بسم الله الرحمن الرحيم
Salam Perjuangan
Alhamdulillah berakhir sudah Minggu Pengurusan Pelajar Baru untuk intake PPISMP & KPLI kali ni. Bertugas sebagai fasi kali ini secara peribadi saya kira agak bertuah kerana telah berkhidmat selama 2 tahun berturut-turut membantu tutor kelas yang terlibat menguruskan pelajar-pelajar baru. Jika tahun lepas, adik-adik TESL intake Julai 2009 sangat memudahkan kerja saya sebagai pembantu tutor, kerana kebanyakan tugas yang diberikan dalam sesi LDK atau slot bersama fasi, mereka bijak dan cekap dalam menguruskannya. Jadi saya lebih banyak berehat dan hanya memerhati dari jauh kerenah mereka. Tak hairanlah kedua-dua penghulu & penghuluwati dilantik daripada kelas mereka. [wah bangga la kau eymon baca ni. haha]
Bagi MPPB kali ini, saya ditugaskan membantu Puan Junita selaku tutor bagi kelas MT 1. Berbeza dengan intake-intake sebelum ini, pelajar intake Jun 2010 ini lebih banyak diambil daripada mereka yang berasal daripada Sabah & Sarawak. Terkejut juga bila melihat borang yang diisi, dalam kolum kaum/bangsa, kebanyakannya bumiputera yang terdiri daripada kaum Kadazan, Dusun, Kenyah, Bajau, Banjar dan banyak lagi. Ini betul-betul 1 Malaysia ni.
Sepanjang mengendalikan adik-adik ambilan kali ini, saya lebih banyak tergelak daripada marah. Hendak dimarah, tak sampai hati. Iyalah, naik flight sudah berapa jam, sampai sahaja, terus mendaftar dan melalui minggu orientasi yang sangat panjang dan menyeksakan. Letih. Sudahnya datang pula sendiri, tanpa siapa-siapa. Memang betul-betul harus berdikari. Kebanyakan waktu saya bersama mereka adalah peluang untuk saya mengenal rapat latar belakang mereka, namun satu masalah ketara antara kami adalah bahasa.
"Kak muna asal orang mana ye?"
"Melaka. Kenapa?"
"Orang Melaka memang cakap laju-laju begini ya?"
aduh.
..............
"Akak rasa macam akak bercakap dengan Stacy."
"Haha."
Bila berada dalam situasi begini baru saya benar-benar mengerti fungsi bahasa yang bertindak sebagai alat komunikasi. Jika dahulu hanya belajar teori di dalam kelas, kali ini saya betul-betul harus mempraktikkan teori itu.
Melihat mereka yang masih malu-malu sepanjang minggu ini mengingatkan saya kepada hari-hari awal kami di institut ini hampir tiga tahun lepas. Tiga tahun. Bukan satu jangka masa yang pendek. Pelbagai perkara telah kami lalui. Baik buruk atau manis, semuanya dihadapi bersama. Bermasam muka, bertegang urat, bertekak, bergelak ketawa, menangis bersama - lumrah adik beradik. Menghadapi saat-saat gembira pastinya satu kenangan yang sukar untuk kami hapuskan. Tapi tidak pula bermakna, detik-detik pahit yang ditelan dibuang jauh-jauh, kerana dengan pengalaman sebegitu, secara tidak langsung menjadi guru kami dalam mendidik kami erti hidup.
Masakan tidak pahit, walau sudah hampir 3 tahun bersama dalam semua perkara, entah ujian apa yang menimpa, masih wujud lagi rasa-rasa yang tidak sepatutnya ada dalam hubungan persahabatan. Pahit untuk ditelan. Namun bila mengenangkan itu hakikat kehidupan, Tuhan sedang menguji persahabatan antara kami. Apakah kami masih bersama walau dalam keadaan sukar? Itu yang Allah nak tahu.
Pesan saya kepada adik-adik tempoh hari, yang kebanyakannya seakan-akan dipaksa untuk berada di sini,
"Tentukan arah destiny ini. Anggap ini adalah takdir kamu. Kalau kamu usaha macam mana pun untuk jadi apa yang kamu impikan, tapi kalau Tuhan kata bukan itu takdir kamu, sia-sia sahaja. Jadi, terima ini sebagai ketentuan yang telah ditetapkan, and try to make the destiny as a goal. Tetapkan matlamat. Andai kamu tak boleh jadi apa yang kamu mahu, tapi satu hari dengan menjadi guru, kamu bakal melahirkan apa yang kamu mahu itu. Ingat cerita 'Yes Man'. Bila hidup seseorang itu diselubungi dengan aura negatif, hidupnya seakan-akan tidak bercahaya. No life as well. Tapi bila dia sendiri mengubah hala tuju hidup dia, walau dia tahu risiko yang dia ambil, dia tetap percaya bad things may lead to good things."
Harapan saya kepada adik-adik ini sungguh besar. Adik TESL comot atau adik MATH 1, dan semua adik-adik saya di IPTB, kita adalah bakal pelapis generasi guru masa hadapan. To be a teacher, act as a teacher. Ingat, guru adalah arkitek bangsa, yang kerjanya mencorak rupa bentuk bangsa akan datang. Semuanya di tangan kita. Wallahualam.
Family is great. Family is sweet. Whatever happens, we will always stick together.
footnote : Dear kak Raihan my darling, I'm so sorry. huhu. Masih ada lagi dlm draft, stuck kat tengah. delete balik. Sebab mcm tak best. HAHA. so. harap akak sabar menanti :)