yang berhikmah. Jangan sembrono je menghentam para mad’u. Walaupun dia buat salah dan kita tidak suka kesalahan itu, ubahlah dengan penuh berhikmah. Umpama air menitik di atas batu, akan melekukkan batu dengan bentuk yang cantik, bukannya tukul mengetuk batu, akan pecah berkecai batu itu.
3) Cepat merajuk
Merajuk ni ada banyak sebab dan faktornya. Ada yang merajuk sebab orang tak ajak dia join program, sebab dia tak dapat apa-apa pun maklumat tentang program, sebab dia kecewa dan tidak setuju dengan sikap si da’ie yang lain dan ada 1001 lagi sebabnya.
Oi,oi!! Mai sini nak habaq!
Rasulullah s.a.w lagi teruk diuji tau? Bapa saudara dan mak saudara nabi sendiri isytihar baginda sebagai musuh. Baginda dihina, dicaci, dikeji, dilempar dengan batu, najis, diludah dengan air liur.
Sedar sikit, setiap perjuangan itu pasti ada cabaran dan dugaannya. Setakat benda-benda kecil tu, tolak ke tepi dulu kawan…
Semua tu hanyalah sebagai kemuncup-kemuncup dalam perjuangan.
Bila kita sudah sampai ke destinasi, Islam sudah mencapai kemenangan, kemuncup itu boleh terus dibuang semudah-mudahnya.
Umpama kita berjalan merentas sebuah padang yang penuh dengan kemuncup. Bukan ke kita berjalan dulu tanpa menghiraukan kemuncup-kemuncup yang terlekat di seluar kita? Dah sampai nanti, baru kita cabut kemuncup itu bukan?
Terima kasih tidak terkira kepada:
budakpicisan.blogspot
Shahpaskal MoM
PP:HoTHB Team
Ust Azman MNA BC and Yala Geng
Ust Mahadi Al Hafiz
MTPC Team
------------
Kemuncup dalam perjuangan :)
Tak perlu rasanya saya mengulas kembali isi artikel ini, begitu jelas sekali apa yang ingin disampaikan oleh si penulis. Terima kasih sahabat untuk peringatan bersama. Jom lah kita sama-sama muhasabah kembali diri kita. Kita merungut Islam susah nak menang, lambat lagi nak menang. Tapi pernahkah kita lihat kembali di mana salah silapnya? Mungkinkah kita salah satu daripada puncanya. Hanya kerana HATI. Nampak mudah namun penyakit-penyakit hati seperti riak, takbur, ujub, cinta kepada manusia lebih dari segal-galanya, dan banyak lagi merupakan satu cabaran buat kita semua. Ingat kata-kata Imam Hassan Al Hudaibi "Tegakkanlah negara Islam dalam diri kamu sebelum kamu tegakkan Islam di tempat kamu"
4 dah komen wuu~:
hahe! minta copy... menarik
sila2
bab merajuk ni yg payah, tapi kepada da'ie-da'ie yg terpilih atau memilih untuk berada di saf perjuangan, sepatutnya boleh mengambil hal ini sebagai perkara ranting (kecil).. tapi sebagai sahabat harus sentiasa diperingatkan..
kata bapak herry nurdi;
"Tujuan menegur dan berhadapan dengan seseorang atau sekelompok manusia yang melakukan kesalahan adalah, agar mereka mau menerima nasihat dan memperbaiki diri..."
peringatan yg baik.
Mesej bermakna untuk para dua't menyedarkan konsep sebenar dakwah yang bukan semata berporgram untuk berdakwah tapi program hanya salah satu wasilah untuk dakwah.. Diharapkan para dua't yang tidak dapat berprogram juga tidak merajuk untuk melaksanakan dakwah.. di mana sahaja dia berada walau sekecil dakwah iaitu dengan qudwah.. ;)
Post a Comment