سم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan
1. Berlalu sudah minggu yang memenatkan. Bermula daripada Isnin sehingga Sabtu, hanya kerja bermain dalam fikiran, hingga terbawa ke dalam mimpi. Kategori ngeri. Tahniah kepada diri sendiri kerana tidak mengigau sambil buat kerja.
2. Namun dalam celah kesibukan, alhamdulillah berjaya mengkhatamkan "Komunikasi Untuk Bakal Pendakwah" tulisan Prof Abdullah Hassan. Sangat-sangat menarik. 3,4 kali juga renew pinjaman di library. Menceritakan perihal kaedah terbaik untuk mendekati mad'u, skil berkomunikasi dengan betul. Bijak berkata-kata tak semestinya bijak berkomunikasi. Benar sekali. Review buku akan datang.
3. Sedang dalam usaha menghadam Secangkir Teh Pengubat Letih. Satu travelog kembara Ustaz Moden, Ustaz Hasrizal Jamil @ AbuSaif. Satu lagi penulis kegemaran yang berjaya buat saya benar-benar berada dalam dunia sendiri selain daripada Hilal Asyraf. Dan saat ini saya benar-benar ingin ke Turki, terutama di tapak kota Troy di Hirsalik. Di benak fikiran saya hanya wajah Brad Pitt yang melakonkan watak Archilles sahaja terbayang selain daripada babak-babak terakhir kejatuhan kerajaan Troy apabila Odysseus mengarahkan tenteranya untuk membina sebuah replika kuda yang cukup besar sebagai satu helah kepada penduduk Troy. Ouh. Dan saya sangat obses dengan Achilles. Teringat sampai sanggup taruh nama Muna Achilles. Agak menyedihkan. Oh dan kalau nak tahu, ya ada satu idiom untuk membayangkan Achilles berbunyi "as brave as Achilles". Oh my. (Eh idiom ke apa orang panggil)
4. Rise and rise again until lambs become lions. Ya. Saya nak jadi the lamb who becomes a lion one day.
0 dah komen wuu~:
Post a Comment