Thursday, June 17, 2010

Terasing atau Mengasing?


سم الله الرحمن الرحيم 
Salam Perjuangan


Bumi ku tongkat dengan selautan langit di hadapan. Hanya Allah mengerti.


Melihat papan tanda ke Ayer Keroh sekilas pandang membuat bibir ini menggaris senyum. Entah tawar entah manis, dalam terkulat-kulat Subuh itu tak dapat dikenalpasti. Sakit di bahagian belakang masih berbaki akibat perjalanan 10 jam di dalam bas. Luar biasa sakitnya. Sejak sering menjadi perantau ini, purata pinggang dan kaki diserang sakit agak tinggi. Silap hari bulan belum mencecah usia 40 dah terbongkok-bongkok! Aduh..

Jarum jam tepat menunjukkan 6.30 pagi. Mp3 dimatikan. Sempat lagi Subuh ni, hati berkira-kira menunggu detik menjejakkan kaki ke tanah Melaka Sentral. Bunting dan banner SUKMA 2010 bersepah-sepah di bahu jalan menyambut mereka yang berkunjung ke negeri yang sedang agak pantas membangun ini. Wah, serentak dengan FIFA! Salah bajet masa gamaknya mereka ni.

ASING 

Setiap kali menjejakkan kaki ke Melaka iaitu kampung halaman saya sendiri, wujud satu perasaan asing dalam diri saya. Satu rasa yang enaknya tidak seberapa, pahitnya juga tidak terasa. Hanya asing dan aneh. Bukan sekali dua rasa itu menyapa, namun setiap kali ingin meneruskan rutin kehidupan di negeri ini, terus sahaja rasa itu menjelma. 

Mulanya saya sangka mungkin kerana rutin yang berubah. Yalah, di kampus awal pagi sudah tercongok menunggu giliran di tandas, kemudian rutin belajar seperti yang diatur di jadual. Malamnya ke surau, andai ada assignment atau video yang perlu disiapkan, rutin tidur mungkin dianjak menjadi lewat sikit. 2 minggu sekali setiap Sabtu ke Bertam, andai tidak ke Bertam, pasti berprogram. Kalau tak berprogram pun, pasti ada sahaja tugas yang perlu diselesaikan. Rehat itu hanya apabila tiba waktu tidur.

Di rumah rutinnya berubah 540 darjah. Tidak ada kelas, tidak ada pengajian tiap-tiap malam. Kalau ada pun harus pergi bersama abah. Kalau abah sibuk macam sekarang, termangu-mangu la saya dalam bilik bertemankan buku.Cuma malam Jumaat terasa sedikit terisi dengan majlis zikir. Hujung minggu lagi penuh dengan buntu! Andai tidak perlu berkhidmat menjadi driver, boleh juga ke BQ mendengar barang sedikit titip-titip pesan Ustaz Zul. Ada juga beberapa program bersama Anak-anak Melaka, tapi rezeki untuk sertainya belum Allah buka kepada saya. 

Terfikir saya sendirian. Inikah kerehatan yang saya dambakan? 

Andai di kampus kerap terlepas keluhan di mulut, mencari-cari waktu rehat. Namun bila tiba masa senggang begini, hati saya resah. Bukan rehat ini yang saya dambakan. Ya, bukan. Ini juga bukan jawapan kepada kehadiran rasa asing itu.

Rasa asing itu kian mengasak asak meminta mencari jawapan.Mundar-mandir tak tahu ke mana hala.  Arh, kenapa tiada Tasik Mengkuang atau Pantai Cahaya Bulan di sini? 


Kenapa saya rasa begitu asing di tempat sendiri? Saya kah yang asing atau tempat ini yang asing? Atau tiada siapa yang asing cuma rasa ini yang asing?

Hingga kini saya belum ketemu jawapannya, mungkin perlukan lebih uzlah hati. 







3 dah komen wuu~:

Anonymous said...

Salam.. sama lah keadaannya saya di sini.. di rumah apabila cuti.. jika tiada apa2 pasti akan ada rasa terasing.. Perlunya pengisian yang baik untuk menambah keimanan setiap hari.. hati akan mudah tenang dengan majlis zikr, pengisian dan peringatan.. barakallahu fik.. jika kita tak penuhkan masa kita dengan kebaikan kita akan penuhkan nikmat Allah ini dengan perkara yang sia-sia.. na'uzubillah..

Muna 'Izzah Md Isa on 5:23 PM said...

benar.
mereka yang mengisi masa dengan perkara sia-sia umpama membunuh diri sendiri kata As Syahid Hassan Al Banna. Kerana setiap detik itu adalah denyut nadi kita.
Moga Allah redha

attiq said...

u r an alien. thats why la.





adeke mntak tasek mengkuang kat melaka. suruh rustam buat la.

 

A.L-'I.Z.Z.A.H Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
and web hosting